CHAPTER 55 REV 1

2.8K 104 0
                                    

Keluarga Tengku Razieff kini lebih risau mengenai keadaan Isya.

"Opah nak pergi tengok Isya la."Tengku Zakiah bersiap untuk pergi menjenguk cucu menantu kesayangannya walaupun Isya dan Tengku Irham sudah bukan suami isteri lagi.

Farhana pula gembira kerana Isya tidak hadir pada majlis petang tadi. Baginya dia berasa lega. Tiada istilah menang kalah bagi dirinya. Dia rasa dirinya diutamakan pada majlis petang tadi. Farhana tidak mengetahui sebab Isya tidak hadir kerana dia sudah pulang awal.

Keluarga Tengku Razief kini masing-masing bersiap untuk keluar melawat Isya di hospital.

Isya pula lena di dalam wad sendirian. Desmond dan Alvin ditugaskan oleh Isya untuk menjaga Tengku Adam Ishal.

Tengku Zakiah segera pergi ke wad Isya. Isya pula lena tidur. Dengan perlahan Tengku Zakiah menghampiri Isya. Isya kelihatan sungguh pucat.

Tengku Irham juga berada di sisi Isya. Sungguh dia sedih melihat keadaan Isya.

Oleh kerana tidur Isya terlalu lena disebabkan ubat yang telah diambil oleh Isya, keluarga Tengku Razief membuat keputusan akan melawat Isya semula pada esok hari manakala Tengku Irham pula membuat keputusan untuk menjaga Isya. Dia perlu segera mengambil hati Isya. Kalau dulu dia lebih bergantung kepada Tengku Zakiah dan kini biarlah dia cuba memenangi hati Isya semula.

"Opah rasa tak manis kalau kamu jaga Isya. Lagipun Isya bukan isteri kamu lagi."luah Tengku Zakiah.

"Bagi peluang pada Irham ya Opah. Lagipun dekat hospital ni Opah. Ramai orang. Opah doakan semoga Isya dapat buka hati dia untuk Irham ya Opah."Tengku Irham sedaya upaya membuat Tengku Zakiah memahami niatnya.

Tengku Razief dan Tengku Suraya juga kurang bersetuju dengan cara Tengku Irham tetapi disebabkan Isya kini berada di hospital maka dia cuba memahami kehendak Tengku Irham. Mereka meninggalkan Tengku Irham menjaga Isya di wad.

Lena betul Isya tidur. Tengku Irham menarik selimut dan tidur di sofa berhampiran dengan katil Isya. Matanya tidah henti memandang Isya di katil. Terbayang kesusahan hidup yang dijalani oleh Isya tanpanya di sisi ketika Isya mengandungkan Tengku Adam Ishal. Apabila memikirkan tentang apa yabg telah dilakukannya kepada Isya, Tengku Irham berasa sedih. Dia tidak dapat membayangkan betapa kejamnya dirinya dahulu. Apa yang telah dilakukan kepada Isya adalah satu perkara yang sangat kejam.

"Isya, maafkan abang.... abang tak sepatutnya buat macam tu dekat sayang."luah Tengku Irham perlahan.

Akhirnya Tengku Irham juga terlena di sofa menghadap Isya.

Isya bangun awal kerana ingin menunaikan solat subuh namun terkejut melihat Tengku Irham yang keluar dari bilik air.

"Eh, bila masa awak datang sini?"tanya Isya kepada Tengku Irham.

"Sorry, malam tadi saya datang dengan yang lain tapi sebab awak tidur lena sangat, jadi masing-masing balik. Cuma saya je yang temankan awak. Macam mana hari ni? Demam dah kurang?"Tengku Irham yang semakin prihatin.

"Awak ni datang sini tak ada yang marah ke? Nanti buah hati awak merajuk baru awak tahu?"usik Isya.

"Siapa? Buah hati saya cuma awak je tau! Jomlah kita solat sekali. Awak pergi ambil wudhuk. Saya bentang sejadah dan kita solat sama-sama."Tengku Irham menamatkan perbualan.

Isya tanpa banyak bicara segera menuju ke bilik air untuk nengambil wudhuk. Sudah lama dia tidak solat berjemaah. Tengku Irham pula sibuk membentang sejadah dan menunggu Isya mengambil wudhuk. Selepas sepuluh minit Isya keluar dari bilik air dan memakai telekung. Tengku Irham pula seperti biasa sudah menunggu di sejadah. Mereka solat subuh berjemaah.

