Tengku Suraya membuat keputusan ingin pergi ke rumah Datuk Michael pada pagi ini. Dia ingin berbincang dengan Isya berkaitan Tengku Adam Ishal. Selain Tengku Suraya, Tengku Raziff, Tengku Zakiah dan Tengku Rania juga akan pergi bersama.
Loceng rumah Datin Merry bunyi menandakan ada tetamu yang hadir.
"Isya, tolong mummy tengok siapa yang datang tu. Ikram kata pagi ni dia nak datang. Nak bawa Ishal jalan-jalan katanya."beritahu Datin Merry.
Isya hanya mengikut kata Datin Merry. Kebetulan pagi ini Pak Mail sibuk membersihkan kolam renang. Jadi agak sibuk.
"Assalamualaikum Isya. Kami datang nak berbincang."beritahu Tengku Suraya.
Isya memberitahu Datin Merry kehadiran keluarga Tengku Raziff. Ishal awal-awal lagi dia sudah menyuruh Desmond menjaganya. Desmond yang setia bertugas sebagai bodyguard Isya. Kini bukan hanya Desmond tetapi Alvin juga merupakan bodyguard baru Isya yang dilantik oleh Datuk Michael. Ishal pula seorang budak yang patuh dan senang dikawal. Dia juga sudah biasa bersama Desmond dan Alvin.
"Desmond, Alvin take Ishal from here."arah Isya.
"Masuklah Mama, Papa, Opah dan Rania. Ada apa hal datang ke mari?"tanya Isya lagi.
Mak Lijah kini sibuk di dapur menyediakan air untuk tetamu. Datin Merry pula setia bersama Isya di sisi. Alex tiada ketika itu. Alex menjaga cawangan di Langkawi bersama Stephanie. Kini HQ diuruskan oleh Datuk Michael kembali. Datuk Michael pula ketika ini di luar negara kerana ada event yang perlu dihadiri.
"Isya, beri peluang untuk kami melawat Ishal. Ishal juga cucu mama."rayu Tengku Suraya.
"Mama, buat masa ni biar Isya yang tentukan. Isya akan nilai balik sikap Irham dan Farhana. Isya tak mahu Ishal disia-siakan. Selama dua tahun Isya jaga Ishal dekat negara orang. Nasib juga ada Mummy dan Daddy yang sentiasa memberi sokongan kepada Isya. Isya masih tidak boleh lupakan layanan Irham kepada Isya. Bukan Isya nak balas balik tapi beri Isya masa."jelas Isya.
"Apa kata Isya berbalik semula dengan Irham. Maafkan Irham apa yang sudah jadi. Irham juga sekarang sudah insaf."cadang Tengku Zakiah. Dari dulu lagi Tengku Zakiah akan mencuba untuk menolong Tengku Irham. Jika dulu Tengku Irham mahu berkahwin dengan Isya, diberi cadangan yang membuatkan Isya tidak mampu untuk menolak dan kali ini Tengku Zakiah mencuba nasib sekali lagi.
"Maafkan Isya Opah. Untuk bermadu tidak sekali terlintas di fikiran Isya." Tidak sempat Isya menghabiskan ayat kepada Tengku Zakiah terjenguk Tengku Ikram muncul.
"Assalamualaikum.. Eh ramainya tetamu. Maaf mengganggu. Mummy, Ishal mana? Dah janji dengan ibu nak bawa Ishal balik hari ni." Kata Tengku Ikram.
"Waalaikumsalam. Sekejap ye Mama. Abang, susu Ishal Isya dah sediakan dalam beg. Abang bawa sekali Desmond. Nanti apa-apa jadi susah. Desmond dah biasa dengan Ishal. Nanti abang kirim salam dengan Ibu ya. Petang Abang jemput Isya ya. Kata nak beli barang persediaan kahwin."balas Isya kepada Tengku Ikram. Berkerut dahi Tengku Ikram apabila mendengar Isya menyebut mengenai persediaan perkahwinan. Persediaan perkahwinan siapa. Awal-awal pagi sudah sebut mengenai perkahwinan. Datin Merry cuna tersenyum. Awal pagi lagi Isya telah memberitahu dia bahawa Isya bersetuju menerima lamaran Tengku Ikram. Isya cuma menayangkan cincin di jari manisnya kepada Tengku Ikram. Apalagi sudah tentu tersenyum manis Tengku Ikram melihatnya.
"Sayang, abang pergi dulu. Thanks... Petang abang ambil sayang. Desmond abang pinjam ya hari ini."Tengku Ikram bersalaman bersama keluarga Tengku Raziff sebagai tanda hormat.
Isya memberitahu Tengku Zakiah yang dia tidak boleh menerima Tengku Irham lagi sebagai suaminya. Cukuplah apa yang sudah berlaku dulu. Lagipun Tengku Irham sudah berkahwin bersama Farhana. Dia ingin memberi peluang kepada Farhana untuk mengubah dirinya.
