Malam Tengku Irham tidak lena. Begitu berat permintaan Isya. Teringat dia akan perbincangan dia bersama Isya di dalam kereta.
"Sayang, abang nak lepas kita nikah kita hidup bersama. Bukan duduk asing. Kenapa pulak kena duduk asing? Kalau sayang minta tak nak buat majlis besar-besaran tu tak apa. Abang boleh tunaikan tetapi kenapa nak kita tinggal asing? Yang itu abang tak setuju!"Tengku Irham membantah keras.
"Abang, tak lama pun. Kita tinggal asing selama sebulan je. Lepas tu baru kita duduk sama. Isya nak tengok apa rancangan Farhana. Isya tak nak nanti dia terus serang kita. Lagi satu, Isya nak majlis kita hanya orang yang terdekat saja yang datang dan mereka kena rahsiakan perkahwinan kita selama sebulan dulu. Bolehlah ya abang."pujuk Isya.
"Abang tak janji lagi. Nanti abang beri jawapan."balas Tengku Irham dan kini mukanya kembali masam.
Jika Tengku Zakiah tahu mesti dia tidak setuju. Sudah pasti dia mahu Isya dan Tengku Irham tinggal bersama. Apa pun Tengku Irham tidak akan berputus asa. Dia tetap mahukan Isya kembali padanya. Itu tujuan utamanya. Dia perlu pastikan Isya menjadi haknya kembali.
"Ah, aku tak peduli. Yang penting majlis itu dulu. Lepas tu aku akan fikir jalan untuk serumah dengan Isya!" Tengku Irham malas mahu berfikir panjang. Apa yang penting sekarang ini dia mahu haknya kembali. Mahu disatukan bersama Isya buat kali kedua.
Isya pula masih berfikir mengenai hal perbincangannya bersama Tengku Irham petang tadi. Tengku Adam Ishal sudah lena dalam pelukan Isya. Lena betul anaknya tidur.
"Kenapa aku mesti takut dengan Farhana? Kalau tadi aku boleh layan lebih lagi dengan Irham kenapa aku perlu sorokkan perhubungan aku dengan Irham?" Isya masih berfikir-fikir sebelum semuanya terjadi dengan nyata. Dia juga perlu merasa kebahagiaan hidupnya. Kenapa perlu mengambil kisah hal orang lain.
Semuanya dia akan bincangkan dengan keluarganya dahulu. Lebih-lebih lagi dengan Alex dan Datuk Michael. Irma pula sudah jauh darinya tetapi dia tidak akan lupakan akan adiknya yang satu itu. Isya sentiasa berhubung dengan Irma.
Tidur Isya tidak selena Tengku Adam Ishal. Begitu juga dengan Tengku Irham. Tengku Irham pula risaukan Isya. Kenapa Isya masih tidak mahu tinggal bersamanya nanti selepas mereka bernikah semula. Adakah semua ini kerana peristiwa sebelum ini.
Pagi ini Tengku Irham mencari Isya di rumah Datuk Michael. Datuk Michael juga terkejut akan kehadiran Tengku Irham.
"Eh Irham ada date ke dengan Isya? Setahu Daddy Isya petang ni akan pergi ke London. Ishal, Alex, Desmond dan Alvin akan pergi ke sana. Isya ada beritahu Irham tak?" Secara tidak sengaja Datuk Michael memberitahu tentang jadual Isya pada hari ini.
"Isya tak cakap apa-apa pun Daddy. Tak apalah nanti Irham tanya sendiri dengan Isya. Irham tak ada date pun dengan Isya. Saja datang nak jumpa Isya."beritahu Tengku Irham. Tengku Irham terkejut dengan apa yang baru didengarnya daripada Datuk Michael. Sampai hati Isya tidak memberitahunya. Adakah Isya mahu melarikan diri sekali lagi?
Mak Jah memaklumkan kedatangan Tengku Irhan kepada Isya. Selain itu Isya juga diberitahu akan halnya ke London.
Tanpa membuang masa Isya keluar berjumpa Tengku Irham."Morning Daddy dan Irham. Daddy, Mummy mana? Tak nampak pun."
"Mummy dengan Stephy ada appointment untuk slimming treatment. Tak faham Daddy dengan orang perempuan ni. Bagi Daddy buang duit je pergi slimming treatment tu!"
Isya pula hanya tergelak. Tengku Irham yang sudah berada di sebelah Isya pula masam sahaja namun tidak dikisahkan oleh Isya. Isya tahu Tengku Irham marah dengannya. Semalam dia lupa memberitahu Tengku Irham. Bukan dia sengaja.
"Daddy, mengenai hal pernikahan Isya tu, Isya dah fikir. Isya nak majlis dilakukan di kampung Tengku Zakiah boleh tak? Tetamu pula hanya orang yang terdekat sahaja. Buat masa ni Isya tak nak kenalan Farhana tahu mengenai hal ini. Lepas Isya balik dari London baru kita bincang lagi ya."beritahu Isya. Mungkin ini akan menenagkan Tengky Irham.
