Setelah dua minggu Isya dan Tengku Irham di Korea kini dia pulang ke rumah Tengku Raziff. Tengku Zakiah juga ada di sana menanti mereka. Kereta Pak Hamid kini sudah berada di halaman rumah Tengku Raziff menandakan Tengku Irham dan Isya sudah sampai ke Malaysia.
"Opah, Isya rindu Opah!!!"jerit Isya tanpa mempedulikan yang lain.
"Aik Opah je ke? Mama tak ada siapa ke nak rindu?"usik Tengku Suraya.
"Mama pun Isya rindu. Isya ada special hadiah semua tau."sisi manja Isya yang selama ini tidak pernah ditunjuk oleh Isya. Keluarga Tengku Raziff amat senang dengan Isya. Walaupun menantu tapi layanan Isya seperti Isya itu anak kandung mereka. Isya cukup manja dengan orang yang terdekat dengannya.
"Mummy dengan Daddy siapa nak sayang?"celah Datin Merry.
Bukan setakat keluarga Tengku Raziff saja yang ada tetapi keluarga Datuk Michael juga ada. Mereka datang ke rumah Tengku Raziff sambil menunggu kedatangan Isya dan Tengku Irham. Irma dan Haikal sahaja yang tiada kerana kini Haikal mengambil alih cawangan Datuk Michael di Johor. Ada projek besar di sana dan tidak membenarkan mereka pulang ke kuala Lumpur. Walaupun begitu sebelum Isya sampai ke rumah Irma sudah membuat video call dan melepaskan rindu.
"Mummy dan Daddy pun Isya sayang juga."Isya berjalan menuju ke arah Datin Merry dan memberikan ciuman di pipi manakala bersalam dengan Datuk Michael.
"And for you my dear, I got something special. Nanti I bagi. I tak lupa you wish list."Isya sempat mengenyit mata ke arah Alex.
"Sayang, he not your husband. I'm now your husband."Tengku Irham mula menunjukkan nada cemburu dia.
"Come on lah abang. Dengan Alex pun abang nak jelous. He's her brother okay."usik Tengku Rania.
Masing-masing sudah masak dengan perangai Isya dan Alex. Bagi keluarga Tengku Raziff sudah tiada salah faham mengenai hubungan Isya dan Alex. Cuma Tengku Irham sahaja yang masih cemburu. Yelah kan siapa tak sayang isteri. Lagi-lagi susah nak dapat isteri tu.
Kini masing-masing rancak berbual. Mak kiah and the gang sedang sibuk berperang di dapur menyediakan makanan untuk menyambut ketibaan Isya dan Tengku Irham.
Ketika Tengku Irham rancak berbual Isya menuju ke bagasinya. Bagasi yang dikhaskan untuk cenderahati setiap ahli keluarganya.
"Alex, come here!!" Isya melambai Alex dari jauh supaya Alex datang ke arahnya.
"Here for you. Your wish list and all the things that you need. Hope you like it."beri Isya kepada Alex.
"Thanks Isya. Wow nice design!"puji Alex.
Sebenarnya Alex telah menyediakan wish list kepada Isya sebelum ke Korea. Antaranya adalah barang perhiasan untuk Stephanie. Dia mahu Isya yang pilihkan. Kebanyakan wish list Alex adalah barang-barang yang akan dihadiahkan kepada Stephanie. Alex dan Isya kini rancak berbual dan terlupa tujuan dia ke sana. Tengku Irham baru perasan ketiadaan Isya dan dilihatnya Isya sedang sibuk berbual berdua bersama Alex. Riak cemburu kini mula terukir di wajah Tengku Irham. Tanpa membuang masa Tengku Irham menuju ke arag Isya dan Alex. Tidak betah dia membiarkan Isya berdua-duan dengan Alex walaupun hakikatnya mereka berada di kalangan orang yang ramai dan di tempat yang terbuka.
