Lisa...Siapa yang tidak kenal dengan Lisa. Model terkenal. Show sana sini. Begitu juga gosip. Gosip paling hot bila dia dikhabarkan akan bertunang dengan Tengku Irham. Berita hot itu kini sudah tersebar di Bumi Holding dan juga Hotel Wellington.
"Papa, bagi Irham masa. Irham tak taju macam mana gosip ni boleh jadi. Irham syak ini semua rancangan Lisa. Bagi Irham masa untuk siasat."terang Tengku Irham kepada Tengku Razif.
Tengku Razif bimbang ini akan mengganggu reputasi syarikat. Dia juga tidak mahu Tengku Irham terlibat dalam masalah begini. Kini apa yang dibimbangkan sudah terjadi. Apa yang perlu dilakukan kini dia perlu siasat hal ini.
Tengku Irham juga telah meminta Johan untuk menyiasat hal tersebut. Bagaimana hal gosip ini berlaku. Dia perlu percepatkan rancangannya. Berjumpa Lisa pun sudah jarang inikan pula ada perancangan untuk bertunang dengan Lisa. Jika lambat dirisaukan akan mengancam reputasi Syarikat.
Tengku Razif mengajak Isya makan tengahari bersama. Kebetulan Isya datang ke pejabat Tengku Razif untuk menyerahkan tentatif aktiviti team building bagi staff Bumi Holdings yang diminta oleh Tengku Razif.
Mereka makan di cafeteria hotel sahaja.
"Isya, Uncle tahu Isya mesti sudah dengar kan gosip Irham? Apa pendapat Isya mengenai hal ni? Uncle risau dan runsinglah Isya." Tengku Razif menyuarakan kerisauannya kepada Isya.
Kini Isya dan Irma sudah dianggap seperti ahli keluarganya memandangkan perkenalan keluarga Tengku Irham sudah lama semenjak Tengku Rania belajar di UUM lagi.
"Uncle, Isya rasa Uncle janganlah risau. Isya yakin ini semua helah Lisa. Maaflah. Isya bukan cemburu ataupun ada niat lain tapi Isya yakin Irham tak salah Uncle. Biasalah tu Uncle. Tak apa Uncle cuba siasat dulu. Kita jangan cepat melatah Uncle. Kalau tidak memang susah nak selesaikan masalah ini."Isya cuba menenangkan Tengku Razif.
"Isya yakin ke Irham tak salah? Betul juga tu. Tak apa nanti Uncle akan cuba siasat hal ini."Tengku Razif cuba menduga Isya.
"Isya yakin Uncle. Walaupun Isya baru kenal dengan Irham tapi Isya yakin Irham tak adalah akan membelakangkan Uncle dalam membuat keputusan begini. Besar kesannya melainkan Irham memang suka dengan Lisa. Kalau Irham betul-betul suka dengan Lisa, pasti saja Irham akan mengaku hubungannya. Apa kata Uncle tanya dengan Irham. Kalau Irham kata betul, then boleh la proceed dengan majlis pertunangan."kata Isya yakin.
"Uncle dah tanya tapi Irham cakap semua tu tak betul. Tak apalah kita tunggu hasil siasatan dari penyiasat yang Uncle dah upah. Uncle rasa lega sikit. At least masih ada yang percaya pada Irham tu. Uncle nak tanyalah, Isya tak minat ke nak berkawan dengan Irham? Macam mana Isya pasti yang Irham tak buat macam tu?"tanya Tengku Razif lagi.
Isya memberitahu Tengku Razif saat perkenalannya dengan Tengku Irham. Hal ini bukan lagi rahsia untuknya. Lagipun keluarga Tengku Razif sudah terlalu baik dengan dia jadi buat apa dia mahu berahsia lagi. Bagi dia kejujuran lagi penting tapi tidak semua perkara yang dia akan cerita kepada Tengku Razif. Cerita hatinya hanya disimpan rapi di dalam hatinya. Dia memberitahu Tengku Razif yang dia hanya menganggap Tengku Irham hanyalah sebagai seorang kawan dan abang kepada Tengku Rania.
Isya memang ada menyimpan perasaan kepada Tengku Irham tetapi buat masa ini cukuplah hanya sebagai seorang sahabat. Bukan mudah untuk dia menukarkan status perhubungannya dengan Tengku Irham. Apa yang lebih penting sekarang ini adalah Irma. Selepas selesai majlis perkahwinan Irma barulah dia akan memikirkan hal dirinya.
Tengku Razif dan Tengku Irham melantik penyiasat persendirian untuk menyiasat hal ini.
"Tengku Irham akan bertunang dengan model terkenal, Lisa" - Berita Harian
"Tengku Irham, jejaka yang memiliki hati Lisa, bukti cinta hati - Cincin di jari Lisa sebagai bukti Cinta" - Utusan Harian
Itu baru dua media yang menyiarkan berita gosip tersebut, belum lagi yang lain. Manalah tidaknya Tengku Zakiah membebel. Ada juga yang menyiarkan bahawa Tengku Irham membawa Lisa ke hotel untuk bermalam. Itu lagi membimbangkan Tengku Suraya dan Tengku Razif.
