CHAPTER 45 REV 1

3.9K 119 2
                                    

Sejak dari rumah Datuk Michael, Tengku Irham termenung panjang. Mujur saja Tengku Rania sempat mengambil gambar bersama anaknya semasa berjumpa dengan Isya tempoh hari. Ditenung wajah Tengku Adam Ishal.

"Comelnya anak Papa! Maafkan Papa sayang. Papa akan cuba cari jalan untuk jumpa kamu sayang."kata Tengku Irham sendirian.

Dibelek gambar yang tak senonoh yang dihamburkan oleh Isya. Bagaimana Isya sanggup berdepan dengan pekara begini. Dia baru dapat gambar Isya bersama lelaki lain saja marahnya sudah tak tertahan inikan pula Isya yang terima gambarnya begitu.

Malam tu di rumah Tengku Raziff masing-masing mengambil tempat untuk makan malam. Sunyi sepi di meja makan.

"Irham, betul ke gambar yang Isya tunjukkan petang tadi? Opah nak tahu."kata Tengku Zakiah memecahkan sunyi.

"Tak Opah. Mana mungkin Irham ada masa nak jumpa perempuan macam tu. Sedangkan Lisa dulu yang menggedik pun Irham boleh tinggalkan semata-mata nak kahwin dengan Isya. Takkan Irham nak buat macam tu dekat Isya."balas Tengku Irham.

"Kalau macam tu memang betullah sangkaan Papa. Ada yang dengki dengan kebahagiaan Isya. Sebab tu dia buat macam tu. Ada sebab juga Alex dan Michael lantik orang jaga Isya. Takkan kamu tak tahu siapa yang cuba rosakkan hubungan kamu. Kata Michael kamu tahu kisah silam Isya. Takkanlah Isya tak ada cerita langsung dekat kamu masa dekat sana?"luah Tengku Raziff.

Tengku Irham.menceritakan perkara yang terjadi. Baru hari ini dia meluahkan segalanya pada keluarganya. Tidak sangka hidup Isya terlalu sengsara dan banyak dugaan. Sudah berkahwin pun masih diduga dengan pelbagai cabaran.

"Opah tak salahkan Isya. Memang salah kamu Irham. Opah ingat bila Opah dapat satukan kamu, kamu akan buat Isya bahagia. Kesian Isya. Sudahlah anak yatim piatu. Nasib ada si Michael tu. Ada juga dia tempat berteduh dan berpaut. Kalau nak harapkan Irham ni, memang tak adalah. Baru sikit cabaran dah terpengaruh dengan cakap-cakap orang."celah Tengku Zakiah.

"Mak ni! Patutnya berilah cadangan bagaimana nak jumpa cicit mak tu. Ini tidak. Dimarahnya lagi si Irham tu."kata Tengku Suraya kepada Tengku Zakiah.

"Kamu ni pun satu Suraya. Kalau kamu jadi Isya tu, kamu nak ke bagi anak kamu tu dekat orang yang dah hancurkan hati kamu tu!"marah Tengku Zakiah. Kini apa yang difikirkan oleh Tengku Zakiah adalah ingin bersemuka sendirian berjumpa Isya sebelum dia balik ke London.

"Irham, kamu pandai-pandailah fikir jalan sendiri macam mana nak balik semula pada Isya kalau kamu masih sayang dia. Tak kuasa Opah nak fikirkan jalan untuk satukan kamu lagi. Dulu dah elok-elok Opah cepatkan perkahwinan kamu, ni pulak yang jadinya. Kalau Opah tau baik kahwinkan kamu lepas Isya habis master dia. Ni tidak, Master ke mana dan perkahwinan pula putus tengah jalan. Tak sampai setahun kahwin dah cerai."marah Tengku Zakiah. Dia terus membasuh tangannya  dan naik ke biliknya.

Termenung dia di dalam bilik memikirkan nasin Isya. Kasihan dia melihat Isya. Kalau dulu dia banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar pada Isya. Malah terpikat dengan sikap Isya. Itu yang menyebabkan dia bertindak cepat untuk mengahwinkan Tengku Irham bersama Isya. Tidak mahu Isya lepas ke tangan orang lain.

Nombor telefon Isya telah berubah. Dibuka aplikasi skype. Mujur sahaja Skype masih berfungsi. Tengku Zakiah menaip sesuatu dan menghantar kepada Isya. Kebetulan Isya online ketika itu.

T. Zakiah : assalamualaikum cucu Opah.

Pada mulanya Isya hanya melihat saja pesanan itu. Adakah patut dia membalasnya? Isya teringat kata arwah ibunya. Jangan biarkan kemarahan mengawal tindak balas kita kerana ketika itu Syaitan menghampiri kita. Hati Isya menjadi lembut semula apabila teringat pesan arwah ibunya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now