CHAPTER 7

7.6K 204 0
                                    

Satu hari Tengku Irham berada dalam gelisah kerana memikirkan kata-kata Isya. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan Isya jika benar hati Isya sudah dimiliki.

"Isya, tolonglah jangan cakap yang awak sudah berpunya. 4 tahun saya cari awak baru sekarang saya jumpa awak. Berilah saya peluang. Aku mesti cari cara bagi Isya mengaku yang dialah orangnya yang dia jumpa empat tahun yang lepas." Rintih hati Tengku Irham sedih di dalam pejabatnya.

Kini Tengku Irham perlu mencari jalan untuk Isya mengaku dahulu. Malam ni dia akan mencari Isya. Dia ingin tahu siapa yang bertemu dengan Isya.

"Tengku, saya balik dulu ya. Semua dokumen saya dah siapkan dan letakkan atas meja dekat sofa dalam bilik Tengku." Tengku Irham terkejut mendengar kata-kata Sofea. Disebabkan mengelamun memikirkan Isya sehingga lupa yang waktu kerja sudah tamat.

"Oh, terima kasih Sofea. Tak apa awak baliklah dulu. Eh awak ada nampak Rania tak? Dia dah balik ke?"tanya Tengku Irham lagi.

Sofea menyatakan bahawa Tengku Rania sudah keluar tetapi dalam jam tujuh akan kembali balik ke hotel. Ada meeting dengan staf bahagian room service.

Sofea balik dengan kebenaran Tengku Irham. Segala dokumen memang sudah lengkap. Kerja Sofea juga sudah siap. Dilihatnya dokumen yang dinyatakan oleh Sofea atas meja berdekatan dengan Sofa.

"Ini peluang baik ni. Lebih baik aku siapkan kerja di depan mata sementara tunggu waktu berjalan. Boleh gunakan cara ni untuk skodeng Isya ni. Kerja siap dan aku pun boleh tengok dengan siapa Isya berjumpa malam ni lepas dia habis kerja."omel Tengku Irham sendirian. Hatinya jadi semangat untuk menyiapkan kerjanya. Dia perlu segera. Nanti terlewat pula dia mahu melihat buah hati Isya.

Jam sudah menunjukkan waktu kerja bagi Isya tamat. Isya segera pergi ke bilik persalinan untuk menukar baju. Diambilnya baju kurung moden berwarna pink. Sesudah siap dia segera menuju ke lobi hotel.

Tengku Irham pula sudah bersedia tunggu di depan kaunter berdekatan dengan lobi. Dia berpura-pura bertanyakan berkenaan dengan Tengku Rania kepada Ain di kaunter informasi.
Ain merupakan salah seorang pekerja pelatih.

Isya tanpa membuang masa segera pergi ke lobi. Tiba-tiba telefon Isya berdering. Isya kelihatan begitu gembira dan penampilan Isya yang kelihatan sopan dan simple menarik minat Tengku Irham untuk memandang Isya.

"Assalamualaikum. Dekat mana? Dah sampai ke? Sya dekat lobi hotel ni?" Kata Isya yang sedang menjawab telefon.

Isya yang kelihatan begitu gembira semasa menjawab telefon menimbulkan kerisauan dalam hati Tengku Irham. Adakah itu yang dimaksudkan oleh Isya. Buah hati Isya.

Belum lagi panggilan Isya tamat sebuah kereta Velfire muncul. Isya segera melambai pada tuan empunya kereta. Pintu kereta di tempat pemandu terbuka dan gerangan tuan punya kereta juga sudah mula menunjukkan diri. Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan akhir tiga puluhan sedang pergi menuju ke arah Isya. Mereka senyum sesama sendiri. Lelaki cina tersebut membuka pintu di bahagian hadapan dan menyuruh Isya masuk segera.

Hati Tengku Irham berasa sakit. Siapakah gerangan lelaki tersebut. Lelaki tu boleh dikatakan saingan pada Tengku Irham. Muka lelaki tersebut seperti pelakon korea Yong Se Jong.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now