Hari yang penuh cemburu bagi Tengku Irham. Malam tadi dia baru sahaja mahu bermanja dengan Isya dengan merajuk dan mahu Isya memujuknya tetapi diganggu dengan panggilan daripada Alex dan pagi ini juga sama. Awal pagi lagi Isya sudah diganggu dengan telefon lagi.
Isya pula tidak pernah mengabaikan suaminya. Walaupun dia menjawab panggilan telefon, tangannya cekap melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri. Baju dan juga segala persiapan Tengku Irham tidak pernah diabaikan. Tangannya cekap mengikatkan tie si suami. Selain itu juga sarapan pagi untuk suami juga terhidang dan disediakan oleh Isya sendiri.
Muka Tengku Irham monyok. Masam kerana tidak dilayan si isteri yang terlalu sibuk dengan kerjanya. Si anak pula menikmati sarapan yang disediakan oleh Isya.
"Abang, dahla monyok tu. Makan ya. Tak sedap ke Isya masak?"tegur Isya. Bukan Isya tak perasan muka masam Tengku Irham.
"Morning Isya!"jerit Alex.
"Morning. You nak makan apa? I masak."tanya Isya kepada Alex.
"I nak roti bakar je. Isya, I got happy news for you!"Alex kelihatan begitu gembira.
"Hai Alex. Masuk-masuk je ada happy news. Apa? Projek baru masuk ke?"tanya Tengku Irham. Kehadiran Alex mengubah mood Tengku Irham. Tidak mahu Alex nampak mereka sedang bergaduh manja.
Alex hanya menggeleng sahaja. Tersenyum ke arah Isya. Isya pula seperti sudah mengerti. Sebelum ini Stephanie bercuti bersama Alex dan baby Naila tetapi kini hanya Alex sahaja yang pulang.
"I think I know. Stephanie pregnant right!"teka Isya.
"Pandai my sis! Yes. My second child in Stephanie tummy!"begitu gembira Alex bercakap.
"Seriously Alex?"Datuk Michael pula kelihatan teruja. Bertambah bilangan cucunya. Irma sahaja sudah mempunyai dua orang anak. Isya seorang dan kini Alex bakal mendapat anak kedua. Datuk Michael bertambah ceria.
Berbeza pula dengan muka Tengku Irham. Nampaknya lepas ni semakin susah pula Isya mahu memujuk Tengku Irham. Tengku Irham memendam rasa. Walaupun Isya berada di sebelahnya tetapi hatinya tetap terasa. Entah kenapa Tengku Irham terasa lebih sensitif.
Stephanie berada di rumah keluarganya. Alex pula balik ke rumah Datuk Michael kerana mahu mengambil barang keperluannya. Dia meluangkan masa bersama keluarga Stephanie untuk beberapa hari.
Isya sibuk dengan kerjanya. Dia tidak sempat untuk melayan rajuk suaminya. Ada sahaja kerja yang menunggunya. Bukan dia tidak sayang suami tetapi masanya begitu terhad. Tengku Adam Ishal pula di jaga oleh Alvin.
"Nasib kaulah Irham. Ada isteri tapi isteri pula sibuk mengalahkan menteri. Hmmm..." Tengku Irham mengeluh sendirian sambil memerhatikan Isya dari luar pejabatnya.
Sempena kerjasama Syarikat Datuk Michael dan Tengku Razief, Tengku Irham mempunyai ruang pejabat sendiri di Syarikat Datuk Michael.
Tanpa diduga, mereka didatangi Tengku Ikram dan Tengku Rania. Terkejut juga Datuk Michael, Alex, Isya dan Tengku Irham.
"Hai Ikram. What's up? Datang tak inform pun. Jaga-jaga sikit Rania tu. Masih dalam awal kandungan kan."tegur Isya.
"No worries Isya. Ini bukan first time I jaga orang pregnant. Before ni I jaga kakak ipar I kan?"jawab Tengku Ikram.
"Kakak ipar?"soal Tengku Rania.
"Yelah sayang. Kan sebelum ni abang pernah jaga Kak Isya ni masa Kak Isya pregnant si Ishal tu. Takkanlah sayang dah lupa. Sebelum abang jumpa sayang, kan abang jumpa kak Isya dulu."jawab Tengku Ikram. Tengku Rania hanya tersenyum faham. Tiada rasa cemburu pada Isya tetapi Tengku Irham yang mendengar pula sudah ada bunga-bunga cemburu.
