Irma sudah dibenarkan pulang. 3 hari di hospital. Isya pula sudah mula bertugas.
Sejak berjumpa dengan Tengku Irham di hospital 3 hari lepas,tiada lagi gangguan dari Tengku Irham. Isya berasa lega. Dia perlu melupakan Tengku Irham. Sepanjang Irma di hospital cuma Tengku Rania sahaja yang selalu menghubunginya. Tengku Rania ada juga melawat Irma. Selain Isya, Tengku Rania juga berkawan baik dengan Irma. Irma dan Isya sebaya.Hari Jumaat Isya bekerja shift pagi. Hari ni dia bertugas sebagai penyambut tetamu di kaunter informasi bersama Kak Fatihah.
"Qirana, akak nak tanya sikit boleh",tanya kak Fatihah.
"Boleh, apa dia kak?"
"Qirana dengan Tengku Rania rapat ke? Macam mana boleh kenal. Akak tengok bukan main mesra lagi? Qirana ada apa-apa ke dengan Tengku Irham,"bertalu-talu soalan Kak Fatihah kepada Qirana.
"Banyaknya soalan kak. Sebenarnya Qirana dengan Tengku Rania dah kenal lama. Hampir 8 tahun jugaklah. Dulu kami satu universiti. Pernah jadi roomate. Tu yang rapat tu. Tengku Irham pula Qirana baru je kenal. Hari tu terlanggar Tengku. Itu je kak. Kenapa akak tanya macam tu? Peliklah akak ni."jawab Qirana. Dalam hati ingin juga tahu apa yang sebenarnya Tengku Irham sedang buat.
"Tak ada lah hari tu akak pelik. PA Tengku Irham pun ada juga tanya pasal Qirana pada akak. Selain itu akak ada juga dengar dari En Latif berkenaan dengan ini. Kata En Latif Tengku Irham minta resume dan informasi berkenaan Qirana. Katanya untuk penilaian staff. Akak pelik jugak. Biasanya penilaian dibuat bila nak habis kontrak tapi Qirana baru kerja empat bulan takkan dah nak buat penilaian."terang Kak Fatihah lagi.
"Eh mana akak tau ni. Bukan ke selalu bahagian HR ni private and confidential. Betul ke akak ni?"soal Isya lagi.
"Betul la Qirana. Akak hari tu kebetulan hantar surat dekat En Latif dan terdengar Sofea minta resuma dan informasi Qirana. Apa lagi akak pancing la En Latif. Sembang-sembang sikit dan tak sangka pulak hari tu mood En Latif bagus. Tu yang dia cerita tu kat akak. Kalau tak jangan harapla dapat info."
Nampaknya Tengku Irham sudah mula mencari informasi tentang diri dia tapi apa yang dia nak kisah selagi dia tak mengaku selagi tu Tengku Irham takkan tau. Buat tak tahu sudah. Lagipun Tengku Irham dah ada teman wanita. Isya takkan merampas hak wanita lain. Kebahagiaan takkan dibina atas air mata orang lain. Itu prinsip Isya dalam perhubungan.
Satu hari Isya memang tak jumpa dengan Tengku Irham. Isya bekerja seperti biasa. Isya cuma bekerja sehingga jam 7 petang saja.
Tepat Jam 7 Irma menelefon Isya....
"Kak, Irma keluar tau. Malam ni ada kenduri doa selamat dekat rumah keluarga Haikal. Akak jangan risau, Haikal ambil Irma dekat rumah. Malam ni Irma tak balik. Tidur rumah parents Haikal."beritahu Irma supaya Isya tidak risau.
Siapa Haikal? Mesti tertanya-tanya kan siapa Haikal. Haikal ni teman lelaki Irma dan juga merupakan adik angkat kepada Isya. Mereka sudah kenal lama lagi semasa arwah ibu dan ayah Isya masih hidup.
"Okaylah kalau macam tu. Nanti kirim salam akak pada keluarga Haikal ya. Akak pun ada kerja sikit malam ni nak buat. Nak pergi sana dah tak sempat. Jangan lupa bawa kuih yang akak buat ya. Akak lupa nak bagi tahu. At least tak la pergi dengan tangan kosong."pesan Isya lagi.
Nampaknya malam ni Isya tidur sendirian la.
"Kak Isya, tunggu!!!"jerit Tengku Rania dari jauh.
Isya baru hendak memulakan langkah ke parking lot tiba-tiba Tengku Rania memanggilnya.
"Owh Rania. Ada apa? Terjerit-jerit. Ish bagus sangat anak dara terjerit-jerit!!"tegur Isya.
"Ala kak..kalau Rania tak jerit nanti akak tak dengar."jawab Tengku Rania lagi.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...