CHAPTER 60

3.8K 125 2
                                    

Farhana datang ke pejabat Tengku Irham. Terasa lega pabila tiada gangguan dari Isya. Terasa riang tatkala kaki melangkah ke pejabat Tengku Irham.

"Eh Cik Hana nak pergi mana tu?"tegur Syazana.

"Mana lagi. I nak jumpa Irham lah. Takkan saya nak jumpa awak pula Syazana."Farhana bercakap dengan gaya gediknya. Tak tahu dia yang Tengku Irham tiada di biliknya.

"Bos tak ada. Dia keluar. Sebab tu saya tanya Cik Hana. Cik Hana tak call boss dulu ke sebelum datang?"tanya Syazana lagi.

"Bukan ke hari ni dia free? Kenapa I nak call Irham pula. I dah tahu jadual dia. Awak juga yang bagi dekat saya. Irham pergi mana? Kenapa tak beritahu kalau jadual dia berubah."marah Farhana pabila Syazana memberitahu yang Tengku Irham tiada.

Syazana memberitahu bahawa Tengku Irham keluar makan. Tiada soalan lebih lanjut dari Farhana. Farhana keluar dengan muka marah.

Syazana pula berasa lega. Lega kerana tiada soalan lebih lagi daripada Farhana. Jadi tidak perlulah dia hendak memberitahu lebih lanjut.

Tengku Irham dan Isya keluar bersama ditemani anak mereka serta pengawal peribadi Isya. Destinasi ditentukan oleh Tengku Irham. Mereka memilih Citta Mall kerana suasana yang tenang. Senang untuk memilih tempat makan. Banyak restoran terdapat di sana.

Seusai makan, Tengku Irham mengajak Isya pergi ke Paradigm Mall. Kata Tengku Irham untuk released stress.

"Awak stress kenapa pulak? Ada masalah ke?"tanya Isya.

"Stress la. Sebab awak tinggal saya. Berani pula awak keluar jumpa saya? Sebelum ni awak siap pesan lagi jangan jumpa."soalan cepumas keluar dari mulut Tengku Irham.

"Kenapa pula saya perlu takut? Kalau dulu saya berani lawan balik ancaman si Farhana tu, kenapa sekarang tak boleh? Sekarang saya ada Desmond dan Alvin. Kenapa saya perlu takutkan? Saya sedar banyak nikmat hidup saya yang saya tinggalkan. Sekarang saya nak balik hidup saya."Isya menjawab dengan senyuman. Tiada lagi nada keras ataupun takut pada diri Isya.

"So sekarang ni saya boleh jumpa awak? Jumpa Ishal macam biasa?"Tengku Irham bertanya lagi ingin kepastian.

Isya mengangguk dan dengan cepat Tengku Irham tersenyum lebar. Cepat sahaja reaksi dari Tengku Irham. Tangan Tengku Adam Ishal dipegang erat oleh Tengku Irham kerana terlalu bahagia. Disebabkan terlalu bahagia dengan jawapan yang diberikan oleh Isya, hampir semua outlet di Paradigm dikunjungi oleh Tengku Irham. Isya hanya menggeleng kepala sahaja melihat perangai Tengku Irham. Tidak pernah dia melihat sikat Tengku Irham begitu.

Kebetulan Farhana ada temujanji di Paradigm Mall. Sakit hatinya melihat kemesraan Isya dan Tengku Irham. Laju sahaja kakinya melangkah menuju ke arah Tengku Irham.

"Irham! Kat sini rupanya you. I cari you dekat pejabat tak ada. Tak sangka pulak you keluar dengan perempuan ni!"marah Farhana.

"You dah kenapa Hana? Meroyan? Kalau I jumpa Isya pun you dah kenapa? Lagipun I keluar dengan anak I. You pun cuma kawan I. Kenapa you nak marah-marah ni?"balas Tengku Irham.

"Hoi perempuan! Kau ingat sini ya! Sebab kaulah Irham anggap aku kawan. Sebelum ni Irham berkepit dengan aku malah kami pernah tidur sama!"selamba sahaja Farhana mengeluarkan kenyataan palsu di depan Tengku Irham namun tidak sedikit pun menjejaskan emosi Isya. Tengku Adam Ishal kini berada bersama Alvin dan Desmond. Desmond memantau keselamatan Isya juga. Andai ada yang tidak selamat sudah pasti Desmond akan bertindak dahulu.

"You jangan macam-macam Hana. Sejak bila pula kita pernah tidur sama!"marah Tengku Irham lagi.

"Dahlah awak. Biarkan jela si Hana tu."Isya cuba meleraikan pertengkaran Tengku Irham dan Farhana. Dia malu jika ada yang melihat mereka bergaduh.

Farhana pula bertambah marah bila melihat tiada reaksi dari Isya. Isya dari tadi hanya memerhati dan kelihatan lebih tenang.

