CHAPTER 76

2.6K 108 1
                                    

Tengku Irham banyak termenung. Isya pula sibuk melayan buah hatinya, Tengku Adam Ishal. Itulah rutin harian Isya setiap malam. Isya akan meluangkan masanya untuk anaknya itu. Dia akan pastikan Tengku Adam Ishal cukup kasih sayang. Dia tidak akan sesekali abaikan anaknya itu walaupun dia selalu sibuk dengan kerja.

"Abang, kenapa termenung je ni? Dah sampai mana menungnya tu?"Isya mengusik suaminya itu setelah Tengku Adam Ishal terlena.

"Tak ada apalah sayang. Buah hati kita dah tidur ke? Cepat hari ni sayang masuk tidur."

"Abang je yang termenung lama sangat sampai tak perasan saya lama dekat bilik Ishal. Abang ni kenapa? Ada masalah ke?"Isya cuba memancing Tengku Irham. Malam ni dia agak pelik dengan perangai Tengku Irham. Kebiasaannya Tengku Irham manja mengalahkan kucing apabila mereka berdua tetapi tidak malam ini.

Tengku Irham tidak bercakap banyak. Dia mengajak Isya tidur. Isya pula risau melihat keadaan Tengku Irham. Semenjak mereka hidup bersama inilah kali pertama Tengku Irham bersikap begitu. Dia tidak tahu apa yang terjadi kepada Tengku Irham.

"Abanh tak nak cerita ke dekat Isya? Kenapa abang termenung? Abang fikir apa?"Isya mencuba nasib lagi.

"Sayang abang ni tak putus asa lagi ke? Dahla jom kita tidur ye."kali ini Tengku Irham mengeratkan pelukannya pada Isya. Dia memejamkan mata kerana malas mahu bercakap.

Isya hanya mengikut sahaja kehendak Tengku Irham. Dia cuba memejamkan mata. Walaupun Tengku Irham erat memeluknya tetapi dia tetap tidak boleh tidur. Hatinya tidak tenteram.

Isya meleraikan pelukan Tengku Irham. Dia duduk. Tengku Irham terkejut dengan tindakan Isya.

"Sayang kenapa? Tak selesa ke? Mimpi buruk ke?"tanya Tengku Irham yang terkejut dengan tindakan Isya.

"Isya tak boleh tidur! Abang bagi tau dulu kenapa abang termenung?"cepat sahaja Isya menjawab.

Tengku Irham yang mendengar jawapan Isya hanya menggeleng kepala. Tidak sangka pula itu yang merunsingkan fikiran Isya.

"Sudahlah sayang. Abang tak apa-apa. Lebih baik sayang tidur cepat. Nanti kalau abang cakap, sayang pulak yang malas nak layan abang. Jom kita tidur ya sayang." Lembut sahaja Tengku Irham menjawab.

"Beritahu Isya dulu. Baru Isya boleh tidur."jawab Isya.

Nampaknya tiada pilihan. Akhirnya Tengku Irham menyerah kalah.

"Sayang, abang nak baby lagi boleh tak?"terluah juga akhirnya.

Punyalah jauh Tengku Irham termenung dan itu jawapan yang keluar dari mulut Tengku Irham. Itu semua gara-gara berita gembira yang disampaikan oleh Tengku Rania petang tadi. Tengku Rania kini sudah berbadan dua. Memang jelas riak muka Tengku Irham berubah. Mereka kahwin pada masa yang sama iaitu ketika perkahwinan semula Tengku Irham dan Isya tetapi adiknya itu yang terlebih dahulu berbadan dua.

Kali ini Isya pulak yang tergelak. Mana tidaknya dia begitu risau keadaan suaminya itu tetapi suaminya hanya cemburu dengan adiknya sendiri.

"Sayang kenapa gelak? Abang serius ni. Tadi nak tau sangat tapi bila abang dah bagi tau sayang pulak gelakkan abang. Ni yang abang malas nak cerita ni. Tak naklah kawan sayang."Tengku Irham menarik muka. Merajuk dengan Isya. Dia memalingkan badannya daripada Isya.

"Alah abang ni. Merajuk pulak. Bukan macam tu. Abang jealous ya dengan Rania? Abang kan tau Isya bukan ambil perancang keluarga pun. Belum ada rezeki lagi. Kalau boleh tau bila saya ni boleh pregnant, saya dah pilih tarikh dulu tau abang. Abang janganlah macam ni."Isya memujuk Tengku Irham.

