Tengku Ibrahim berbincang lebih detail mengenai majlis perkahwinan Isya dan Tengku Ikram bersama Datuk Michael. Mereka telah menetapkan perkahwinan Isya akan berlangsung di Bali. Cuma keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja akan dijemput. Untuk berita ini mereka memilih Syarikat Datuk Fikri untuk menyiarkan secara ekslusif mengenai berita perkahwinan Tengku Ikram bersama Isya. Selepas seminggu mereka akan mengadakan majlis menyambut di Malaysia di rumah Tengku Ibrahim di banglonya di Bukit Antarabangsa. Di sana nanti barulah semua ahli korperat dan juga kenalan akan dijemput.
"Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati Isya untuk terima Ikram. Si kecik Ishal tu akhirnya jadi cucu kita kan abang."Kata Tengku Mariam kepada Tengku Ibrahim.
"Yelah Yam. Awak sayang sangat ke dengan Ishal tu?"saja Tengku Ibrahim menguji Tengku Mariam.
"Yam sayanglah abang. Dari kecik lagi Ishal tu dengan Ikram. Manja betul saya tengok Ishal dengan Ikram tu."beritahu Tengku Mariam lagi.
"Dulu awak bukan main halang lagi Ikram dengan Isya tu. Sekarang ni dah suka pula. Macam-macamlah awak ni Yam."Provok Tengku Ibrahim.
Jika dulu Tengku Mariam banyak menentang perhubungan Tengku Ikram bersama Isya. Begitu banyak gosip yang yelah dia dengar mengenai Isya. Gosip-gosip tersebut sekali-sekala mempengaruhi Tengku Mariam namun disebabkan kejujuran Isya dan sifat lemah lembut Isya akhirnya memikat hati Tengku Mariam. Pernah suatu ketika dia melihat Lisa cuba menyerang Isya sewaktu bertemu di Kota London. Namun Isya bijak mengatur langkah. Malah dia mengajak Lisa untuk berbincang sehinggakan kini Lisa dan Isya sudah mampu untuk menjadi kawan baik. Betapa Tengku Mariam mengkagumi Isya.
"Ikram, hargailah Isya tu ya. Jangan jadi seperti bekas suami Isya. Ibu nak Ikram jaga Isya baik-baik lepas kahwin nanti. Ingat dalam perhubungan itu apa yang pentimg adalah kepercayaan. Sebelum buat sesuatu keputusan fikir dahulu. Jangan gunakan kuasa talak sesuka hati. Ibu tak suka anak ibu tak pandai menghargai perempuan. Ikram satu-satunya anak ibu."nasihat Tengku Mariam kepada Tengku Ikram.
Tengku Ikram hanya mendengar nasihat Tengku Mariam. Tengku Ikram merupakan anak tunggal kepada Tengku Ibrahim dan Tengku Mariam. Satu-satunya buah hati keluarga Tengku Ibrahim.
"Ibu, Ikram keluar dulu ya. Ikram ada janji dengan Isya. Baju kahwin semua tu minggu depan baru pergi ambil. Isya cakap Lisa sudah aturkan semuanya dan mengenai berita perkahwinan Ikram pun dah beritahu Lisa dan Datuk Fikri."beritahu Tengku Ikram.
Kini Tengku Ikram dalam perjalanan mengambil Isya.
Tengku Irham pergi ke rumah Datuk Michael. Dia ingin berjumpa dengan Isya. Dia ingin mengetahui semua kebenaran yang Isya telah ketahui.
"Isya, buka pintu ni. Izinkan saya berbincang sebentar dengan awak Isya. Please."rayu Tengku Irham.
Isya segera menyuruh Desmond mengambil Ishal dan membawa masuk ke rumah. Ishal seorang anak yang tidak banyak kerenah dan patuh. Tiada jeritan atau lalakan daripadanya walaupun kadang-kadang Desmond membawanya dalam keadaan yang tiba-tiba. Mood bermainnya sentiasa ada. Ishal juga mudah dipujuk jika bersama Desmond. Alvin pula sentiasa menemani Isya.
"Apa hal awak datang ke sini? Apa yang awak nak bincangkan. Tak cukup lagi ke? Minggu lepas keluarga awak datang sini. Kemudian Farhana dan kali ini awak pula yang datang. Irham please lah. Baliklah. Awak dah kahwin. Kalau awak nak berbincang mengenai Ishal, saya rasa tentu Mama dan Papa ada beritahu keputusan saya. Awak nak apa lagi datang sini?"marah Isya.
