Isya termenung sendirian di dalam bilik. Isahal pula bermain di luar bersama Desmond dan Alvin. Isya melihat Desmond dan Alvin mengajar Ishal berenang di kolam renang.
"Bertuah betul Ishal tu. Kesian pula tengok Alvin dan Desmond tu. Dah macam babysitter pulak. Abang pun tak ada. Turun bawahla layan mereka kat bawah. Boleh juga usik-usik Desmond dan Alvin kat bawah."omel Isya sendirian. Tengku Ikram sibuk membuat persiapan majlis perkahwinannya. Oleh kerana Isya masih betul-betul sihat maka dilarang Isya daripada membantu. Irma dan Haikal juga turut serta membantu Abang ipar mereka. Hanya Isya, Ishal dan pengawal peribadinya sahaja yang tinggal di rumah.
Oleh kerana Isya kebosanan maka dia turun ke bawah untuk turut serta bersama Desmond dan Alvin.
"Hai Desmond, Alvin.. saya bosanlah dekat atas. Desmond, awak tak ada girlfriend ke?"soal Isya yang kebosanan.
"Hai Puan Isya. Belum jumpa lagi. Susah nak cari yang betul-betul faham kerja saya Puan Isya."balas Desmond.
"Desmond, tolong jangan panggil saya macam tu. Panggil saya Isya je. Lagipun awak dah banyak bantu saya. Walaupun awak kerja dengan saya tapi saya tak anggap awak macam tu. Saya anggap awak macam kawan saya. Alvin pun sama tau. Panggil saya Isya saja."balas Isya. Isya memang tidak suka Desmond atau Alvin memanggilnya dengan panggilan Puan. Terlalu formal.
"Tapi nanti kalau Tengku Ikram dengar mesti dia marah."jelas Alvin.
"Kalau dia marah, awak beritahu saya. Saya marah dia balik bagi pihak awak."jawab Isya.
Desmond dan Alvin tergelak. Ishal pula seronok bermain air di dalam kolam renang sambil di pantau Alvin.
"Alvin, Desmond, kamu berdua tak bosan ke? Kesian kan kamu berdua sepatutnya kerja jadi bodyguard saya tapi tak pasal-pasal dah jadi macam babysitter pula. Kena layan Ishal."Isya kesian kadang-kala melihat mereka kerana terpaksa melayan si Ishal.
"Tak apa Isya. Selain jadi bodyguard awak kami juga jadi bodyguard Ishal."balas Alvin.
"Desmond, awak rasa patut tak saya jumpa dengan Farhana?"tanya Isya. Sudah lama dia berfikir untuk berjumpa Farhana.
"Jangan Isya. Bahaya. Farhana juga penyebab badan Isya terkena peluru."halang Desmond.
Bagi Desmond, itu sudah seperti mencari penyakit. Ibarat macam menyerah diri. Luka di badan pun belum cukup sembuh. Ini pula mencari sebab untuk menambah luka lagi.
Isya dapat rasa Farhana bukanlah begitu jahat. Masih boleh diperbetulkan.
Irma dan yang lain sibuk menolong keluarga abang iparnya memandangkan hanya satu majlis saja yang akan diadakan di Malaysia. Bukanlah menolong apa pun. Bagi mereka cukuplah jika mereka boleh hadirkan diri melihat persiapan dilakukan. Segalanya sudah teratur oleh wedding planner yang dilantik.
"Abang Ikram, Kak Isya tinggal dengan bodyguard je ke kat rumah?"tanya Irma.
"Aah. Abang dah pesan tak bagi keluar. Mak Limah dan yang lain-lainkan ada dekat sana. Boleh tolong tengok Isya sekali."jawab Tengku Ikram.
"Irma risaulah abang. Hari tu Kak Isya ada juga beritahu pasal kes hari tu. Dia ada cakap nak jumpa Farhana. Abang tengok-tengokkanlah Kak Isya. Kadang-kadang degil tak bertempat. Berani pun ada juga."Irma meluahkan rasa risaunya.
"Irma jangan risau. Abang pun ada juga pasang mata-mata yang lain. Kalau nak harap Desmond dan Alvin tu memang taklah. Bukan cakap mereka tak bagus. Bagus sangat tapi patuh sangat dengan Kak Isya tu. Abang pelik betul tengok mereka. Abang dah pesan tak bagi Kak Isya keluar tapi abang keluar, mereka pun keluar. Macam mana tu nak jaga."beritahu Tengku Ikram.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...