CHAPTER 71

3.2K 113 1
                                    

Isya keluar bersama Alex kali ini ke Paradigm Mall. Sebelum keluar Isya sudah memaklumkan kepada Tengku Irham. Dia tidak mahu jadi isteri nusyuz. Keluar tanpa izin suami. Dia juga sedar walaupun tidak tinggal sama tetapi dia tetap tahu akan tanggungjawabnya. Dia hormat Tengku Irham sebagai suami.

"Sis, tengok dekat sana? Siapa kita jumpa?"Alex menaikkan keningnya dan tersenyum sambil jari telunjuk menunjuk ke arah orang tersebut.

Isya melihat ke arah tersebut dan terlihat Daniel bersama Farhana sedang keluar berdua-duaan malahan lebih rapat dan mesra sekali. Ini peluang Isya. Isya segera menuju ke arah mereka manakala Alex terkejut melihat Isya yang sedang menuju ke arah Daniel dan Farhana. Alex pula tidak sempat menghalang Isya. 

"Hai Daniel, Hana! Shopping ke?" tegur Isya.

Farhana pula terkejut dengan kehadiran Isya dan Daniel. Tangannya segera dijauhkan daripada genggaman Daniel. 

"Macam-mana pula minah ni boleh ada dekat sini? Hish menyusahkan betul. Nasib baik dia tak datang dengan Irham. Kalau tak rosak plan aku!"Marah Farhana di dalam hati. Tiada senyuman yang terukir pada bibir Farhana. Yang ada cumalah api kemarahan. 

Farhana tanpa berlengah membiarkan Isya berbual bersama Daniel. Dia meninggalkan Isya, Daniel dan Alex dan menuju ke Sephora. Malas dia mahu melayan Isya dan Alex. Apa yang pasti Daniel tidak mungkin akan mengkhianatinya. Jadi dia dengan yakin meninggalkan Daniel.

"You berdua shopping ke? Alex, your wife mana? tak jealous ke wife you nanti kalau dia tau you keluar berdua dengan Isya ni?"sengaja Daniel memerli Alex. Sebelum ini Farhana juga pernah memberitahunya yang Isya suka keluar berdua dengan Alex.

"Come on. Isya like my sister and also my bestfriend. Wife I faham I. Lucky I had her as my wife. Lagipun I dengan wife I tak pernah berahsia. Rahsia I, rahsia Isya dan rahsia Stephanie dah jadi rahsia kami. So sebelum kahwin pun I dah beritahu dengan Stephanie. So no problem between us now."dengan selamba Alex menjawab.

"Untunglah you macam ni. Jealous I. So berdua shopping?"

"Taklah. Ada discussion dengan supplier. Saja ajak mereka jumpa dekat sini. Kalau sembang dekat office rasa macam stress. Tu yang saja ubah angin."jawab Alex lagi.

Lama juga mereka berbual. Alex mendapat panggilan telefon. Kini Isya bersembang bersama Daniel.

"Dah lama ke you kenal Hana?"tanya Isya.

"Lama juga. Dia kawan I. Saja je teman dia released stress dekat sini."jawab Daniel tanpa ragu-ragu.

"Isya, I nak tanya you lah. You kenal Hana? Macam mana you boleh kenal Hana?"tanya Daniel. Sengaja dia bertanya.

Isya tanpa ragu-ragu menjawab. Banyak juga cerita yang diceritakan kepada Daniel. Tiada satu pun cerita yang direka. Dia cuma bercerita perkara yang baik-baik sahaja. Perkara yang tidak baik itu cukuplah hanya dia dan Hana sahaja yang tahu. Jika terpaksa baru dia akan menceritakan. Dia tidak mahu bercerita aib orang.

"Boleh I tanya dekat you something? Tapi soalan ni agak peribadi sikit. If you don't mind, can I ask you?"tanya Daniel.

Isya mengangguk dan senyuman dihadiahkan.

"Kenapa you sanggup rampas Tengku Irham dari Hana?" Daniel tidak dapat menahan diri daripada bertanya. Cerita Isya amat berbeza daripada cerita Farhana. 