"Beri saya peluang Isya. Saya nak kita berbalik semula. Maafkan saya. Please Isya. Saya cintakan awak.."rayu Tengku Irham lagi.
"Sudahlah Irham. Saya dah lama maafkan awak. Sebelum saya dah beritahu awak, sekali awak halau dan tidak percaya kepada saya, saya akan tinggalkan awak terus. Rasa cinta saya sudah tiada untuk awak Irham. Awak baliklah. Bahagiakan Farhana. Dia isteri awak. Jangan sia-siakan dia. Dia hak awak yang halal. Layan dia seperti yang sepatutnya."nasihat Isya kepada Tengku Irham.
"Isya, beritahu saya siapa yang porak perandakan perkahwinan kita sebelum ni. Rania ada beritahu saya. Malah dia turut berkongsi gambar yang dimanipulasikan untuk huru harakan hubungan kita. Beritahu saya Isya. Please. Saya tak akan maafkan orang yang rosakkan hubungan kita."
"Irham, semua dah tinggal kenangan. Perbaiki keadaan sekarang ini. Saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Kalau awak nak tahu sejak kita balik dari honeymoon sehinggalah sekarang, saya tak pernah berseorangan. Kalau dulu awak lantik Zamri yang kononnya jadi spy awak untuk intip pergerakan saya tapi sebenarnya saya sendiri sudah ada bodyguard yang jaga saya. Desmond sentiasa berada bersama saya. Cuma silap saya, saya tak beritahu awal mengenai segala peristiwa yang mencurigakan sehinggalah saya buat keputusan hendak berbincang mengenai Zamri tetapi awak terlebih dahulu menyerang saya tanpa usul periksa dan tanpa mendengar penjelasan saya. Awak pijak maruah saya dan awak layan saya seperti perempuan murahan sedangkan saya isteri awak masa tu Irham. Seorang ISTERI!!!bukan PELACUR!!! Sakit hati saya bila saya teringat kembali tapi saya bersyukur sebab saya dianugerahkan permata yang paling berharga iaitu Ishal. Sebab awak, saya dapat miliki Ishal. Saya ucapkan terima kasih dekat awak sebab awak banyak mengajar saya erti kehidupan. Begitu banyak hikmah kehidupan yang saya dapat Irham. Saya dapat merasa nikmat berkeluarga. Kuni saya miliki sebuah keluarga yang lengkap. Saya mempunyai Mummy dan Daddy sebagai pelindung saya walaupun mereka berlainan agama. Mereka melayan saya tak ubah seperti anak kandung mereka sendiri. Saya juga mempunyai adik beradik yang dianggap sebagai kawan baik. Melalui awak juga saya kenal Lisa. Lisa juga banyak membantu saya. Disebabkan saya sudah bercerai dengan awak juga saya kenal hati budi Ikram. Saya dapat menilai keikhlasan Keluarga Tengku Ikram. Terima kasih banyak-banyak. Awak perbaiki diri awak Irham. Tengku Irham yang saya kenala bukan begini. Baliklah Irham. Ishal tetap anak awak. Suatu masa nanti saya akan bawak Ishal dan kenalkan awak sebagai ayah kandungnya. Saya tak nak kita bergaduh. Awak baliklah dan fikir apa yang saya telah cakapkan dengan awak. Untuk kembali pada awak itu adalah mustahil kerana dalam hati saya cuma ada Ikram dan dalam hati awak cuma ada Farhana. Baliklah ke pangkuan isteri awak. Maafkan saya."Isya terus meninggalkan Tengku Irham.
Tengku Irham berasa kecewa. Kecewa dengan dirinya. Cintanya terhadap Isya dulu tidak begitu kuat sehinggakan angin yang begitu kecik sudah mampu menumbangkan masjid yang dibinanya. Tengku Ikram berasa terharu mendengar kata-kata Isya. Sungguh murni hati Isya dan dia juga berbangga dengan Isya yang sanggup memaafkan kesalahan yang begitu besar terhadapnya. Betul kata Tengku Mariam, Isya satu-satunya permata yang perlu dia hargai. Dia perlu mempercayai Isya dan setiap apa yang akan terjadi perlu diselidik terlebih dahulu.
Tengku Irham keluar dengan muka yang monyok dan menuju ke keretanya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Tengku Ikram yang cuba mahu menegur Tengku Irham hanya dibiarkan begitu sahaja. Tidak dihiraukan oleh Tengku Irham. Dia begitu kecewa dengan hidupnya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Isya. Begitu banyak kesalahan yang dia telah lakukan kepada Isya. Dia memang tidak layak untuk menjadi ayah kepada Ishal.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...