Satu hari Farhana tidak berjumpa dengan Tengku Irham malahan setiap kali dia menelefon Tengku Irham, hanya operator sahaja yang menyambut panggilannya. Telefon di pejabat Tengku Irham pula tiada seorang pun yang tahu akan lokasi Tengku Irham.
"Kau ni Irham susah betul nak jawab call!"marah Farhana.
Kali ini Farhana mencuba nasib. Dia menelefon Tengku Rania namun hampa dengan jawapan dari Tengku Rania.
"Manalah kau Irham."Farhana semakin lemah dan hilang arah. Baru semalam dia berasa lega dengan ketidakhadiran Isya tetapi hari ini berbeza. Tengku Irham hilang tanpa dikesan.
Farhana mencuba nasib sekali lagi. Dia menelefon kaki-kakinya jika mereka ada melihat kelibat Tengku Irham namun hampa. Kaki-kakinya juga kini sudah kurang memerhati gerak geri Tengku Irham semenjak Isya tiada lagi bersama Tengku Irham.
Farhana kini lebih bergerak sendiri tanpa melibatkan Bella. Dia perlu segera mendapatkan Tengku Irham.
Tengku Irham pula kini sibuk menemani Isya. Tiada bantahan daripada Datuk Michael. Tengku Adam Ishal pula kini lebih memberi perhatian kepada Baby Naila. Kemana sahaja Stephanie dan Alex bergerak sudah pasti akan ada Tengku Adam Ishal.
"Alex, Isya tengok Ishal ni tak lepas-lepas dari ikut Naila."tegur Isya yang melihat Tengku Adam Ishal prihatin dengan anak Stephanie dan Alex.
"Kalau macam tu, umi dia ni kena cepat-cepatlah bagi Ishal tu adik. Kalau tidak, nanti Ishal ni kena kidnap dengan Uncle dia selalulah."usik Alex.
"Apa kata Isya balik semula je lah dengan Irham. Bagi cepat-cepat Ishal ni adik."kali ini Datuk Michael pula mengusik Isya.
"Irham okay je Daddy. Isya ni jual mahal sangat."cepat sahaja Tengku Irham menyokong. Memang itu yang ditunggu-tunggu oleh Tengku Irham.
"Ala, nak bagi adik dekat Ishal ni tak kahwin pun bolehlah. Nanti Isya bagi adik cepat-cepat dekat Ishal."balas Isya kepada semua. Masing-masing terangkat kening.
"Isya jangan bukan-bukan pula."marah Datin Mery.
"Mummy ni. Mummy jangan fikir yang tidak-tidak pula. Isya masih tahu halal haramlah mummy. Isya plan nak ambil anak angkat seoranglah mummy."cepat sahaja Isya menjawab.
"No, Daddy tak izinkan."cepat sahaja Datuk Michael menjawab.
Isya sendiri sudah tahu jawapan Datuk Michael. Sengaja dia menjawab begitu. Dia sendiri tidak bersedia nak berbalik semula dengan Tengku Irham. Dia takut perkara yang sama akan berulang. Baginya selagi tiada kepercayaan yang kukuh dibina dalam sesuatu perhubungan, memang sukar untuk mempertahankan andai kata ada sesuatu perkara yang tidak baik berlaku.
Isya menukar topik. Dia tidak selesa dengan keadaan sekarang ini. Keluarga Tengku Razief juga datang berkunjung ke wad Isya. Keadaan Isya kini semakin pulih. Desmond dan Alvin kini setia bersama Isya semula. Isya tidak mahu Tengku Irham menjaganya kerana keadaannya sudah beransur pulih. Lagipun dia tidak mahu mengganggu kerja Tengku Irham. Dia juga mendapat maklumat dari Desmond bahawa Farhana kini sedang aktif mencari Tengku Irham. Dia tidak mahu orang-orang Farhana mengesan Tengku Irham sedang menjaganya. Jika Farhana tahu sudah tentu hidupnya tidak akan aman. Sebelum perkara ini terjadi lebih baik dia berwaspada.
"Awak, awak baliklah. Lagi satu tolong jangan beritahu Farhana yang awak jaga saya. Saya tak nak Farhana tahu. Saya dapat tahu Farhana sedang aktif mencari awak. Awak layanlah Farhana seperti biasa. Saya tak nak nanti dia mengganggu hidup Ishal pula. Saya harap awak faham. Saya dah beritahu keluarga awak mengenai hal ni. Buat masa sekarang tolong hati-hati dengan Farhana ya."pesan Isya kepada Tengku Irham.
Kali ini Isya tidak berselindung lagi. Dia berterus-terang kepada Tengku Irham mengenai maklumat yang telah diperoleh oleh Desmond mengenai Farhana. Dia mahu Tengku Irham berwaspada dengan Farhana.
"Awak, kita rujuk semula...saya nak jaga awak."Tengku Irham merayu kepada Isya. Dia mahu melindungi Isya dan Tengku Adam Ishal.
"Bagi saya masa. Buat masa ni saya harap sangat awak jaga diri ya. Jangan risau pasal saya dan Ishal. Desmond dan Alvin sentiasa ada bersama saya dan Ishal."balas Isya.
Apa yang penting sekarang ini dia tidak mahu Farhana memerhati gerak gerinya. Baru sahaja dia mahu berasa lega dan tenang dan kini perasaan risau sudah mula menyelubungi hidup Isya. Dia perlu sentiasa berwaspada.
Tengku Irham kini bekerja seperti biasa setelah dua hari menghikangkan diri. Dia perlu sentiasa berwaspada dengan Farhana. Dia juga perlu berkeras dengan Farhana. Dia tidak akan mengikutbrentak Farhana. Kali ini buar Farhana yang mengikut rentaknya pula.
"Isya, jaga diri ya. Buat masa ni saya takkan hubungi awak tapi awak ingat saya sentiasa rindu awak dan takkan pernah berputus asa. Saya tetap mahu kita rujuk semula." Pesan Tengku Irham kepada Isya ketika kali terakhir dia bertemu Isya.
Keputusan tersebut memang sukar untuk Tengku Irham tapi demi keselamatan Isya dan Tengku Adam Ishal dia perlu membuat sesuatu. Tengku Irham membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti mengejar Isya secara fizikal. Dia akan menelefon dan menghubungi Isya melalui pesanan whatsapp.
"Irham, petang ni jangan lupa meeting dengan client ya."pesan Tengku Razief.
"Baik Papa. Lagipun Irham masuk office seperti biasa. Esok Irham outstation ke Pahang. Papa esok join sekali tak?"tanya Tengku Irham kepada Tengku Razief.
"Esok Papa ada meeting dengan Tengku Ikram dan Datuk mi
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...