Berita mengenai anak Isya mengganggu ketenteraman keluarga Tengku Raziff. Selain Tengku Irham dan Tengku Rania, kini keseluruhan keluarga Tengku Raziff telah mengetahui kewujudan Tengku Adam Ishal disebabkan mulut Tengku Rania. Tengku Irham berasa resah. Sifat ingin tahunya melebihi ketenangannya.
"Raziff, mak rasa kita pergi rumah Michael dan Merry saja. Kita bersemuka dengan Isya. Mak pun teringin nak tengok cicit mak tu. Mak pasti itu anak Irham."beritahu Tengku Zakiah yang teringin untuk berjumpa dengan anak Isya.
"Betul ke mak itu anak Irham? Dari gambar yang Rania tunjuk tu muka anak Isya tu tak ubah macam anak cina. Entah-entah Isya ambil anak angkat tak?" Tengku Suraya yang ragu-ragu apabila melihat wajah Tengku Adam Ishal yang ditunjukkan oleh Tengku Rania.
Pendapat Tengku Irham sama dengan Tengku Suraya yang meragui keturunan anak Isya.
"Apalah yang kamu semua hairankan. Isya kan berdarah kacukan. Ayah Isya kan cina. Jelas-jelaslah yang anak si Isya tu anak Irham. Papa tak rasa Isya jenis yang suka berfoya-foya. Papa tak taulah kenapa Irham sanggup ceraikan Isya macam tu je. Tak siasat betul-betul. Papa yakin mesti ada yang tak kena sampai Michael dan Alex sanggup upah bodyguard dari jauh untuk jaga Isya. Michael bukan jenis suka berprasangka."terang Tengku Raziff.
Isya juga telah mengetahui cerita dari Stephanie dan Datin Merry. Dia juga sudah bersedia. Lagipun dia tak lama di Malaysia. Selepas dua minggu dia akan balik semula ke Kota London.
Datuk Michael seperti kurang bersetuju. Dia takut akan memburukkan keadaan lagi. Risau akan keselamatan Isya dan Tengku Adam Ishal.
"Daddy jangan risau ya. Desmond akan sentiasa ada dengan Isya. Lagipun Isya tak boleh sorokkan kewujudan Ishal. Cuma cepat atau lambat sahaja." beritahu Isya yang tahu Datuk
Michael risau akan apa yang terjadi.Datuk Michael telah menambah bilangan bodyguard untuk Isya. Alvin kini ditugaskan untuk berada bersama Isya dan Tengku Adam Ishal. Isya hanya menerima saja andai itu boleh menyenangkan hati Datuk Michael. Kini mereka berdua ditugaskan untuk sentiasa bersama Isya dan Tengku Adam Ishal.
Setelah seminggu selepas pertemuan Tengku Rania dan Keluarga Datuk Daniel, Keluarga Tengku Raziff mengunjungi Datuk Michael dan Datin Merry. Seperti yang diramalkan oleh Datuk Michael bahawa keluarga Tengku Raziff pasti datang mencari Isya.
Desmond dan Alvin begitu setia melayan Tengku Adam Ishal ketika keluarga Tengku Raziff berkunjung ke rumah Datuk Michael. Isya pula ketika itu sibuk berbincang bersama Alex di luar. Oleh kerana Isya bersama Alex maka Isya mengarahkan Alvin dan Desmond menjaga Tengku Adam Ishal. Dia bimbang keluarga Tengku Raziff datang ke rumah Datuk Michael ketika ketiadaannya. Tengku Zakiah dan Tengku Suraya hanya melihat Tengku Adam Ishal dari jauh.
"Ada apa ya kedatangan Tengku ke mari?"tanya Datuk Michael kepada Tengku Raziff. Sengaja dia bertanya walaupun sudah dapat mengagak tujuan mereka ke rumahnya.
"Saya rasa Datuk pun tahu sebab apa kan. Saya dapat tahu dari Rania yang Isya ada bawa seorang budak yang dikatakan anak Isya. Adakah itu bermakna anak Isya itu cucu saya juga?"tanya Tengku Raziff secara terus-terang.
"Kenapa baru sekarang nak cari Isya? Kenapa bukan dulu Tengku? Mungkin Irham dah lupa macam-mana dia layan Isya? Saya bukan nak mengungkit tapi sebelum tu saya minta Irham sendiri ingat bagaimana layanan terakhir dia terhadap Isya sebelum diceraikan Isya. Bagus sangat layanan Irham kepada Isya sehingga Isya berada di tahap kepuasan maksimumkan? Tapi bagus juga. Disebabkan layanan maksimum Irham berjaya memberikan Isya sebab untuk dia bangun kembali. Terima kasih saya ucapkan. Saya tak pernah rasa begitu terkilan begini Tengku. Walaupun Isya bukan anak kandung saya tapi kini dia dah jadi anak saya. Apa perasaan Tengku kalau Rania diperlakukan begitu. Sungguh tak berperikemanusiaan. Kalau sudah tak mahu jangan layan anak saya macam tu. Pernah tak Irham selidik sebab apa. Saya rasa Isya pun pernah cerita kisah silamnya kepada Irham. Dulu pun saya seperti Irham yang termakan dengan kata-kata orang sehinggakan saya jauhkan Alex dari Isya. Mujur Tuhan nak tunjukkan kepada saya siapa Isya kepada saya."sindir Datuk Michael panjang lebar.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...