Suasana di kampung memang amat menenangkan ditambah lagi dengan layanan Tengku Zakiah. Isya berasa sangat gembira. Banyak juga cerita yang Tengku Zakiah kongsikan bersama Isya mengenai Tengku Irham. Tengku Irham hanya berada di kampung selama dua hari. Hari selebihnya hanya Isya bersama Tengku Zakiah. Tengku Zakiah hanya menginap bersama pembantu rumahnya seramai tiga orang. Bila cuti sekolah bermula ada juga cucu-cucunya yang datang bercuti di rumahnya.
Sudah empat hari Isya bersama Tengku Zakiah dan bermakna dua hari juga Tengku Irham tidak dapat melihat Isya. Walaupun tidak bersama Isya, Tengju Irham akan sentiasa menghubungi Isya melalui pesanan aplikasi whatsspp. Jika Isya tidak membalasnya dia akan segera menelefon Isya. Bila orang dah mula angau, begitulah yang terjadi pada Tengku Irham.
"Opah, hari ni jom kita pergi pasar malam nak tak? Isya bersembang tadi Pak Jalil dan dia cakap hari ni ada pasar malam dekat hujung kampung sana. Jomlah Opah kita pergi. Malam ni kita tak payah masak. Isya nak kutip semua makanan dekat pasar sana. Kita makan puas-puas malam ni nak tak Opah!!"ajak Isya.
"Hish cucu Opah ni dah kenapa nak makan banyak. Tak takut gemuk ke?"tanya Tengku Zakiah.
Sejak Isya di rumah Tengku Zakiah pelbagai masakan yang Isya sempat belajar. Isya bab makanan memang cerewet tetapi dia tidak pernah menghalang selera orang lain. Kegembiraan Isya memang tidak terkira rasanya. Isya dapat merasa kasih sayang seorang nenek kepada cucunya. Kasih sayang yang di tidak sempat nikmati di mana kedua-dua neneknya meninggal awal. Beginilah rasanya kasih sayang seorang nenek. Isya berasa sungguh bahagia.
Ketika sibuk Isya memujuk Tengku Zakiah, telefon Tengku Zakiah berdering dan nama Tengku Irham tertera sebagai pemanggil.
"Opah, jomlah Opah..."rengek Isya yang persis seperti seorang budak.
Tengku Irham mendengar jelas suara Isya merengek.
"Cutenya suara Isya. Time aku dekat sana tak ada pulak nak buat suara cute macam tu!!!" Bisik Tengku Irham di dalam hati.
Serius memang cute sampaikan Tengku Zakiah memberi salam pun dia tidak dengar. Terbuai dengan suara Isya.
"Isya, diam sekejap. Ni opah nak jawab telefon sekejap ni. Tunang kamu ni entah apa yang dia nak." Isya terdiam tatkala mendengar Tengku Zakiah menyebut nama Tengku Irham. Isya tidak perasan yang telefon Tengku Zakiah berdering.
"Ops, sorry Opah. Opah jawab telefon dulu tapi kira jadi ya. Isya mandi dan bersiap. Love you Opah.!!!" Isya menjerit dan berlalu ke biliknya. Tengku Irham memang tidak dipedulikannya walaupun dia tahu Tengku Irham mendengar.
"Hello, Irham!! Irham!! Dengar tak ni Irham!!"jerit Tengku Zakiah.
"Hello, ada Opah. Kenapa Isya tu Opah? Sorry tadi line tak berapa clear." tipu Tengku Irham.
"Nilah tunang kamu ni. Ada ke patut ajak Opah pergi pasar malam. Lepastu siap cakap lagi nak kutip makanan dekat pasar malam tu. Nanti kalau tunang kamu gemuk jangan marah Opah pulak ya."beritahu Tengku Zakiah lagi.
Satu sikap yang Tengku Irham tidak pernah lihat mengenai Isya. Kebiasaannya Isya lebih bersikap matang tapi kini sikapnya persis seperti budak-budak.
"Alah Opah, Isya tu nak manja dengan Opah la tu."
"Ni Isya cakap dia tak nak balik sana dah. Katanya nak teman Opah dekat sini."sakat Tengku Zakiah.
"Eh ye ke Opah. Baguslah macam tu Opah. Taklah Opah sunyi."Tengku Irham saja melayan usikan Tengku Zakiah.
"Kenapa kamu telefon opah ni? Ni mesti sebab Isya tak reply whatsapp kamu lah ni kan. Oh ya Opah lupa pula nak bagi tau kamu yang kawan kamu tu si Syamil dah balik sini dah. Tadi dia ada datang rumah. Lama juga. Bersembang dengan Pak Jalil dan Isya. Siap gelak ketawa lagi. Malam esok Pak Hamid buat kenduri kesyukuran sempena menyambut kepulangan anaknya tu. Dia jemput kamu sekali. Dah alang-alang kamu telefon, ni Opah sampaikan sekalilah jemputan Pak Hamid tu."sengaja Tengku Zakiah membakar api cemburu Tengku Irham.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...