CHAPTER 47

4.8K 152 3
                                    

Segala persiapan perkahwinan Isya dan Tengku Ikram kini berjalan lancar. Pak Samad iaitu pemandu keluarga Tengku Ibrahim kini menghantar Tengku Ibrahim sekeluarga ke KLIA.  Hari ini mereka akan bertolak ke Bali untuk majlis perkahwinan Isya dan Tengku Ikram. Begitu juga dengan Pak Mail yang menghantar majikannya ke lapangan terbang. Irma sekeluarga dan juga pasangan Alex juga menghadiri majlis perkahwinan Isya. Alvin dan Desmond juga begitu setia bersama Isya. Mereka sentiasa bersama Isya dan Ishal.

Majlis perkahwinan Isya dan Tengku Ikram adalah tertutup dan berita ini diberi secara ekslusif kepada syarikat Datuk Fikri.

Tetamu yang lain akan menghadiri majlis di Kuala Lumpur. Kad jemputan untuk Majlis di Kuala Lumpur akan diedarkan oleh PA Datuk Michael esok setelah majlis pernikahan Tengku Ikram dan Isya selesai. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang oerkara yang tidak baik berlaku. Sudah cukup perkahwinan Isya runtuh untuk pertama kalinya dan biarlah perkahwinan ini dilakukan dengan sebaiknya.

Mereka semua di tempatkan di business class. Ini adalah untuk memastikan semuanya di dalam keadaan selesa. Pada mulanya Isya cuma mahu menempah untuk economy class untuk tiket penerbangan tetapi Tengku Ikram terlebih dahulu membantah. Segala urusan tiket penerbangan ditanggung dan diuruskan oleh Tengku Ikram. Isya duduk bersebelahan dengan Tengku Ikram.

Ishal kini sudah lena tertidur. Tiada rengekan dari Ishal. Jika segalanya cukup maka tidak susah untuk menjaga Ishal.

"Sayang, dah tidur ke?"tegur Tengku Ikram kepada Isya.

"Baru on the way. Kenapa? Nak join sekali ke?"usik Isya.

"Sayang nak pergi mana? Abang nak ikut sekali."Tengku Ikram yang melayan sengal Isya.

"Nak pergi Dubai dulu. Lepas Dubai nak singgah London kejap..Korea dan lepas tu baru singgah Bali. Nak ikut yang mana satu?"tanya Isya lagi.

Tengku Mariam yang mendengar di belakang sempat lagi membaling gula-gula ke arah Tengku Ikram dan Isya.

"Sudah-sudah tu. Ibu yang dengar dari tadi dah tak tahan nak gelak. Kamu berdua ni perangai macam budak-budak. Tidur cepat. Bising je. Nanti si Ishal tu terbangun baru tau. Ikram lebih baik kamu diam. Melayan si Isya ni nanti esok dapat bini mata panda. Nanti Isya tak cukup tidur. Baru kamu tau. Padan muka kamu esok dapat bini mata panda."usik Tengku Mariam.

Datin Merry dan Datuk Michael yang berhampiran mereka juga turut tergelak mendengar usikan Tengku Mariam.

"Ibu, bukan salah Isya. Abang ni ha dari tadi sibuk kacau Isya nak tidur."Isya menjelirkan lidah ke arah Tengku Ikram. Selimut di tarik dan muka berpaling ke arah Tengku Adam Ishal.

"Sayang, pandang abanglah. Asyik pandang Ishal je."Tengku Ikram yang dalam mood ingin bermanja dengan Isya.

"Ikram,tidurlah. Esok-esok saja bermanja dengan Isya. Sabar. Gelojoh sangat la anak Ayah ni."kalau tadi Tengku Mariam yang mengusik dan kini tiba pula giliran Tengku Ibrahim.

Tengku Ikram mengalah akhirnya. Kini masing-masing sudah diam. Selimut ditariknya. Lama kelamaan semua dalam mood tidur.

Tidak lama kemudian pengumuman pengedaran makanan oleh anak kapal. Semua penumpang akan diberi layanan. Satu persatu penumpang dilayan oleh anak kapal.

Apabila tiba giliran Isya dan Tengku Ikram, Tengku Ikram terus memilih hidangan ayam dan ikan. Ayam untuk Isya dan ikan untuk Tengku Irham. Untuk Ishal pula lebih kepada hidangan ayam. Ishal banyak mengikut perangai Isya. Ishal juga cerewet dalam bab makanan walaupun semasa Isya mengandungkan Ishal, Isya lebih banyak makan makanan yang sebelum ini dia tidak makan seperti hidangan ikan tetapi bila Ishal sudah besar dia mewarisi sikap cerewet Isya..

Tengku Adam Ishal dikejut oleh Isya. Masa untuk dia makan. Disuapkan makanan kepada Ishal sehingga Ishal kekenyangan. Selepas makan tiba masa untuk Ishal menyusu. Umur Ishal kini baru mencecah dua tahun tetapi Ishal masih menyusu badan. Pernah juga Datin Merry menyarankan supaya Isya memberhentikan Ishal menyusu dan digantikan dengan susu formula tetapi ditegah oleh Isya. Dia ingin memberi susu kepada Ishal sehingga Ishal berusia dua tahun setengah. Ishal menyusu menggunakan botol susu. Lebih mudah untuk Ishal menyusu apabila keluar berjalan-jalan.

"Sayang, makan dulu. Ishal pun macam dah nak tertidur. Dari tadi asyik Ishal je."suruh Tengku Ikram.

"Abang, makan separuh ayam ni boleh tak? Isya tak habislah. Besar sangat."suruh Isya. Memang tabiat Isya yang hanya makan separuh dari makanan tiap kali di dalam flight. Portion yang diberikan besar baginya.

"Kecik je tu sayang. Sayang cubalah habiskan. Tak perlu diet. Sayang gemuk pun abang sayang sayang."sengaja Tengku Ikram menyuruh Isya menghabiskan makananya. Bukan dia tidak tahu Isya bagaimana tapi dia sengaja.

Isya sempat membahagikan kepada dua bahagian makanannya. Dia juga memberitahu Tengku Ikram jika Tengku Ikram tidak mahu dia akan memberikan  makanannya kepada Alvin atau Desmond. Tengku Ikram terus mengambil satu bahagian yang telah diasingkan oleh Isya. Dia tidak mahu Isya berkongsi makanan dengan orang lain walaupun Alvin dan Desmond itu bodyguard Isya.

Sikap cemburu Tengku Ikram sudah mula terbit. Kalau dulu dia cuma menahan perasaan cemburunya tetapi kini tidak lagi semenjak Isya menerima lamarannya. Baginya cemburu itu tandanya sayang. Isya juga sempat menasihatkan Tengku Ikram supaya cemburu berpada-pada. Jangan ikutkan hati dan perasaan sangat. Mujur saja Tengku Ikram bukan jenis yang cemburu buta.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now