"Rania, kak Isya tahu Rania sudah tahu semuanya. Rayyan dah ceritakan semuanya kepada akak. Beri peluang kepada Farhana untuk berubah. Terima Farhana seadanya. Tak salah untuk kita beri peluang. Apa yang sudah jadi lepas kita biarkan saja. Kita tak dapat nak ubah kisah lepas tapi kita masih mampu untuk ubah masa hadapan kita."nasihat Isya kepada Tengku Rania.
"Untuk mama, papa dan Opah, Isya minta maaf banyak-banyak. Buat masa ini Isya tak dapat nak tunaikan permintaan semua. Isya nak tengok perubahan Irham dan Farhana dulu. Selepas semuanya okay baru Isya akan beritahu keputusan Isya. Beri peluang kepada Farhana untuk ubah cara hidupnya. Isya nak mama, papa dan Opah bantu Farhana. Isya dah kenal Farhana dalam jangka masa yang lama. Farhana bukanlah jahat mana. Dia kurang kasih sayang dan perhatian. Jangan risau Ishal dan Isya. Ishal tidak pernah kurang kasih sayang seorang ayah. Ikram sentiasa ada bersama kami sejak Ishal lahir. Tidak pernah sekalipun Ikram mengabaikan Ishal walaupun Ishal bukan anak kandungnya. Isya juga sudah buat keputusan untuk menerima lamaran Tengku Ikram."jelas Isya lagi.
Keluarga Tengku Raziff berasa kecewa namun dia masih menghormati keputusan Isya. Memang sudah terang silap Tengku Irham.
Tengku Ikram menaiki Velfire yang dipandu oleh Pak Samad. Desmond pula turut serta memandangkan Ishal ikut bersama. Ishal kini dipangku oleh Tengku Ikram. Dari tadi senyuman Tengku Ikram tidak lekang. Dia juga sudah memaklumkan kepada Tengku Mariam dan Tengku Ibrahim. Keluarga Tengku Ikram berasa gembira dengan berita penerimaan Isya.
Farhana di rumah berasa gelisah. Tengku Irham langsung tidak melayannya. Apabila dia bangun pagi, ahli keluarga yang lain juga tiada. Yang ada cuma pembantu rumah sahaja. Dia bersarapan seorang diri. Dia membuat keputusan ingin berjumpa Isya.
Farhana naik ke biliknya dan menukar pakaian. Dibiarkan Tengku Irham yang masih tidur nyenyak. Pesanan whatsapp dihantar ke telefon Tengku Irham memaklumkan dia keluar rumah sebentar kerana ada hal.
Setelah keluarga Tengku Raziff keluar, Farhana pula tiba. Nampaknya hidup Isya kembali tidak tenang.
"Farhana, apa lagi yang kau mahu? Aku dah bagi apa yang kau mahu. Teruskanlah hidup kau. Aku dah lama maafkan kau. Tujuan semalam aku pergi ke sana bukan untuk menghancurkan rumah tangga kau. Aku ke sana cuma ingin memberitahu kewujudan Ishal sahaja. Pikatlah keluarga Tengku Irham. Berubahlah Farhana. Aku dah tak kacau hidup kau lagi. Berilah kebahagian kepada Tengku Irham. Hal yang lepas tak perlu kau ungkit lagi. Cubalah untuk bahagia. Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau."beritahu Isya kepada Farhana.
"Kau jangan nak berlagak baiklah perempuan. Bukan aku tak tahu niat kau. Kalau kau bukan ada niat nak menghuru-harakan perkahwinan aku, kenapa kau beritahu Ishal tu anak Irham. Kau tau tak kalau kau tak datang semalam sudah tentu Irham akan layan aku baik. Selama dua tahun kau tak ada, elok saja Irham layan aku. Semalam sebab kau Irham tak layan aku. Aku akan pastikan kau akan mendapat balasannya." Balas Farhana. Ketika itu Farhana ingin menyerang Isya namun pantas dihalang oleh Alvin. Farhana meninggalkan Isya dengan perasaan marah.
Datin Merry hanya melihat gelagat Farhana. Nasib saja mereka mempunyai Alvin. Jika tidak sudah tentu Isya sudah dipukul oleh Farhana.
"Isya, macam mana dengan perkahwinan Isya nanti? Mummy dah beritahu Daddy. Daddy cadangkan kalau kita buat majlis di luar negara. Majlis cuma dihadiri dengan orang terdekat sahaja. Kita buat majlis pernikahan di luar negara. Isya pilihlah nak buat dekat mana. Selepas tu baru kita buat majlis dekat Malaysia."beritahu Datin Merry.
Isya memberitahu Datin Merry yang dia bersetuju dengan cadangan Datin Merry dan Datuk Michael. Segalanya diserahkan kepada Mummy dan Daddynya untuk berbincang bersama keluarga Tengku Ikram.
Tengku Ibrahim juga telah berbincang bersama Datuk Michael sejurus menerima berita penerimaan lamaran dari Tengku Ikram. Mereka akan berbincang dengan lebih detail sebaik sahaja Datuk Michael pulang ke Malaysia.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...