Tengku Irham tidak menunjukkan tanda-tanda cemburu semasa mereka berbual. Tengku Ikram memang tiada niat langsung untuk buat Tengku Irham cemburu. Memang benar ini bukan pengalaman pertamanya menjaga wanita mengandung. Tengku Ikram berasa bersyukur kerana boleh menggunakan pengalamannya sebelum ini. Berguna juga pengalamannya yang lepas.
Datuk Michael melayan Tengku Rania tidak ubah seperti anaknya sendiri. Layanan sama rata diberikan kepada Tengku Rania. Mereka makan tengahari bersama. Apa sahaja kehendak Tengku Rania dipenuhi oleh Datuk Michael memandangkan makan tengahari ditaja penuh oleh Datuk Michael.
Minggu ini giliran Isya bermalam di rumah Tengku Razief. Bermakna malam ini Isya terpaksa melayan karenah suaminya. Dia tahu dari tadi Tengku Irham sudah menahan bunga-bunga cemburunya. Bukan dia tidak nampak muka suaminya tadi apabila Tengku Ikram bercerita pengalaman menjaga Isya ketika di London. Sensitif sungguh suaminya ini.
Tengku Irham terus naik ke biliknya setibanya sampai di rumah Tengku Razieff.
"Kenapa tu Isya?"tanya Tengku Razieff kepada Isya.
"Biasalah Papa. Bunga-bunga merajuk."selamba sahaja Isya menjawab dan senyuman diberikan. Tengku Adam Ishal pula berkepit dengan Alvin dan Desmond.
"Abang, dahlah tu merajuk. Takkan marah lagi."Isya cuba memujuk Tengku Irham.
"Abang cemburu tengok Ikram tu. Dapat jaga sayang masa sayang pregnant. Abang ni, tak dapat nak rasa. Pernah tengok sayang chubby sikit masa majlis kahwin kawan sayang dulu je kat hotel. Itu pun sekejap je. Kenapa sayang tak cakap sayang pregnant masa majlis tu?"Tengku Irham mengungkit cerita lama.
"Kenapa? Kalau sayang cakap masa tu abang percaya ke anak tu anak abang? Sayang tak rasa abang percaya."cepat sahaja Isya menjawab.
"Abang percayalah sayang. Abang takkan lepaskan sayang masa tu. Lagipun talak tak jatuh. Masih sempat untuk abang rujuk. Mesti kita akan bahagia."beritahu Tengku Irham lagi.
"Abang dah lupa ke apa yang abang buat dekat sayang masa tu? Maaf. Sayang bukan nak ingatkan balik peristiwa lama. Bukan mudah untuk Isya terima abang masa tu. Sudahla abang. Isya tak nak ungkit lagi. Isya mandi dululah."Isya terus pergi menuju ke bilik mandi.
Tengku Irham terkedu melihat tindakan Isya. Kalau tadi muka Isya masih ada tanda mahu memujuknya tetapi kini muka Isya kelihatan agak serius. Nampaknya dia sudah tersalah ungkit. Dia telah mengingatkan Isya pada cerita lama. Betul juga kata Isya. Belum tentu lagi mereka akan bersama semula ketika itu. Isya mengandung kerana hubungan yang dipaksa olehnya. Bukan atas kerelaan Isya.
Lama dia menunggu Isya sudah mandi. Dia ingin meminta maaf kepada Isya. Kerana cemburunya dia telah menyakitkan hati Isya. Dia tenggelam dengan emosinya.
"Sayang, abang minta maaf ya. Abang tak patut ungkit kisah lama. Salah abang. Patutnya abang jaga hati sayang. Abang ni terlalu ikut emosi."Tengku Irham meminta maaf ketika Isya baru sahaja keluar dari bilik mandi.
"Sudahlah abang. Isya tak nak ingat perkara lama. Abang pergilah mandi. Sekejap lagi kita turun makan. Rania dengan Ikram ada kat bawah tu. Nanti apa pula mereka cakap."Isya memaniskan mukanya. Baginya semua sudah berlaku. Masa tak dapat nak diundurkan lagi.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...