Muka Tengku Irham masih masam dek kerana cemburu dengan Alex. Makin menjadi-jadi cemburu Tengku Irham.
"Abang, sudah-sudahlah tu cemburu. Nanti macam mana Isya nak sambung belajar kalau abang macam ni. Dekat sana nanti lagilah ramai yang Isya kena jumpa. Takkan abang nak jelous lagi. Isya cuma sayang abang je. Dah ye. Please..."pujuk Isya.
"Kalau macam tu sayang tak payah sambung belajar. Stay dengan abang je."balas Tengku Irham.
"Dulu sebelum kahwin abang janji dengan Isya apa? Sekarang ni lain pula. Kalau Isya tau Isya tak cakap hari tu yang Isya nak sambung study. At least taklah kita kahwin awal."
"Sayang menyesal la ye kahwin dengan abang?"soal Tengku Irham untuk kepastian. Isya pula sudah tersilap langkah. Silap haribulan bertambah merajuk sang suami.
"Bukan macam tu abang. Abang ni macam tak percaya dengan Isya je. Kalau abang tak percaya dengan Isya macam mana kalau satu hari nanti orang fitnah Isya macam dua belas tahun yang lepas. Mesti abang tak percaya dengan Isya."suara Isya kendur sedikit dan seperti kecewa. Mungkin saja satu hari nanti nasibnya akan berulang. Perkara itu yang dia mahu elakkan.
"Sayang janji dengan abang yang sayang akan sentiasa jujur dengan abang. Kalau nak pergi mana-mana beritahu abang. Jangan berahsia dan satu lagi cerita dan kenalkan dengan abang kawan-kawan sayang. Kalau tak kenalkan pun cukuplah dengan tunjukkan dengan abang gambar atau cerita mengenai orang sekeliling sayang. Abang tak tahu kenapa cemburu abang ni tak boleh berkurang. Abang tak boleh tengok ada lelaki lain dekat dengan sayang."pinta Tengku Irham.
Tengku Irham sendiri tidak pasti kenapa cemburunya semakin bertambah-tambah apabila melihat lelaki lain berhampiran Isya. Yang dia paling tak suka bila melihat Isya bergelak ketawa dan senyum kepada orang lain. Baginya Isya milik dia seorang.
Isya semakin rimas dengan cemburu Tengku Irham. Dia juga risau bagaimana hendak mengharunginya di kemudian hari. Dia juga sentiasa risau mengenai Farhana. Alex sempat memberitahu Isya mengenai Zarina. Zarina ada mencari Alex dan mereka telah berjumpa tanpa pengetahuan Farhana dan Bella. Zarina juga sempat memberikan rekod perbualan Farhana dan Bella. Itu yang lebih nerisaukan Isya. Dia akan berkongsi dengan Tengku Irham kemudian. Cemburu Tengku Irham baru mulai surut. Dia bimbang jika dia bercerita nanti mungkin saja Tengku Irham tidak akan membenarkannya untuk menyambung pelajarannya di peringkat master.
"Sayang, kalau sayang pregnant time belajar macam mana?"Tengku Irham mencuba nasib untuk menghalang Isya menyambung pelajarannya.
"Apa kata kita merancang keluarga nak tak abang? Lepas habis belajar baru kita fikir."cadang Isya.
"A big NO. Abang tak benarkan. Kalau sayang pregnant nanti kita tangguh dulu. Boleh kan. Lepas deliver baru sayang sambung study."
Mahu tidak mahu kenalah terima. Jika tidak lain yang dapatnya. Isya tahu benar perangai Tengku Irham walaupun sebelum ini dia tidak mengetahui sangat perangai Tengku Irham. Risau Tengku Irham masih tidak hilang.
"Abang, nanti kalau Isya nak kerja boleh tak abang? Kerja sambil belajar."pinta Isya.
Tengku Irham tidak bersetuju. Dia tidak suka berkongsi Isya dengan orang lain. Sikap ramah Isya mengundang cemburu kepada Tengku Irham. Kalau boleh dia mahu Isya sentiasa bersama dengan dia dua puluh empat jam. Jika Isya mahu bekerja dia hanya dibenarkan bekerja sebagai PA Tengku Irham. Selain daripada itu tidak dibenarkan.
..........................................................................
Selepas seminggu sesi semestar baru untuk pelajar master bermula. Jika sebelum ini Tengku Irham berjanji bahawa dia yang akan menghantar Isya tetapi kini berbeza. Isya di hantar oleh Pak Hamid, Tengku Rania, Tengku Suraya dan Tengku Zakiah. Tengku Irham dan Tengku Raziff terpaksa pergi ke London kerana atas urusan Bumi Holdings.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomantikStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...