You will be always my friend...accept me as your friend please... i will help you whatever it is.
Farhana teringat akan kata-kata Isya. Sungguh dia terasa dengan kata-kata Isya. Perlukah dia menerima Isya semula dalam hidupnya.
Aktiviti Farhana juga kini semakin perlahan. Dia tidak lagi pergi ke kelab malam. Tidak lagi pergi ke rumah Daniel. Dia banyak menyendiri. Dia tidak seaktif dulu.
Isya pula sibuk dengan aktivitinya sambil memantau keadaan Farhana. Dia perlu kembalikan Farhana. Dia tidak mahu Farhana jadi begitu. Dia sudah terlalu penat untuk mengelak lagi. Dia mahu bahagia.
"Isya, please...jangan masuk campur hal Hana!"Daniel tidak mahu keselamatan Isya terjejas hanya kerana hal Farhana.
"Sis, please. Biar kami handle hal Hana."Alex pula bersuara.
Tengku Irham juga tidak putus-putus memujuk isterinya. Dia risau. Dia tidak mahu kehilangan Isya. Kalau dulu disebabkan dia, dia kehilangan peluang menjaga Isya. Kali ini dia tidak mahu keselamatan Isya terjejas.
"Listen, kalau kamu semua buat macam plan yang kamu semua rancang, apa jaminan yang kamu ada mengatakan Hana akan terima sahaja?"tanya Isya ketika perbincangan yang Isya tetapkan hari itu.
"At least Hana dah jadi isteri I."balas Daniel.
"Sebanyak mana you tahu tentang Hana? You rasa Hana akan terima dengan semudah itu?"tanya Isya lagi.
"I akan kawal Hana!"tegas Daniel.
"Daniel, dengar sini! Hana jenis tak akan mengalah. Lagi keras kita buat dekat dia lagi tak terkawal nanti Hana. Cuba you tengok kehidupan I sekarang ni. Dari I kahwin lepas tu bercerai dan sekarang ni bersama balik dengan Irham. Berapa lama perkara tu dah berlangsung. Anak I pun dah besar. I dah penat nak sentiasa berjaga-jaga. I nakkan kebebasan dan ketenangan. Hana sekarang dah beri respons positif. Jadi please ikut cara I."Isya tetap bertegas.
Mereka terdiam. Mereka tidak tahu apa yang mereka akan katakan lagi. Isya juga tahu masing-masing risau akan dirinya.
"Percaya dekat Isya please...I need your support. Kalau kamu semua tak nak sokong, Isya pun tak jamin Hana akan kembali macam yang kita harapkan. Daniel, fikirlah reputasi dan imej syarikat. Kenapa nak musnahkan sedangkan kita boleh perbaiki."rayu Isya lagi.
Masing-masing berfikir lagi. Penjelasan demi penjelasan yang Isya berikan untuk berikan mereka keyakinan. Akhirnya mereka mengalah. Memang betul apa yang dikatakan oleh Isya.
Isya berpuas hati. Kini mereka bertiga mengikut rancangan Isya.
Isya, Hana nak jumpa Isya. Boleh tak cuma kita sahaja.
Pesanan whatsapp daripada Farhana.
Pesanan itu juga menyebabkan tiga kepala itu pening dan risau. Jika Farhana tidak terkawal bagaimana. Bagaimanakah nasib Isya. Berbaloikah Isya buat begitu. Itulah fikiran tiga kepala. Isya lebih senang menggelar mereka dengan tiga kepala. Kerana plan mereka terhasil daripada tiga buah fikiran itu.
"Trust me okay!"kata Isya sebelum berjumpa dengan Farhana.
Keesokan harinya Isya sudah berjanji mahu berjumpa dengan Farhana. Dia juga tidak mengabaikan hal keselamatannya. Apa yang pasti mata-matanya sudah pasti akan ada berdekatan dan juga Desmond yang sentiasa bersamanya.
"Hai Hana. Sorry. I tak boleh keluar tanpa Desmond. Nanti Daddy I bising. You pun tahukan perangai orang tua."Isya menyapa Farhana dan kini intonasinya lebih lembut dan sudah berubah.
"Hai Isya. No worries. I faham. So you macam mana? Sihat?"balas Farhana.
