CHAPTER 4

8.4K 223 1
                                    

Irma dimasukkan ke hospital KJMC. Nasib baiklah cuma pengsan saja. Pengsan kerana suhu badan terlampau tinggi.

"Doktor, macam mana keadaan adik saya?"soal Isya kepada doktor yang merawat adiknya.

"Adik awak cuma demam panas tapi terpaksa dimasukkan ke wad untuk pantauan kami. Suhu badan dia terlalu tinggi tapi Cik jangan risau dia tak ada apa-apa. Bila suhu badan dia surut dia boleh balik dah."

Isya lega mendengar penerangan Doktor. Malam ni Isya menjaga Irma. Nasib juga dia off dua hari. Kalau tidak mungkin terpaksa ambil cuti untuk menjaga Irma.

Di dalam wad yang menempatkan Irma kelihatan Irma sedang tidur lena. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ini mesti disebabkan tak nak mc dan banyak kerja menyebabkan Irma jatuh sakit. Dia bukan tak tahu perangai adiknya. Sanggup tahan sakit demi kerja. Terlalu bertanggungjawab sehingga mengabaikan kesihatan. Kalau dulu Isya kerja sekali dengan Irma boleh juga dia nasihat dan menolong Irma tapi kini dia tidak dapat lagi berbuat demikian setelah hampir 7 bulan dia berhenti dari Syarikat Sinar Maju. Isya bekerja di sana selama 6 tahun dari bermulanya syarikat itu. Memang susah untuk buat keputusan tapi apakan daya Isya lebih menyayangi dirinya. Bekerja itu berpada-pada. Kerja tak akan habis sampai bila-bila.

Telefon Isya berdering dan dilihat nombor telefon Tengku Rania naik.

"Assalamualaikum Kak Isya. Maaf Rania ganggu. Rania nak tanya macam mana keadaan adik akak? Akak dekat maba sekarang ni?"soal Tengku Rania.

"Waalaikumsalam. Tak apa. Terima kasih sebab Rania call akak. Akak dekat KJMC ni. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Cuma demam panas je."cakap Isya perlahan kerana Isya di dalam wad. Tidak mahu mengganggu adiknya tidur.

Selama 15 minit Tengku Rania bertanya khabar Isya dia menamatkan panggilannya.

"Macam mana adik? Dah tanya ke dia dekat mana? Tengku Irham mendesak Tengku Rania.

"Abang ni dah kenapa? Sabarlah. Sejak bila abang ni minat Kak Isya ni? Habis tu kak Lisa tu abang nak letak mana? Abang jangan lupa yang Kak Lisa itu pilihan abang. Abang sendiri yang perkenalkan Kak Lisa tu pada family. Nanti mama dengan papa bising lagi. Rania tak nak terlibat tau" Rania mengingatkan kepada Irham tentang Lisa tapi dalam pada masa yang sama dia juga berharap Isya boleh jadi kakaknya. Kalau tidak manakan dia sanggup untuk menolong abangnya. Bukan sebab rayuan abangnya tapi disebabkan oleh Isya.

"Ye lah. Abang tau. Nanti abang uruskanlah hal Lisa tu. Mana abang kenal Isya tu nanti abang cerita. Sekarang Isya dekat mana? Adik abg nak tau pasal Isya. Nanti adik cerita dekat abang ye. Please..."rayu Tengku Irham. Dia ingin tahu segala perihal Isya.

"Abang ni serius ke nak kenal Kak Isya tu? Actually papa mama pun dah kenal dengan Kak Isya. Tu lah dulu orang suruh abang melawat Rania abang jual mahal. Kalau tak tentu dah lama kenal. Papa dengan mama dulu ada juga suruh adik kenenkan Kak Isya dekat abang tapi abang pula jual mahal. Suruh datang melawat tapi bawak perempuan lain melawat adik. Memang adik tak nak tunjuk la dekat kak Isya. Adik kak Isya sekarang ni dekat KJMC."terang Tengku Rania lagi.

Tidak disangka rupa-rupanya Isya adalah perempuan yang Mama dan Papanya yang hendak kenalkan dengan dia. Dulu pujian melambung tinggi pada Isya. Kalau dia tahu mana mungkin dia akan menolak. Setelah berjumpa dengan Rania tadi dia segera masuk ke pejabatnya. Tugasan telah menunggunya. Perlu menyabarkan dirinya sebelum pergi berjumpa Isya.

"Isya, tunggu saya. Petang ni saya datang melawat."bisik Tengku Irham di dalam hati.

Selama 4 tahun Tengku Irham mencari Isya. Akhirnya jumpa di tempatnya sendiri.

Ketika Tengku Irham hendak pergi ke parking lot datang pula Lisa.

"You nak pergi mana ni sayang. Bukan you janji nak jumpa I ke? Semalam you dah janji nak bawak I shopping"rengek Lisa.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now