"Sayang, buat apa dekat sini?"senyuman dimaniskan dan panggilan dilembutkan.
"Isya bagi barang Alex."tangan Isya menunjukkan beg kertas besae yang dipegang oleh Alex.
"Okeylah Darling. I pergi sana dulu ye. Your hubby look like jelous with me!!"Alex mengenyitkan mata ke arah Isya dan sempat menukar kata ganti diri buat Isya.
Muka Tengku Irham monyok dan Alex berlalu.
"Abang ni. Itu pun nak jelous. Alex memang macam tu. Abang kenalah biasakan diri abang tu. Kata sayang Isya. Itupun nak jelous. Abang tu lagilah banyak perempuan yang dekat dengan abang. Semua cantik dan seksi. Kalau nak banding Isya dengan koleksi perempuan yang dekat dengan abang tu Isya rasa Isya tak layak dengan abang."
"Eh Isya jangan nak banding diri Isya dengan mereka tau. Mereka tu bukan koleksi abang. Mereka yang cari abang. Alah Isya lagi seksi dan lagi cantik. Yang bagusnya seksi Isya tu cuma untuk abang dan bukan nak dipamer dekat orang luar. Kalau sayang berani pakai macam tu dekat luar, siaplah sayang. Mestilah abang cemburu sebab ada orang lain panggil wife abang ni darling."beritahu Tengku Irham.
Bagasi berisi hadiah di tarik dan hadiah diagihkan kepada pemiliknya. Masing-masing suka dengan hadiah yang diberi oleh Tengku Irham dan Isya.
"Opah, seminggu lagi Isya dah nak pergi belajar dah. Nanti Opah jangan rindu Isya tau."sebenarnya Isya yang akan merindui Tengku Zakiah. Ya seminggu lagi Isya akan memulakan pelajarannya ke peringkat MBA.
"Skype ada sayang. Macam biasa. Eh tapi nanti Isya ke sana dengan siapa? Irham bulan dua baru ke sanakan?"tanya Tengku Zakiah risau.
"Aah Opah. Abang lewat sikit sampai. Isya stay dekat kolej dulu. Lagipun cawangan hotel dekat sana tak siap sepenuhnya lagi. Jadi Isya duduk dekat kolej dulu. Lagipun Isya dapat kolej dekat dalam kampus. Isya ke sana bawa kereta sendiri."jawab Isya.
"No, no, no!! Sayang tak pergi ke sana dengan bawa kereta sendiri. Abang ada. Abang bawa Isya ke sana. Lagipun dekat sana ada sediakan kolej untuk pasangan yang sudah berkahwin. Abang akan ikut sayang sekali. Sementara hotel masih dalam stage ubahsuai ni kita duduk di dalam kampus dulu."celah Tengku Irham.
Tengku Irham tidak betah meninggalkan isteri kesayangannya sendirian di sana walaupun hakikatnya ramai pelajar lain di sana. Dia juga telah meminta kebenaran dari Tengku Raziff untuk pergi ke sana awal dan memantau cawangan hotel di sana. Sepatutnya Tengku Irham akan berada di sana dalam bulan February setelah semuanya selesai dan selepas majlis perasmian pembukaan diadakan tetapi disebabkan Isya dia meminta untuk ke sana awal. Mahu tidak mahu Isya kena jugalah akur dengan keputusan Tengku Irham.
Kelihatan sungguh meriah suasana di runah Tengku Raziff. Isya juga bahagia melihat apa yang dimilikinya sekarang. Dari cuma dia berdua sahaja dengan Irma dan kini keluarganya sudah lengkap. Dikurniakan dua pasang ibu bapa, seorang opah, dua orang adik iaitu Irma dan Tengku Rania, seorang abang iaitu Alex dan seorang suami yang penyayang.
"Terima kasih Ya Allah. Aku sungguh gembira dan bersyukur atas apa yang KAU berikan kepadaku." Isya tersenyum manis tatkala melihat gelagat ahli keluarganya.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...