"Irham, Daddy rasa hal ni Irham kena bincang dengan keluarga Irham. Nanti Irham panggil keluarga Irham datang sini. Kita boleh bincang dengan lebih mendalam lagi."pinta Datuk Michael.
Selepas tiga puluh minit berbincang, Tengku Irham meminta kebenaran Datuk Michael untuk keluar bersama Isya. Kebetulan Tengku Adam Ishal baru sahaja bangun.
"Umi! Umi nak pergi mana? Nak tinggalkan Ishal ke?"Tengku Adam Ishal sudah mula membuat muka. Nampaknya tidak lama lagi hujanlah si Ishal.
"Taklah sayang. Umi nak keluar sekejap dengan Papa. Uncle Desmond dan Uncle Alvin pun ada dengan Ishal kan. Jadi umi mesti akan balik. Tak tinggal Ishal pun. Ishal tinggal dekat rumah dulu ya. Nanti kitakan nak balik London sekejap. Umi pergi sekejap je sayang. Umi promise!"Isya memujuk anaknya. Senyuman dihadiahkan kepada anaknya. Lama juga untuk memujuknya dan akhirnya Tengku Adam Ishal membenarkan Isya keluar bersama Tengku Irham.
Kini mereka sudah berada di dalam kereta....
"Sayang nak tinggal abang ke? Kenapa tak beritahu abang Isya nak balik London? Sengaja kan?"marah Tengku Irham.
"Abang, dengar sini! Isya bukan nak rahsiakan. Isya lupa beritahu abang semalam. Isya bukan nak larikan diri dari abang. Isya balik sana pun sebab ada meeting dengan client kat sana. Tak lama pun. Abang janganlah marah ya. Abang bincanglah dengan family Isya. Lepas Isya balik nanti Isya nak dengar tentang majlis kita. Isya serahkan dekat abang nak buat macam mana. Isya setuju saja. Cuma tiga perkara yang Isya minta, rahsiakan perhubungan kita dari pengetahuan Farhana buat sementara waktu sebab Isya takut nanti Farhana mengganggu majlis kita, majlis dihadiri dengan orang terdekat sahaja dan satu lagi kita tak akan hidup asing daripada keluarga kita buat sementara waktu."Isya cuba memujuk Tengku Irham dengan penjelasannya tentang majlis pernikahan semula mereka.
Tengku Irham masih tidak terpancing dengan penjelasan Isya. Malahan terlalu banyak soalan yang diajukan oleh Tengku Irham. Semakin dia tidak memahami sikap Isya. Apa yang cuba dilakukan oleh Isya.
Isya berharap sangat Tengku Irham memahami apa yang cuba disampaikan olehnya.
"Macam nilah abang, kalau susah sangat kita tak payah rujuk balik. Kita hidup cara kita sendiri. Abang buatlah apa yang abang nak buat!"kali ni Isya pula yang merajuk. Kebetulan kereta Tengku Irham sudah berhenti di Hotel Wellington. Isya juga semakin kusut. Terkejut Tengku Irham dengan keputusan Isya. Sungguh tidak disangka apa yang diharapkan sudah terbalik.
"Sayang, abang minta maaf. Abang ikut apa yang sayang nak. Kita nikah semula ya sayang."kali ni Tengku Irham sudah berada dalam mood memujuk.
"Abang, abang fikir baik-baik. Isya tak nak kita buat keputusan yang terburu-buru. Kalau abang masih tak ada kepercayaan dengan Isya, lebih baik kita hidup macam sekarang. Ambillah berapa banyak masa yang abang nak. Lagipun petang ni Isya dah nak flight ke London. Isya tak nak perkahwinan kita jadi macam dulu."Isya sudah malas untuk menerangkan kepada Tengku Irham. Biarlah Tengku Irham fikir semula.
Kebetulan ketika itu Tengku Ikram baru lepas berjumpa Tengku Rania. Keretanya mula mahu beredar dari Hotel Wellington. Cepat sahaja Isya menahan kereta Tengku Ikram. Tengku Irham tidak sempat menahan Isya. Nampaknya Isya sudah merajuk. Kesal dia dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Nampaknya Isya sekali lagi menjauh darinya. Dia perlu membuat sesuatu.
"Bodohnya kau Irham! Sepatutnya sekarang ni kau sibuk dengan persiapan majlis pernikahan kau dengan Isya tapi sekarang ni kau sendiri yang dah buat Isya merajuk."Tengku Irham kini tidak keruan dengan apa yang terjadi.
London adalah satu keputusan yang tepat buat Isya. Asalnya dia menghadiri meeting bersama client di London dan kini dia akan jadikan tempat untuk dia tenangkan hatinya. Telefon dimatikan dan nombor simkad sudah ditukar. Hanya individu tertentu sahaja yang berjaya menghubunginya. Biarlah masa itu digunakan sepenuhnya untuk masing-masing berfikir.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...