Tetamu mula beransur. Sedikit demi sedikit keluar meninggalkan dewan. Masing-masing bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada keluarga dan pasangan pengantin.
"Congrate Irham. Tak sangka pulak you dengan Isya. Kalau you nak tau Isya ni best friend I time high school. Cuma after SPM kami ikut haluan masing-masing."ucap Farhana kepada Tengku Irham.
Isya hanya melihat kelakuan Farhana. Sungguh menjengkelkan. Hanya dia saja yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Datuk Michael yang hanya melihat sahaja kelakuan Farhana. Dia sudah pun mengambil langkah berjaga-jaga buat Isya.
"Oh yeke. I tak tau pula you ni best friend Isya. Bila you balik sini? Ingatkan you tak datang."balas Tengku Irham. Dalam hati Tengku Irham masih tertanya-tanya kenapa Isya tak pernah cerita siapa bestfriend Isya. Mungkin juga sebab dia tak pernah tanya Isya. Tengku Irham juga sempat mengerling Isya di sebelahnya.
"Isya, congrate ye. Kalau you nak tau Irham ni best friend i masa dekat London dulu. Dulu sampai ada yang ingat kami ni couple kan Irham."Farhana sengaja menekankan perkataan couple dan senyum sinis kepada Isya. Dia mahu Isya cemburu dan terkesan dengan apa yang diperkatakan.
Alex yang melihat Farhana dari jauh menghampiri mereka. Dia kalau boleh ingin menjauhkan Farhana dari Isya.
"Hai Farhana. You buat apa sini? Eh siapa invite you? I tak tau pula yang you ada datang. Let me introduce my fiance, Stephanie. Stephanie, come here. I introduce you ex best friend Isya."sengaja Alex menekankan perkataan Ex kepada Farhana dan Tengku Irham. Stephanie pula menghampiri Farhana dan bersalaman.
"Owh you dah ada tunang. I ingat you bertunang dengan Isya. Tak sangka pula. Dunia ni kecik je kan. Pusing-pusing jumpa you balik. For your info Irham yang invite I. Kalau you nak tau lagi Irham ni best friend I dekat London."sengaja Farhana membalas.
Datuk Michael yang tadi cuma mendengar kini mencelah.
"Isya, don't forget your ticket flight for honeymoon ya. Daddy nak kamu berdua bersiap-siap. Nanti lewat pula. Tertinggal flight. Sorry Farhana, Uncle nak minta pengantin kita ni pergi ke kereta. Kereta pengantin dah menunggu dekat luar."celah Datuk Michael.
Begitu beruntungnya Isya. Bukan sahaja Alex malah Datuk Michael juga memainkan peranan sebagai bapa kepada Isya. Tengku Irham yang melihat perubahan sikap Datuk Michael dan Alex terhadap Farhana masih tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya. Jika dilihat Farhana bukanlah terlalu teruk malah ketika dia melanjutkan pelajaran di London, Farhana adalah salah satu rakan karibnya sehinggakan ke mana-mana sahaja Tengku Irham ada pasti ada Farhana. Seperti belangkas. Manakan orang lain tidak salah tafsir.
Datin Merry meminta Isya dan Tengku Irham bertolak ke penginapan yang dikhaskan oleh Datuk Michael di Sepang. Datuk Michael telah menempah khas penginapan untuk pengantin pada malam ini. Keesokkan harinya mereka akan bertolak ke Korea pula untuk pakej honeymoon yang diberi oleh Datuk Michael sebagai salah satu hadiah perkahwinan Isya dan Tengku Irham selain daripada rumah.
Ketika di dalam kereta menuju ke Sepang, Isya hanya mendiamkan diri. Hari ini moodnya terganggu disebabkan oleh Farhana. Bukan sebab dia tidak percaya dengan Tengku Irham atau cemburukan Farhana tetapi dia paling takut jika peristiwa lama berulang kembali. Dia tidak mahu keluarga Tengku Razif atau Datuk Michael mendapat malu disebabkan dia. Cukuplah dulu mama dan papanya malu disebabkan sikap Farhana.
"Sayang kenapa ni? Senyumlah sikit. Esok kita dah nak honeymoon. Sayang ada masalah ke?"tanya Tengku Irham.
Isya cuma menggelengkan kepala dan meletak kepalanya di bahu Tengku Irham. Tidak perlu dia mahu rasa malu untuk berbuat demikian. Lagipun mereka sudah halal. Tiada halangan untuk mereka. Tengku Irham cuma membiarkan sahaja Isya melayan perasaan. Sebelum dia bertanya lebih lanjut dia berikan Isya ruang untuk bertenang dahulu. Bila Isya sudah Okay baru Tengku Irham akan bertanya kepada Isya.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...