Tengku Irham kali ini membatu. Dia berdiam diri. Terasa dengan Isya kerana menggelakkan dirinya.

"Isya minta maaf ya. Abang, janganlah macam ni."pujuk Isya lagi. Kali ini dia memanggil Tengku Irham mendayu-dayu. Memanggil Tengku Irham dengan cara lembut dan manja.

Tengku Irham membatukan diri sahaja. Dia juga sengaja mengusik Isya. Sengaja dia merajuk lebih. Isya pula sudah tidak tahu bagaimana mahu memujuk suaminya itu. Jarang Tengku Irham merajuk. Semenjak mereka hidup bersama inilah kali pertama suaminya merajuk.

"Tak apalah kalau abang tak nak layan Isya. Selamat malam."Isya berputus asa. Memang salah dia. Isya menarik selimut.

Baru sahaja Isya menarik selimut, telefon bimbitnya berdering. Tengku Irham pula baru ingin menoleh ke arah Isya tetapi bila ditoleh isterinya sudah bangun kembali dan keluar dari bilik dengan menjawab panggilan di luar bilik.

Tengku Irham terasa menyesal pula. Jika dia tidak merajuk tadi sudah tentu Isya akan menjawab telefon di dalam bilik mereka sahaja. Sepuluh minit sudah berlalu dan tiada tanda-tanda Isya mahu masuk ke dalam bilik mereka. Tengku Irham menunggu lagi. Hampir sejam tetapi isterinya masih di luar lagi.

Kali ini Tengku Irham tidak betah berdiam diri. Dia keluar mencari Isya. Bukan apa dia risau buah hatinya itu berubah hati. Dia mencari Isya hampir di setiap ruang. Hari ini mereka tidur di rumah Datuk Michael. Semua orang sudah tidur tetapi dia masih mencari isteri kesayangannya.

Hampir segenap ruang dia mencari Isya namun masih tidak jumpa. Tiba-tiba dia terdengar suara Isya di kawasan kolam renang. Isya kelihatan agak serius. Risau juga dia melihat isterinya itu. Dia segera menghampiri Isya. Tengku Irham segera memeluk Isya dari belakang. Isya tahu sudah tentu tangan suaminya yang memeluknya. Isya hanya membiarkan sahaja. Dia tetap melayan panggilan pemanggil.

Hampir dua puluh minit juga Tengku Irham memeluk Isya. Daripad berdiri dan kini dia menarik Isya duduk di tepi kolam renang dan Isya tetap berada dalam pelukan Tengku Irham.

"Abang kenapa tak tidur lagi? Tak mengantuk ke? Dah habis merajuk?"tanya Isya setelah panggilan telefon dimatikan.

"Sayang ni teruklah. Patut pujuk abang. Ni sayang tinggalkan abang pulak. Sayang jawab telefon jauh-jauh pulak tu. Lepas tu tinggal lama. Ingat abang boleh tidur ke kalau sayang tak ada sebelah abang?"beritahu Tengku Irham.

"Maaf abang. Isya bukan tak nak jawab dalam bilik. Isya risau nanti abang pulak tak boleh tidur. Dahla tadi abang merajuk. Jadi Isya tak nak keruhkan keadaan. Isya pun tak nak ganggu tidur abang. Isya jawab la telefon dekat luar."jawab Isya lancar. Memang itu niatnya. Dia menjawab panggilan telefon di luar bilik kerana tidak mahu tidur Tengku Irham terganggu.

"Sayang ingat abang boleh tidur ke kalau isteri abang tak ada dekat sebelah? Kalau sayang outstation pun abang nak ikut tau. Kali ni abang memang tak nak sayang berjauhan dengan abang lama-lama."

"Abang ni. Ni dah manja tahap melampau ni. Abang ni. Nanti apa pula kata Papa kalau abang berkepit je dengan Isya. Ni kira dah tak merajuk la kan?"kali ini Isya tersenyum.

Pelbagai persoalan yang ditanya oleh Tengku Irham. Soalan yang ditanya tidak terkecuali tentang panggilan telefon yang diterima Isya tadi. Panggilan telefon yang mengganggu ketenteraman tidur Tengku Irham. Isya menjawab dengan jujur. Isya tau semenjak mereka berbaik semula, Tengku Irham memang tidak betah meninggalkannya seorang walaupun Isya sentiasa diiringi oleh Desmond.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now