Tepat jam sembilan malam Tengku Irham sampai di rumahnya.
"Irham, sini sekejap."panggil Tengku Suraya.
"Kenapa Mama?" Tengku Irham menuju ke arah Tengku Suraya.
"Apa kata Irham bertunang. Nak tak? Sudah alang-alang gosip macam nim Irham terus bertunanglah. Tak payah susah-susah nak siasat."cadang Tengku Suraya.
Tengku Suraya dan Tengku Zakiah berbincang berdua mengenai gosip Tengku Irham. Dia tidak mahu perkara tersebut akan mengganggu kehidupan anaknya.
"Eh, awak ni biar betul. Takkan awak nak Irham bertunang dengan Lisa. Saya tak setuju. Pakaian pun tak cukup kain. Sakit mata saya tengok. Awak nak ke menantu macam tu. Lebih baik kita siasat dulu dari Irham bertunang dengan Lisa. Saya memang membantah."bantah Tengku Razif.
"Rania pun tak setuju mama. Opah nak ke cucu menantu macam tu. Salam Opah pun nak tak nak. Ni takkan Opah suka cucu menantu macam tu."celah Tengku Rania
Masing-masing membantah. Tengku Irham juga memang tidak mahu. Perkara inilah yang ingin dielakkannya. Belum sempat Tengku Suraya menjawab bertalu-talu jawapan dari pelbagai pihak.
"Amboi, mama tak sempat jawab masing-masing dah bantah. Dengarlah apa yang mama nak cakap ni. Mama nak kamu bertunang dengan Isya. Mama berkenan sangat dengan Isya tu. Opah kamu pun setuju."beritahu Tengku Suraya.
"Yang, abang bukan tak setuju tapi abang ada bersembang dengan Isya tengahari tadi. Abang rasa better Irham bincang dengan Isya sendiri. Pada pandangan abang lebih baik Irham pikat Isya dulu betul-betul sebab bukan mudah nak pikat Isya tu. Kalau sayang dan mak boleh pujuk Isya, abang memang setuju tapi dalam masa yang sama kita siasat kes Lisa juga."terang Tengku Razif
Tengku Rania juga ada memberi pendapat tentang Isya kepada ahli keluarganya. Selain itu, dia juga ada memberitahu mengenai Lisa. Kes skandal Lisa bersama seorang datuk. Mereka masih menyiasat hal Lisa.
...........................................................................
"Isya, tunggu sekejap!!"panggil Tengku Irham
"Eh Irham. Kenapa Irham? Saya sekejap lagi nak masuk kerja ni. Bagi saya tukar baju sekejap. Lepas tu saya datang jumpa awak."beritahu Isya.
Kebetulan Isya baru sampai dan dia perlu bersiap untuk menggantikan Kak Fatihah. Setelah siap menukar pakaiannya dia segera berjumpa Tengku Irham di lobi walaupun banyak mata-mata yang memandangnya.
"Kenapa Tengku nak jumpa saya?" Isya menukar kata panggilan diri untuk Tengku Irham memandangkan ini sudah masuk waktu bekerja.
"Apa pandangan awak tentang kes saya sekarang ni? Perlu ke saya biarkan?"Tengku Irham saja ingin menduga Isya dan ingin tahu pandangan Isya.
"Macam nilah Tengku, kalau kita tak bersalah buat apa kita nak takut. Berani kerana benar takut kerana salah. Tengku siasat dulu. Kalau perlu Tengku boleh buat sidang akhbar mengenai kes ini. Kalau tak berjaya juga awak boleh saman je siapa yang buat gosip tu. Kan senang. Tak payah susah-susah Tengku nak fikir. Tak ada manfaat. Itu pandangan sayalah. Tapi kalau Lisa tu penting bagi Tengku, apa kata Tengku jadikan realiti je berita tu?"Isya meluahkan pendapatnya.
"Maksud awak? Saya kahwin dengan Lisa? Awak tak nak ke kahwin dengan saya?"tanya Tengku Irham.
Isya hanya membiarkan soalan Tengky Irham. Kebetulan ada pelanggan baru yang datang. Kak Fatihah tak cukup tangan untuk melayan maka Isya segera menolong. Soalan Tengku Irham dibiarkan begitu sahaja.
Tengku Irham berasa hampa tapi sedikit lega. Benar apa yang Isya cakap. Berani kerana benar. Jadi buat apa dia mahu takut.
"Lisa, kau tunggulah. Johan cepatlah update aktiviti Lisa. Jagalah kau Lisa. Jangan harap aku akan lepaskan kau. Jangan ingat aku tak tahu permainan kau Lisa. Dengan aku kau kikis. Jantan lain kau bagi badan."marah Tengku Irham sendirian sambil membalas whatsapp dari Johan.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...