"Isya, kenapa termenung je? Isya ajak I pergi window shopping tapi I tengok Isya macam tak window shopping je? Apa sebenarnya yang dah jadi sekarang ni? Isya ada masalah ke?" Stepahanie yg dari tadi melihat Isya banyak termenung.
"Stephy, entah kenapa sekarang ni Isya macam takut pula nak kembali pada Tengku Irham. Isya rasa lebih bahagia macam ni."jawab Isya.
"Betul ke Isya bahagia? Kalau Isya bahagia kenapa Isya rasa tercabar dengan Farhana? I hope you buat decision yang betul. Apa-apa pun I tetap sokong you. You bukan sendirian tau. Dahlah jom pergi Charles & Kith nak tak? I nak tengok handbag dan kasut. Rugi tak tengok kalau dah sampai sini."ajak Stephanie.
Mood Isya terpancing dengan Stephanie. Kini dia berada dalam mood shoopning. Baby Naila dijaga oleh Alvin manakala Tengku Adam Ishal sentiasa berpegangan tangan dengan Isya dan Desmond sentiasa bersama mereka. Dari satu outlet ke satu outlet sehinggalah mereka bertemu dengan Tengku Irham di Paradigm Mall.
"Hai sayang..."Tengku Irham tersenyum lebar apabila melihat Isya and the gang.
"Eh macam mana awak ada dekat sini? Ada date ke?"usik Isya
"Iyalah. Date dengan awak. Susah sangat nak beritahu saya. Lain kali pergi mana-mana beritahulah saya. Taklah saya risau."
"Awak ni. Saya keluar dengan Stephanie je pun. Desmond dan Alvin pun ada. Haish...sebelum ni tak ada pun nak risau-risau. Pelik saya tengok awak ni. Siap berkepit lagi dengan Farhana."ada nada sindiran kepada Tengku Irham.
Stephanie yang mendengar tergelak. Sebenarnya Stephanie yang memaklumkan Tengku Irham lokasi mereka. Stephanie tidak mahu Isya terlepas peluang untuk merasai kebahagiaannya. Kalau dulu perkahwinan mereka hanya bertahan enam bulan dan dia mengharap Isya akan mendapat kebahagiaan selamanya.
"Sudahlah tu. Jom sambung shopping!"ajak Stephanie. Jika tidak sudah tentu lagi lama mereka di situ.
Tangan Stephanie penuh dengan barangan yang dibelinya untuk dirinya, Alex dan Baby Naila manakala Isya hanya mempunyai dua tiga bag sahaja barangan yang dibelinya. Tengku Irham yang terlebih shopping. Kebanyakan barangan yang dibeli khas untuk Isya. Isya hanya menggeleng kepala.
"Papa, Ishal nak toys. Belikan Ishal dan Baby Naila!"pinta Tengku Adam Ishal apabila mereka berlalu di depan kedai Toy'r Us.
Tidak sempat Isya dan Stephanie mahu menghalang dan dua beranak itu sudah masuk ke dalam.
"Mainan berlambak dekat rumah. Ini nak beli lagi."Isya mengeluh.
"Naila pun bukan tahu main lagi. Ishal oh Ishal. Belum lagi besar sudah ada banyak mainan."rungut Stephanie pula.
Isya dan Stephanie pula tergelak kali ini selepas dua-dua meluahkan rasa mereka mengenai mainan kanak-kanak. Isya mengarahkan Desmond mengikuti Tengku Irham dan Tengku Adam Ishal manakala Alvin bersama mereka.
Kali ini Isya dan Stephanie menggunakan peluang ini dengan pergi ke outlet lain. Mereka kini masuk ke kedai pakaian. Kali ini banyak pula yang Isya berkenan. Selepas membeli baju dan kini Stephanie mengajak Isya ke kedai emas. Stephanie ingin membelikan Naila sepasang anting-anting dan seutas rantai. Mereka khusyuk memilih sehinggakan tidak perasan Tengku Irham and the gang sudah berada bersama mereka.
"Sayang, try cincin ni. Cantik kalau sayang pakai."suruh Tengku Irham yang melihat sebentuk cincin berbentuk bunga Daisy.
"Eh bila awak sampai!"terkejut Isya.
"Umi tipu Ishal. Kata tak tinggal Ishal. Ni Umi tinggal Ishal. Ishal pergi beli kejap je. Tengok Umi dah tak ada!"muka Tengku Adam Ishal sudah masam.
"Alah Umi pergi bukan jauh. Ha nikan dah jumpa. Umi bukan pergi mana pun. Lagipun Ishal beli mainan. Umi kan sebelum pernah cakap. Ishal dah lupa ke?"Isya cuba mengingatkan anaknya tentang sesuatu yang mereka sudah bincangkan.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...