CHAPTER 61

3.7K 101 2
                                    

Farhana berasa amat marah dengan Isya. Kini dia perlu mengatur rancangan demi mendapatkan Tengku Irham.

"Isya, kau ingat kau dapat rampas Irham dari aku! Aku takkan biarkan!"marah Farhana.

Semenjak dia berjumpa dengan Isya, hatinya panas. Malam itu dia menghabiskan masanya di kelab malam bertemankan Bella.

"Hana, kau dah kenapa! Enjoy pula kau malam ni. Selalu aku ajak susah sangat kau nak turun sini."tegur Bella.

"Kau diamlah Bella. Eh Daniel tak datang ke?"tanya Farhana lagi.

Daniel adalah teman lelaki baru Farhana. Kerap kali dia bersama Daniel ketika berada di kelab malam tersebut.

"Manalah aku tahu. Sejak kau jarang turun, Daniel pun sudah tak nampak. Kau call la Daniel. Suruh dia datang."suruh Bella.

Bella pula memang tak pernah berseorangan. Teman yang silih berganti. Bukan setakat itu, arak dan wain menjadi kegemaran mereka.

Farhana tidak mempedulikan kata-kata Bella. Dia juga malas untuk menelefon Daniel. Air arak diteguk rakus oleh Farhana. Kini Farhana sudah separuh sedar. Kalau dulu dia mampu menelan seberapa banyak wain dan arak tanpa mabuk tetapi kini baru sedikit sahaja sudah menyebabkan dia berada dalam separuh sedar. Bella yang melihat perubahan Farhana berasa risau. Telefon di ambil dan nombor Daniel didail supaya mengambil Farhana.

Tanpa menunggu masa yang lama, Daniel tiba di kelab tersebut. Farhana kini sudah mabuk sepenuhnya. Daniel hanya menggeleng kepala melihat Farhana. Memang sudah lama dia ingin berjumpa dengan Farhana tetapi setiap kali dia menelefon Farhana, Farhana tidak pernah mengangkat panggilannya. Inilah peluang untuknya.

Farhana didukung oleh Daniel kerana keadaanya yang sudah mabuk teruk menyebabkan Daniel terpaksa mendukungnya. Bella hanya membiarkan sahaja Daniel membawa Farhana pergi.

"Daniel, jangan lupa take this opportunity. Kalau tak lepas ni kau melepaslah."Bella sempat berpesan dengan Daniel dan mengenyit mata ke arah Daniel.

Daniel hanya tersenyum dan dia tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia akan menggunakan peluang ini sepenuhnya.

Farhana di bawa ke pent housenya. Keadaan Farhana yang mabuk sepenuhnya menyenagkan lagi kerjanya.

"Sorry sayang. I terpaksa guna cara ni. I tak akan benarkan you jadi hak milik orang lain. I akan pastikan yang you akan sentiasa jadi milik I."Daniel bercakap sendirian.

Farhana di letak di atas katil. Baju Farhana ditanggalkan dan kini dia menggunakan peluang ini untuk bersama Farhana. Bukan ini pertama kali buat mereka tetapi sebelum ini mereka melakukannya secara sedar tetapi berbeza kali ini. Daniel melakukannya ketika Farhana mabuk sepenuhnya.

Farhana memberi balasan kepada Daniel. Daniel pula merakam aktiviti mereka malam itu. Daniel akan menggunakan cara kotor untuk mendapatkan Farhana. Selain rakaman, gambar Farhana juga banyak yang telah di ambil oleh Daniel.

Farhana kini lena dalam pelukan Daniel. Tidur mereka hingga ke tengahari.

Tepat jam satu tengahari, Farhana terjaga. Terkejut dia apabila melihat Daniel memeluk erat tubuhnya. Selimut di selak sedikit dan terasa sejuk apabila dia mendapati tiada seurat benang di badannya dan hanyalah ditutupi selimut.

Daniel pula tersedar apabila terasa Farhana bergerak.

"Hai Sayang. Morning!"ucap Daniel dan dahi Farhana dikucup oleh Daniel.

"Hai. Afternoonlah. You buat apa dekat I? Bila masa pula I datang sini?"tanya Farhana.

"You ni. Macam tak biasa pula. I rindu you. Lama i tak jumpa you. So I lepaskan rindu i dekat youlah. You yang minta malam tadi. So I bagilah."jawab Daniel.

"I minta? Betul ke? Macam mana you boleh datang sana? Setahu I malam tadi you tak ada dekat sana."soal Farhana lagi.

"Bella call I. Beritahu yang you mabuk. So I datanglah ambil you. Betullah. Malam tadi you yang minta I layan you."balas Daniel lagi.