Perbualan mereka lebih mesra dan kini nampak seperti perhubungan persahabatan mereka seperti sedia kala.
"Isya, you tak marah I ke?"Farhana kini memulakan perbualan sekali lagi.
"Hana, sebelum ni kan Isya pernah beritahu. Kenapa nak ungkit hal lama? Kita mulakan hidup baru ya? Kosong-kosong okay? So Hana dah pregnant berapa bulan?"Isya cuba mengalihkan topik. Dia tidak mahu Farhana hidup di masa lampau.
"Dua bulan hampir masuk tiga bulan. Isya tak malu ke dengan Hana? Hana pregnant sebelum kahwin."perlahan sahaja suara Farhana. Sebenarnya Farhana agak malu dengan perangainya. Baru dia sedar akan akibat kedegilannya.
Isya menggeleng kepala..
"Isya tak malulah. Kenapa nak malu. Nanti boleh jadi kawan Ishal. Hana tak nak kahwin ke dengan papa baby Hana?"dengan lembut Isya bertanya.
"Isya tau ke Papa baby Hana?"tanya Farhana.
Isya mengangguk. Mustahil Isya tidak tahu. Isya tidak mahu menipu Farhana. Dia juga tahu Farhana mesti dapat mengagak jika menipu. Jadi lebih baik berterus-terang daripada menipu. Isya memang tidak suka.
"Isya rasa mahu ke Papa baby Hana ni terima Hana. Sudah pasti dia malu nak terima baby ni."jawab Farhana perlahan.
"Nak Isya tolong tak?"Isya mahu menghulurkan pertolongan. Tidak perlu ditanya lagi kepada Daniel. Memang itu pun yang diharapkan.
"Isya nak tolong Hana?"mata Farhana seperti ada sinar.
"Yes. Lebih baik awal Hana. At least sebelum baby bump Hana nampak. Nak Isya tolong? Tapi Hana kena janji akan ikut plan Isya."beritahu Isya lagi.
Lama juga mereka bersembang. Bergelak ketawa sudah mula kedengaran. Tiga kepala hanya melihat dari jauh. Namun mereka kelihatan sedikit lega.
Sebenarnya Farhana sudah sedar kewujudan tiga kepala semasa perjumpaannya bersama Isya. Dia juga tahu sudah semestinya tiga kepala itu risau. Ye lah siapa yang tidak risau jika orang yang memberi ancaman tiba-tiba baik dengan orang yang diancam. Entah kenapa Farhana langsung tidak marah. Dia juga berasa sedikit tenang.
"Isya, boleh I tanya you sesuatu?"Farhana ingin mendapatkan kepastian daripada Isya.
Isya mengangguk.
"You jemput, Irham, Alex dan Daniel sekali ke datang sini? You takut I cederakan you ke?"
Apabila soalan tersebut keluar daripada mulut Farhana, Isya terkejut. Bagaimana tiga kepala mengekorinya. Dia sudah memberi amaran kepada mereka namun nampaknya gagal. Dia risau Farhana berubah hati dan keadaan emosi Farhana tidak terkawal. Dia baru sahaja dapat kepercayaan daripada Farhana dan kini tergugat dengan kehadiran mereka.
Isya menafikan dan meminta maaf. Bukan dia yang membuat perancangan begitu.
"I tak marah pun. I percaya you. Mesti mereka risau I jumpa you."Farhana tersenyum.
Farhana membuat rancangan mengenakan Tengku Irham, Alex dan Daniel. Isya pula mengikut rancangan Farhana. Mereka berdua menghendap tiga orang tersebut.
"So, apa yang kamu semua buat dekat sini?"tegur Farhana.
"Eh, tak ada apalah."jawab Daniel.
Mereka bertiga terkejut dengan teguran Farhana. Agak pucat muka mereka. Selepas itu, Isya dan Farhana tergelak.
Sungguh mereka bertiga terkejut dengan perubahan Farhana. Bukan setakat itu sahaja, Farhana meminta maaf atas segala perbuatannya kepada Alex dan Tengku Irham. Begitu juga dengan Daniel. Mereka langsung tidak menyangka yang rancangan mereka gagal atau lebih tepat lagi langsung tidak berjalan.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...