Isya tiba di Cameron Highlands tepat Jam lapan pagi. Punya laju Alex memandu kereta. Rancangan Alex bermula. Hari ini Alex ingin melamar Stephanie di ladang teh. Ini semua rancangan Isya.
Setibanya di ladang teh, mereka meninggalkan Alex dan Stephanie berdua manakala yang lain merakam moment indah itu.
"Stephanie, will you marry me!!!!" Alex menarik Stephanie supaya dekat dengan dia.
Stephanie terkedu lama kemudian mengangguk tanda bersetuju. Alex dan Stephanie memang tidak pernah couple tapi mereka memang rapat. Isya memberi pendapat supaya terus melamar Stephanie. Bagi dia kalau sudah minat apa salahnya terus berkahwin.
"Isya, you tak rasa ke ini terlalu cepat. Sepatutnya I lamar dia jadi girlfriend I. Nanti I kena reject macam mana?" Alex memberi pendapat sebelum dia melamar Stephanie.
"Alex, trust me. She really falling in love with you. Trust me. Don't forget the ring and flowers." Isya betul-betul yakin kerana sebelum ini dia pernah berbual dengan Stephanie. Isya jenis yang pandai menyimpan rahsia. Jadi mana-mana kawan Isya selesa menceritakan masalah mereka tanpa risau. Isya juga suka membantu rakan-rakannya. Itu yang menyebabkan dia disenangi tetapi ada juga yang dengki dengan Isya. Dalam dunia ni tak ada orang yang sentiasa bernasib baik selalu. Jika tidak tiadalah baik dan jahat.
Moment Alex dan Stephanie dirakam dengan baik. Isya juga mengupload gambar-gambar di instagram miliknya. Isya mempunya dua akaun instagram. Satu yang hanya dikhaskan untuk kawan-kawannya manakala satu lagi lebih kepada public.
"Isya, you nak I tolong tak?"tanya Alex.
Disebabkan Isya telah membantu Alex, kini tiba masanya Alex pula membantu Isya. Sebelum ini Isya ada menceritakan hal dia diganggu oleh seorang lelaki tetapi Isya tidak menceritakan secara detail siapa lelaki tersebut. Isya cuma ingin melepaskan stressnya disebabkan gangguan dari Tengku Irham. Jika Isya bercerita kepada Irma sudah tentu Irma lagi menggalakkan. Maklum sajalah tidak lama lagi Irma akan mendirikan rumah tangga dengan Haikal jadi Irma tidak mahu kakaknya tinggal bersendirian. Jika bercerita dengan Tengku Rania pula sudah semestinya Rania akan sentiasa menyokong Tengku Irham.
Isya meminjam cincin Stephanie dan Alex tolong mengambil gambar. Hanya gambar tangan Isya. Isya upload gambat tersebut di Instagram publicnya dan status di insta adalah : moment paling bahagia...LOVE YOU MY DEAR...😊😊😊😍😍😍
Sudah tentu Rania akan melihat statusnya dan akan memberitahu Tengku Irham. Jadi dengan ini akan membantu Isya menjauhkan diri pada Tengku Irham. Kehadiran Lisa di sisi Tengku Irham amat menyemakkan mata dan menyesakkan hati dan fikiran Isya. Dia tidak mahu terjebak dalam cinta tiga segi. Sudah cukup kisahnya enam tahun yang lepas di mana dia memberikan segala kepercayaan dan kebebasan kepada teman lelakinya iaitu Mikhail tetapi akhirnya Mikhail curang bersama rakan baiknya Shima. Alex juga mengetahui hal tersebut. Jadi dia memahami diri Isya."Isya, you tak jelous ke I terima lamaran Alex?"tanya Stephanie.
"Come on Stephanie. Alex cousin I. Means bila you kahwin dengan Alex so secara officalnya I dengan you pun adalah cousin. Kalau I jelous memang I tak tolonglah You dengan Alex. Even I dengan Alex dulu pernah bercinta but sayang I dengan Alex sekarang cuma sebagai cousin. You pula jangan jelous dengan I sebab selama-lamanya I akan jadi cousin you nanti. I nak tanya you something boleh tak?"tanya Isya pula kepada Stephanie.
"Boleh. Apa dia?"
"If one day ada orang buat cerita I dengna Alex ada hubungan, you akan percaya I dengan Alex tak?"tanya Isya untuk menduga kepercayaan Stephanie kepadanya.
"I will always trust you.!!!"jawab Stephanie dengan yakin.
Alex dan kawan-kawan yang lain yang mendengar jawapan Stephanie berasa lega dan gembira.
"Okay, kalau dah macam tu. I harap persahabatan kita akan sentiasa kekal. Siapa-siapa yang ada masalah jangan simpan sendiri. Share. Lagi-lagi kalau terdengar gosip pasal group kita ni. Share so semua orang boleh tahu dan faham." Kata Isya lagi.
Masing-masing bersetuju dengan apa yang Isya katakan. Selepas makan tengahari mereka pergi membeli belah. Isya jenis gila sayur. Dia paling suka melihat sayur-sayuran segar. Banyak juga yang Isya beli.
Tepat jam enam petang mereka bertolak balik semua. Alex menghantar Stephanie dan Isya pulang ke rumah.
Tengku Irham monyok seharian di rumah. Ini semua gara-gara ditinggalkan Isya. Lisa yang merengek mengajak Tengku Irham keluar juga tidak dilayan olehnya. Malas dia mahu melayan Lisa.
"Abang, oh abang!!! Buka pintu ni."jerit Tengku Rania di luar bilik Tengku Irham.
"Apa hal ketuk pintu bilik abang ni. Roboh nanti Rania beli baru pintu bilik ni."marah Tengku Irham.
Tengku Rania menunjukkan gambar insta Isya yang baru diupload hari ni. Bertambah monyok muka Tengku Irham.
"Apa abang nak buat sekarang ni?"tanya Tengku Rania kepada Tengku Irham.
"Rania tolong abang tanya Irma ya. Nanti apa-apa Rania bagitahu abang"beritahu Tengku Irham lagi.
Kini Tengku Irham perlu mempercepatkan mencari jalan bagaimana hendak memiliki Isya. Selepas Rania keluar dari bilik Tengku Irham, Tengku Irham menggapai telefon bimbitnya.
"Johan, aku perlukan pertolongan kau. Tolong aku ikut seorang perempuan ni. Selidik apa yang dia buat. Aku nak kau laporkan hari-hari aktiviti perempuan ni. Sekejap lagi aku whatsapp gambar dan tempat kerja dia. Jangan sampai dia perasan kehadiran kau." Tengku Irham memberi arahan kepada Johan.
Johan selaku kawan kepada Tengku Irham. Johan bersetuju menolong Tengku Irham.
"Isya, aku kena dapatkan kau juga. Kalau tak dapat cara baik, aku akan gunakan cara halus pulak untuk dapatkan kau."kata Tengku Irham sendirian.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...