"Rania, abang nak tanya sikit boleh?"tanya Tengku Irham kepada Tengku Rania.
"Apa dia abang? Nak tanya pasal Kak Isya ke? Amboi sejak bila la abang ni minat dengan Kak Isya ni. Itulah dulu Rania nak kenalkan dekat abang tapi abang pulak jual mahal."serang Tengku Rania.
"Ala, Rania ni. Itu dulu. Abang nak tanya ni. Kenapa dekat hotel orang semua panggil dia Qirana dan bukan Isya? Isya tu dah ada buah hati tak?"soal Tengku Irham pada Tengku Rania.
"Apa punya soalan la abang ni. Dah nama kak Isya tu Isya Qirana. Dua-dua boleh guna. Isya dan Qirana tu orang yang sama la. Abang ni. Sebenarnya Kak Isya tu pernah ada teman lelaki. Dulu la. Kak Isya pernah cerita dekat Rania dulu masa sebilik. Banyak cerita yang Kak Isya cerita. Kehidupan Kak Isya tu tak la seceria dengan muka Kak Isya. Abang pernah dengar kan orang yang selalu nampak happy dan suka ketawa adalah orang yang selalu menangis dalam diam. Kak Isya macam tu lah."terang Tengku Rania lagi.
Ya, kehidupan Isya tak seceria wajahnya. Wajahnya sentiasa tak lekang dengan senyuman bila berdepan dengan orang. Betapa dia membenci seseorang itu dia tetap akan melayan baik. Itulah diri Isya sebenar.
Tengku Rania menceritakan perihal hidup Isya kepada Tengku Irham. Segala cerita yang pernah diceritakan oleh Isya kepada Tengku Rania dikongsi bersama dengan Tengku Irham. Terlalu banyak kisah hidup Isya. Hari ini, Tengku Irham tahulah serba sedikit mengenai diri Isya.
...........................................................................Isya baru sahaja lepas membersihkan diri dan bersiap sedia untuk tidur. Hari ni dia tidur seorang kerana Irma tidur di rumah keluarga Haikal.
"Susahnya nak lelapkan mata ni. Kenyang sangat ni makam tadi. Apa nak buat ye,"omel Isya seorang diri.
Ketika Isya berkira-kira hendak mengambil novel di rak sebelah katilnya, notification whatsapp berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.
017xxxx : Salam...hai dah tidur ke?
"Siapa pulak ni yang mesej tengah malam ni. Tak pernah pulak bagi nombor ni dekat orang lain."Isya pelik melihat mesej yang baru diterima.
Isya : Salam. Siapa ni?
017xxx : Eh takkan tak kenal buah hati sendiri?
Isya : awak ni jangan main-main boleh tak? Btw dah tak perkenalkan diri tak apa lah. Simpan je diri awak tu. Saya pun tak nak kenal.
017xxx : Eh takkan merajuk pulak. Awak tekalah. Cepat ya. Saya tunggu.Isya hanya membaca mesej tersebut. Dia malas nak melayan orang yang macam tu. Untuk mengelakkan gangguan di malam hari, Isya segera menutup telefonnya untuk malam ini. Isya ada dua telefon. Satu digunakan untuk peribadi dan satu lagi untuk bekerja. So disebabkan gangguan pada telefon peribadi maka Isya off telefonnya. Dia sempat meninggalkan pesanan kepada Irma andai ada perkara penting hanya telefon pada nombor yang digunakannya untuk kerja. Bagi Irma dia cukup memahami Isya. Sudah tentu bersebab jika Isya memberi pesanan sebegitu.
Sebenarnya Tengku Irham mendapat nombor telefon dari Tengku Rania. Dia mencuba nasibnya malam ini untuk memulakan langkahnya untuk memikat buah hatinya. Sejak pertama kali berjumpa empat tahun yang lepas dia memang tidak pernah melupakan Isya. Pelbagai cara yang digunakan namun tetap gagal. Kini peluang depan mata. Dia tetap akan mencuba. Isya langsung tidak membalas mesej dari Tengku Irham. Tengku Irham cuba menelefon Isya namun hanya peti suara yang berbunyi. Hampa tetapi dia tetap akan terus mencuba.
Isya dari mahu membaca novel kini moodnya sudah ke laut dengan gangguan mesej tadi. Dia segera mengambil ipad untuk membuka applikasi game. Dibukanya applikasi pet rescue. Lama kelamaan mata Isya mula menunjukkan tanda-tanda mahu tidur. Sebelum tertidur Isya off ipadnya dan menarik selimut untuk tidur.
Tepat jam enam pagi jam loceng Isya berbunyi. Isya segera bangun untuk mandi dan menunaikan solat subuh. Setelah siap menunaikan solat subuh. Isya segera ke dapur. Hari ni dia perlu menyiapkan dua ratus biji karipap frozen. Malam nanti Azah iaitu assistant Irma ingin mengambilnya. Jadi dia perlu menyiapkan segera. Hari ini dia bekerja dari jam dua petang hingga jam sembilan malam. Jadi malam nanti Irma akan beri kepada Azah.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...