"Apa yang I boleh cakap semua ni sebab jodoh. Untuk pengetahuan you, I tak rampas Tengku Irham daripada Hana pun. I jumpa Hana balik masa majlis perkahwinan I dulu. Sebelum ni I tak pernah pun tahu Tengku Irham ada berkawan dengan Hana. Semua ni sebab jodoh. I pun tak pernah rampas daripada Hana. Itu je yang I boleh cakap."begitu ringkas jawapan Isya.

Daniel terdiam sebentar.

"Daniel, I tahu you memang terlalu rapat dengan Hana sampaikan semua hal I you tahu. I harap you boleh buat pertimbangan you sendiri. I tak pernah mereka-reka cerita. Apa yang I cerita dekat you semuanya betul. Tolonglah I ubah Hana. I tak pernah pun anggap Hana sebagai musuh I. I kesian tengok dia. Okaylah, Alex pun dah lama tunggu I. I pergi dululah ya. Anyway just be professional okay. Walaupun kita ada kerjasama dalam projek, I harap you jangan campur adukkan hal kerja dengan personal."Isya sempat memberi nasihat kepada Daniel. Dia tidak mahu Daniel salah anggap. 

Isya dan Alex kini sudah jauh meninggalkan Daniel dan Farhana. Daniel pula kini banyak berfikir dan menuju ke arah Farhana.

"Dear, dah habis window shopping? Sorry tadi lama bersembang dengan Isya dan Alex."Daniel menghadiahkan senyuman kepada Farhana.

"Seronok sangat nampaknya bersembang dengan perempuan tu!"Farhana menunjukkan riak cemburunya. Memang ada terbit perasaan cemburu apabila melihat Daniel bersembang mesra bersama Isya.

"Janganlah marah sayang. Takkanlah I nak marah dia. Nanti kalau I marah mesti dia tahu I rapat dengan you. Habislah plan you nanti."pandai Daniel meredakan kemarahan Farhana. Daniel juga berasa gembira dengan reaksi Farhana. Dia tahu Farhana juga ada menyimpan perasaan terhadapnya.

Farhana kini sudah lega mendengar penjelasan Daniel. Entah kenapa dia marah dengan Daniel dan dalam pada masa yang sama lega mendengar penjelasan Daniel. Farhana dan Daniel kini keluar daripada Sephora. Tangan Farhana kini terdapat satu bungkusan. Itu semua hasil pujukan Daniel. Daniel membelikan Farhana alat solekan buat Farhana. Setiap kali Farhana merajuk ataupun marah, pasti sahaja akan ada hadiah buat Farhana yang dibelikan oleh Daniel. Daniel bijak memujuk Farhana. Semenjak Daniel mengenali Farhana, tiada seorang perempuan pun berjaya berdamping dengannya.

"Dear, you tak takut ke kalau Isya ambil gambar kita keluar bersama sekarang ni?"sengaja Daniel menduga Farhana. Dia juga ingin tahu apa yang difikirkan Farhana.

"I lagi suka. At least I tahu yang Irham cemburu dengan you. Marah. "Farhana tersenyum.

Daniel hanya menggeleng kepala sahaja.
Tidak sangka itu jawapan Farhana.

"Kalau I rapat dan goda Isya macam-mana? Kalau I rapat dengan Isya, you boleh rapat dengan Irham."beritahu Daniel lagi.

"You jangan nak mengada-ngada nak rapat dengan Isya. Cukuplah kenal macam tu sahaja. I tak suka kongsi you dengan Isya. Irham pun dia dah dapat. Nanti you pula hilang!"muka Farhana sudah mencuka. Marah dengan kata-kata Daniel.

Daniel tergelak. Puas dengan jawapan Farhana. Dia yakin Farhana sebenarnya menyayanginya. Dia perlu membuat Farhana sedar akan perasaannya sendiri. Farhana pula kembali mencuka. Baru tadi dia terpujuk oleh Daniel dan kini dia kembali merajuk dengan Daniel kembali.

"Sudahlah dear. Jangan merajuk okay. I tanya je. Dah jom!"Daniel menarik tangan Farhana.

"Nak pergi mana!"marah Farhana namun kakinya akur mengikut Daniel.

Daniel hanya tersenyum. Daniel membawa Farhana ke butik Zara. Kemudian pergi ke Pandora. Tangan Daniel juga kini sudah berisi dua tiga buah beg kertas hasil daripada memujuk Farhana. Kini muka Farhana pula sudah manis. Itulah Farhana yang mudah terpujuk dengan pujukan Daniel.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now