Berita kehamilan Isya sudah diumumkan oleh Tengku Irham kepada semua ahli keluarganya. Kedua-dua buah keluarga berasa gembira tetapi dalam masa yang sama Isya juga turut dimarah oleh Datuk Michael dan keluarga Tengku Razief kerana sanggup merahsiakan kandungannya.
Isya terpaksa sahaja menerima leteran. Memang sudah salahnya. Satu lagi berita yang tidak bagus, Isya tidak dibenarkan berpindah buat sementara waktu. Selagi dia tidak bersalin dia tetap akan meneruskan rutinnya dengan berulang-alik duduk di rumah Datuk Michael dan juga Tengku Razief.
"Abang, Isya ada meeting hari ni."Isya mahu keluar daripada pejabatnya tetapi dihalang oleh Tengku Irham. Hal pejabat kini diuruskan oleh Tengku Irham. Tengku Irham kini berulang alik kerja bersama dengan Datuk Michael memandangkan Isya mengandung. Dia tidak mahu isterinya terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Kali ini dia akan menjaga isterinya seelok mungkin.
Isya kini sudah secara formalnya bercuti sementara waktu. Farhana juga begitu. Sejak mengandung, Farhana tidak dibenarkan bekerja.
Persahabatan Farhana dan juga Isya sudah semakin akrab. Lagi-lagi semenjak Farhana tahu Isya juga berbadan dua. Mereka kini sering berjumpa. Apabila Daniel ke pejabat, Farhana mengambil kesempatan mahu berjumpa Isya. Farhana dihantar ke rumah Isya terlebih dahulu. Datuk Michael dan juga keluarga Tengku Razief juga tidak menghalang persahabatan Isya dan Farhana.
"Hana, Isya ada satu projek. Hana nak terlibat sama tak? Bosanlah duduk rumah je. Nak pergi mana-mana pun susah nak dapat green light. Lagi teruk daripada Isya pregnant Ishal dulu."beritahu Isya kepada Farhana.
"Nasiblah Isya. Eh projek apa? Irham tak marah ke Isya buat kerja?"tanya Farhana lagi.
Isya mendapat email daripada kenalannya semasa di London. Terdapat satu projek besar di sana. Dia rasa rugi pula jika projek itu dilepaskan. Sementara peluang ada jadi dia mengambil keputusan mahu mencuba nasib untuk masuk tender. Isya mengajak Farhana terlibat sama. Jika mereka ada nasib yang baik, mereka dapat dan jika tidak itu sudah bukan rezeki namanya.
Isya tetap dengan sifat degilnya. Pandai sahaja dia menyorokkan aktivitinya bersama dengan Farhana. Kini dua sahabat ini sibuk menyiapkan tender mereka. Ketika suami mereka sibuk bekerja di pejabat, mereka berdua juga sibuk bekerja di rumah. Kedua-duanya sama degil sahaja.
Kini kandungan Isya sudah mencecah tujuh bulan. Sekejap sahaja masa berlalu. Jika nak dibandingkan dengan Tengku Rania, Stephanie, Irma dan Farhana, Isya yang dijangka akan bersalin dahulu. Kandungan Tengku Rania baru sahaja mencecah 5 bulan. Sama dengan Farhana manakala Stephanie enam bulan dan Irma pula baru sahaja mencecah tiga bulan.
Tengku Zakiah juga overprotective. Jika berada di rumah Tengku Razief, ada sahaja pantang larang yang perlu diikut. Tengku Ikram juga yang kadang-kadang balik bersama Tengku Rania juga terkena tempiasnya. Hendak buat macam-mana, kenalah hormat yang tua.
"Abang Irham, sepatutnya ibu mengandung ni kita kena ajak mereka aktif sedikit. Nanti baru senang mereka nak bersalin. Kalau abang nak tahu, dulu isteri abang tu setiap petang je akan mula berjoging tau dekat Kota London. Kalau tak Daddy temankan, Ikram yang pergi teman dia."beritahu Tengku Ikram. Bukan niat Tengku Ikram mahu membuat Tengku Irham cemburu tetapi kasihan melihat aktiviti Isya yang semakin terhad.
"Mana boleh. Nanti Opah bising. Biarlah. Bagi rest dulu."Tengku Irham tidak mahu kalah.
Tengku Ikram hanya mampu melihat tetapi dia cukup masak dengan perangai Isya. Isya nampak saja patuh tetapi dalam masa yang sama dia juga seorang yang degil. Tengku Ikram juga tahu Isya ada terlibat sama dalam projek di London. Projek tersebut baru sahaja dalam peringkat pembidaan. Kalau ikut hati dia boleh sahaja memberitahu Tengku Irham tetapi dia tidak mahu masuk campur kerana bimbang akan memporak perandakan rumah tangga Isya.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...