Farhana kini sudah mahu bangun. Tuala yang tergantung di sebelah katil di capai.

"You nak pergi mana tu? Nantilah, teman I dulu."tangan Farhana ditarik oleh Daniel. Farhana jatuh dalam pelukan Daniel.

"Janganlah. I nak mandi."tolak Farhana.

"Kita mandi sama-sama ya!"ajak Daniel.

"Daniel, I nak tanya you satu soalan. You guna pelindung tak malam tadi?"soalan penting dan Farhana perlukan jawapan dari Daniel.

"Sayang. Mestilah I pakai. You ni."Daniel tersenyum. Dia sudah merencanakan rancangan jahatnya. Kali ini dia perlu pastikan benihnya berjaya di dalam rahim Farhana. Dia tidak mahu Farhana tahu rancangannya.

Farhana percaya dengan kata-kata Daniel. Daniel berasa lega.

"Sorry sayang. I tak bermaksud nak tipu you tapi I perlu pastikan benih I berjaya dalam rahim you."Daniel berkata di dalam hati dan tersenyum puas dengan apa yang sudah terjadi malam tadi.

Semalam mereka bersama. Kepala Farhana masih pening lagi akibat daripada terlalu banyak meneguk minuman keras malam tadi. Daniel pula tidak membenarkan Farhana pulang dalam keadaan begitu. Farhana bwrehat di rumah Daniel. Daniel melayan baik Farhana.

"Hana, you tidurlah rumah I malam ni ya."pujuk Daniel.

Farhana menggeleng. Pujukan demi pujukan dan akhirnya Farhana setuju. Farhana juga masih marah dengan Tengku Irham. Jadi dia gunakan peluang ini untuk melupakan masalahnya sementara waktu. Daniel tersenyum puas. Sebenarnya terdapat banyak rancangan Daniel demi memiliki Farhana. Walaupun dia tahu sebelum ini Farhana pernah bersama dengan lelaki lain dan juga kini Farhana gilakan Tengku Irham, tetapi dia tetap mahukan Farhana. Dia perlu berusaha lebih demi mendapatkan Farhana.

Tengku Irham pula tidak habis dengan senyumannya. Berita mengenai persetujuan Isya untuk berbalik semula telah diketahui oleh keluarga Tengku Irham. Datuk Michael dan juga Datin Merry juga telah mengetahui daripada Isya. Namun tarikh untuk pernikahan mereka masih lagi belum dibincangkan lagi. Isya masih belum memberi kata putus untuk tarikh tersebut.

Tengku Rania yang mendengar berasa sungguh gembira. Inilah berita yang dinanti-nantikannya. Dia mahu Isya menjadi kakaknya semula dan kini dia amat bersyukur kerana Isya telah membuka hati menerima Tengku Irham semula.

"Assalamualaikum sayang abang! Buat apa tu?"Tengku Irham awal pagi menelefon Isya.

"Waalaikumsalam. Baru lepas bersiap. Ni tengah siapkan anak awak ni. Pagi-pagi lagi dah sibuk nak ikut saya pergi kerja. Pening melayan. Selalunya dia lambat bangun. Ni pantang saya bergerak sikit, mulalah dia sibuk nak mengikut."balas Isya.

Semenjak kes Isya bercuti tanpa memberitahu Tengku Adam Ishal, kini Tengku Adam Ishal tidak mahu berenggang walaupun seminit. Jika Isya masuk tandas, sanggup sahaja tunggu Isya di depan tandas. Datin Merry dan Datuk Michael yang melihat telatah Tengku Adam Ishal hanya mampu tergelak. Puas juga mereka memujuk Tengku Adam Ishal tetapi tiada satu pun berkesan. Baby Naila juga sudah tidak diendahkan oleh Tengku Adam Ishal. Apa yang penting adalah Uminya. Dia akan memastikan Uminya tidak meninggalkannya lagi.

"Sayang bawalah Ishal tu sekali. Kalau sayang penat nak jaga, bagi abang je jaga Ishal. Suruhlah Desmond hantar Ishal dekat sini."suruh Tengku Irham.

"Bertuahnya kalau si Ishal ni nak ikut. Puas Desmond dan Alvin tu pujuk dia. Last-last mereka cuma mampu tengok je perangai anak awak tu."beritahu Isya lagi.

Tengku Irham yang mendengar Isya bercerita mengenai Tengku Adam Ishal tersenyum bahagia. Kini Isya lebih lembut melayannya. Bibit-bibit bahagia kini mula bercambah dalam hati Tengku Irham.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now