"Beginilah Hana. I sikit pun tak rasa apa-apa dari apa yang you cakap tadi. Sepatutnya you lebih malu. Sanggup you malukan diri you dengan berkata yang you dah tidur dengan Irham. Sedarlah Hana. I dah tinggalkan Irham lama. I bagi you peluang tapi sampai sekarang pun you masih tak mampu nak ganti tempat I. Hal tu I serah saja antara you dengan Allah tapi apa yang I tau, Irham bukan jenis begitu. I kenal Irham macam mana. You sepatutnya lebih pentingkan maruah diri you. Sudahlah Hana. Sekarang masa untuk I nikmati hidup I. Untuk pengetahuan you, I dah buat keputusan nak rujuk semula dengan Irham. Masa untuk you dah tamat. You nak meroyan ke apa I dah tak kisah. Ingat I takut sangat dengan You? Kalaupun you datang dengan mengaku yang you dah pregnant pun. Sikit I tak percaya yang you mengandungkan anak Irham. Ingat tu Hana, kalau you berani ganggu hidup I, you akan terima akibatnya. I tahu semua pasal diri you!"kali ni Isya berani memberi amaran kepada Farhana. Jika dulu dia banyak bertahan dengan karenah Farhana dan kini tiba masanya untuk melawan balik.

Terkejut Tengku Irham mendengar kata-kata Isya. Sungguh dia tidak menyangka dengan kata-kata Isya. Desmond kini lebih kepada menjaga keselamatan Isya dan Ishal. Alvin membawa Tengku Adam Ishal dan Isya ke kereta manakala Desmond mengawal keadaan dan berjaga-jaga. Risau jika Farhana mula meroyan.

Marah betul Farhana dengan kata-kata Isya. Sungguh dia tidak menjangka balasan dari mulut Isya.

Di dalam kereta Tengku Irham tidak sabar untuk bertanya. Barang yang dibeli oleh Tengku Irham dimasukkan ke dalam kereta. Alvin mula memandu dan Desmond berada di sebelah.

Tengku Irham ralit memandang Isya. Isya pelik melihat perangai Tengku Irham.

"Awak ni dah kenapa pandang saya macam tu?"tanya Isya.

"Betul ke awak nak kita rujuk?"soalan di jawab dengan soalan.

"Taklah. Saya saja je jawab macam tu. Geram sangat saya dengar apa yang Farhana cakap. Ingat dia seorang je ke yang boleh cakap macam tu. Betul ke awak dah tidur dengan Farhana?"sengaja Isya mengusik Tengku Irham.

"Awak! Saya tak kira. Saya anggap awak dah setuju nak rujuk balik. Saya tak kira. Gila ke apa saya nak tidur dengan Farhana tu. Dari saya tidur dengan Farhana lebih baik saya tidur dengan awak!"kali ni Tengku Irham mengusik Isya pula.

Isya hanya ketawa. Malas dia mahu melayan karenah Tengku Irham. Tengku Irham pula tidak habis-habis meminta kepastian dari Isya namun tiada jawapan dari Isya. Isya hanya tersenyum. Tengku Adam Ishal pula merengek.

"Papa, diamlah. Papa ni bisinglah. Nanti Ishal tak nak jumpa papa lagi!"marah Tengku Adam Ishal.

Apa lagi, Isya tergelak besar dan Tengku Irham pula menunjukkan riak kecewa.

"Sudahlah awak. Dengan anak pun nak ambil kisah. Dahlah ye. Sekali je saya cakap ni. Tiada siaran ulangan. Awak pilihlah tarikh yang sesuai. Nanti kita pergi pejabat agama. Selesaikan apa yang patut. Tapi buat masa ni beri saya masa ya. Kalau awak buat perangai, saya memang dah tak balik dah ke sini. Lepas ni jangan harap dapat jumpa saya balik."Isya memberi kepastian kepada Tengku Irham.

Bercahaya mata Tengku Irham. Kini apa yang diharapkan akan terjadi. Senyum kembali.

"Thanks sayang. Abang akan pilih masa yang sesuai. Abang nak kita bersama dalam masa yang terdekat. Kalau boleh, esok juga abang pergi!"Tengku Irham semakin gembira.

Alvin menghantar Tengku Irham kembali ke Hotel Wellington.

"Awak, ni barang yang awak beli tak nak ambil ke?"tanya Isya.

"Tak pe. Sayang simpanlah. Nantikan kita nak hidup sama. Sayang jaga diri ya! Kalau ada apa-apa jangan lupa beritahu abang. Kalau abang tak masuk pejabat boleh tak? Kita terus pergi pejabat agama je. Lagi cepat lagi bagus."luah Tengku Irham.

"Awak jangan nak mengada. Nanti saya tarik balik keputusan saya? Dahla pergi siapkan kerja awak tu. Nanti apa-apa just call ataupun whatsapp ya."halau Isya.

Tengku Irham hanya tergelak mendengar ugutan Isya. Segera dia keluar dari kereta. Melambai Isya dan anaknya. Kini kereta Isya menuju ke pejabatnya. Tengku Adam Ishal ikut bersama Isya disebabkan anaknya yang tidak mahu berenggang dengannya. Mujur sahaja terdapat satu bilik khas untuk Tengku Adam Ishal di pejabatnya. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.

Tengku Irham masuk pejabat dengan perasaan bahagia. Akhirnya Isya mahu menerimanya kembali. 

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now