"Awak, Farhana tahu tak awak datang sini?"tanya Isya tiba-tiba. Soalan mengenai Farhana tidak dapat ditangguhkan lagi.

"Tak pun. Kenapa tanya pasal Farhana? Awak cemburu ke?"Tengku Irham melirik kepada Isya.

"Tak ada masa nak cemburu dengan Farhana tu. Saya cuma malas nak layan cemburu Farhana tu. Awak, nak tanya sikit boleh tak?"

"Tanya pasal apa? Tanyalah. Nanti saya jawab."balas Tengku Irham.

"Kenapa awak tak kahwin je dengan Farhana? Lama kot kita dah bercerai. Lagipun saya tengok Farhana tu okay je dengan awak masa sebelum awak jumpa saya?"soalan yang dah lama Isya mahu bertanya kepada Tengku Irham.

"Sebab saya tak pernah cintakan Farhana. Kenapa? Awak suka ke kalau saya kahwin dengan Farhana? Bukan ke sebab Farhana kita bercerai? Sebelum tu saya nak minta maaf dengan awak. Saya tak patut layan awak macam tu dulu. Saya malu dengan apa yang saya dah lakukan dekat awak tapi saya tetap nak kita bersama balik. Bagi peluang dekat saya untuk tebus balik kesalahan saya dulu."luah Tengku Irham.

"Sudahlah awak. Yang lepas biar je lepas. Saya dah maafkan awak pun. Saya malas dah nak ingat hal lama. Apa pun sekarang saya happy. Saya ada Ishal. Lagipun dulu saya taklah susah mana pun. Mummy dan Daddy pun sentiasa ada bersama dengan Saya. Even Ikram pun ada."sengaja Isya menyebut nama Tengku Ikram.

"Awak dengan Ikram ada apa-apa ke? Saya menyesal. Kalau tak tentu saya dapat tengok awak masa awak mengandungkan Ishal. Saya terlepas moment penting."muka Tengku Irham kelihatan mendung.

"Dahlah awak. Ni siapa yang sakit ni? Saya ke atau awak yang sakit sekarang ni?"usik Isya yang kini cuba menukar topik.

Tengku Irham mula tersenyum dan kini Isya sudah baring semula di katilnya.

"Awak, awak tak pergi pejabat ke? Nanti buah hati awak cari. Susah nanti awak nak pujuk."usik Isya kembali.

"Dahla. Awak tu je buah hati saya. Hari ni saya cuti. Jaga awak. Awak, apa kata kita rujuk balik.."Tengku Irham mencuba nasib.

"Reason untuk rujuk semula?"

"Sebab saya rindu awak. Jomlah awak. Kali ni saya janji saya akan percaya dan jaga awak. Jomlah awak!"Tengku Irham memujuk lagi.

Tiada jawapan dari Isya. Isya cuma tersenyum. Tengku Irham pula terus mencuba. Dia tidak akan berputus asa untuk memujuk Isya. Isya kelihatan lebih lembut kali ini. Pujukan Tengku Irham hanya dibiarkan sahaja. Bagi Isya dia perlu mempertimbangkan semula. Dia tidak mahu terima begitu sahaja walaupun perasaan marahnya pada Tengku Irham tidak seperti dahulu. Apa yang berlaku tidak boleh diundur lagi. Dia tidak dapat mengubahnya namun masa depan masih boleh diubah.

Isya tidur semula kesan daripada pengambilan ubat selepas bersarapan pagi. Isya tidak dapat menangguhkan waktu tidurnya.

"Awak, saya tidur kejap ya. Mata saya dah tak tahan ni. Awak kalau nak balik, baliklah. Lagipun nurse ada jaga saya dekat sini. Irma pun nanti datang."pesan Isya sebelum tidur kepada Tengku Irham.

Tengku Irham tetap dengan matlamatnya. Dia tidak akan meninggalkan Isya. Inilah peluang dia untuk menjaga Isya. Bukan senang dia dapat peluang begini. Dia akan menggunakan sebaik-baiknya. Isya lena manakala Tengku Irham pula melayan kerja-kerjanya dengan menggunakan ipadnya yang sentiasa ada di bawa bersama. Dia melakukan kerjanya di wad Isya tanpa gangguan.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now