Farhana yang semakin bengang apabila mendapat tahu dari Bella bahawa penembak upahan yang diupah mereka berjaya ditangkap. Bella telah diupah oleh Farhana untuk memantau keadaan di Bali. Mujur sahaja dia terdengar perbualan Puan Suzila bersama Isya ketika dia pergi mengunjungi butik Puan Suzila. Kesempatan itu digunakan untuknya membalas dendam.
"Bella, kau balik Malaysia cepat. Aku tak nak orang syak kau. Balik cepat. Satu lagi aku nak tanya, semasa kau upah Kamil tu dia tau tak siapa yang upah dia? Aku harap kau tak beritahu dia siapa yang upah dia."tanya Farhana.
"Hana, kau jangan risau. Mereka tak tahu pun mengenai itu. Aku guna orang tengah." Beritahu Bella. Bella yang pada mulanya tidak mahu terlibat dalam kes ini tetapi disebabkan dia banyak meminjam duit Farhana maka Farhana menggunakan peluang tersebut untuk Bella terlibat sama. Mahu tidak mahu Bella terpaksa akur.
"Padan muka kau Isya. Sakit tak kena tembak?hahahaha.... Farhana yang menjadi semakin kejam.
Berita pernikahan Tengku Ikram bersama Isya kini sudah tersebar. Keluarga Tengku Raziff juga baru mengetahuinya. Walaupun sedih tetapi mereka juga tetap mendoakan kebahagiaan Isya.
Tengku Irham juga kini sudah boleh menerima kenyataan kehilangan Isya. Dia juga sudah menerima Farhana sebagai Isterinya dengan baik. Benar apa yang dikatakan oleh Isya. Perkara yang lepas biarkan berlalu. Yang penting adalah masa hadapan. Dia perlu membimbing Farhana.
Layanan Tengku Irham terhadap Farhana juga semakin baik. Farhana juga gembira dengan layanan Tengku Irham.
"Sayang, abang minta maaf ya. Abang dah abaikan sayang. Mulai hari ini kita bina kehidupan kita yang baru ya. Abang harap sayang dapat terima Isya sebagai ibu kepada anak abang. Abang juga tak mahu sayang fikir yang abang masih ada hati dengan Isya lagi. Sekarang Isya pun sudah jadi isteri Tengku Ikram. Abang nak kita bina hidup kita yang baru. Abang tak nak jadi macam dulu. Abang sayang sayang." Beritahu Tengku Irham kepada Farhana.
Disaat Tengku Irham melafazkan kata cintanya kepada Farhana ketika itu juga penyesalan mengetuk pintu hati Farhana. Farhana teringat kata-kata Isya bahawa Isya tidak bertujuan ingin merampas Irham darinya dan juga menghuru-harakan perkahwinan dia bersama Irham.
Farhana terharu mendengar kata-kata Tengku Irham tetapi dia juga menyesal kerana tidak sabar. Bertindak melulu dengan mencederakan Isya. Bagaimana dia mahu berterus terang kepada Tengku Irham. Jika Tengku Irham tahu perbuatannya dahulu dan juga sekarang apakah yang akan terjadi. Farhana semakin takut untuk menghadapinya.
Keluarga Isya dan Tengku Ikram kini telah kembali ke Malaysia. Segala persiapan majlis perkahwinan yang akan berlangsung di banglo Tengku Ibrahim berjalan lancar. Isya kembali ke rumah Datuk Michael dan seperti biasa Desmond dan Alvin sentiasa setia bersama.
"Sayang, jaga diri tau. Abang nak pergi office sekejap. Makan jangan lupa."pesan Tengku Ikram.
"Abang ni risau tak tentu pasal. Isya dah sihatlah. Siap boleh main lari-lari lagi tau. Nak main ke? Jom. Abang kejar Isya cepat!!"suruh Isya.
Datin Merry yang dari jauh mendengar terus memarahi Isya. Malah disuruhnya Desmond menjaga Isya.
"Desmond, you jaga itu amoi. Banyak bising. Kalau dia lari, you ikat tangan dia."arah Datin Merry.
"Padan muka sayang. Mummy Ikram pergi dulu ya." Jerit Ikram.
Isya hanya tergelak mendengar jawapan dari Tengku Ikram.
Selepas Tengku Ikram pergi ke pejabat, Isya berbincang bersama Desmond mengenai kes yang berlaku di Bali. Dia mengesyaki Farhana tapi bukti masih belum kukuh.
"Desmond, give video and also picture that we get from my wedding ceremony at Bali." Arah Isya.
Dengan pantas USB diberikan kepada Isya. Isya belek satu persatu gambar dan video. Terdapat satu kelibat perempuan. Semakin di zoom gambarnya semakin dia dapat mengenali siapakah empunya diri.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...