CHAPTER 26

5.2K 153 2
                                    

Majlis perkahwinan Isya dan Tengku Irham berlangsung dengan meriahnya. Kini Isya sudah sah bergelar isteri kepada Tengku Irham hanya dengan sekali lafaz sahaja. Kini bukan hanya status turut berubah malahan tanggungjawab juga sudah berubah.

Semasa Majlis di Hotel Wellington, semua staff dan sahabat handai serta keluarga datang meraikan pasangan pengantin. Sungguh meriah. Kelihatan Tengku Irham segak manakala Isya cantik di atas pelamin.

"Darling, have you seen that girl? I'm not sure who is it but it's look familiar."tanya Stephanie kepada Alex.
Alex melihat ke arah perempuan yang Stephanie katakan kepadanya.

"Oh gosh. I think that girl it's Farhana. I'm not sure who invite that girl. Honey, please watch out that girl. I'm not sure what that girl want from Isya!" Alex mahu Stepahie memerhatikan Farhana. Farhana adalah salah satu bekas sahabat baik Isya. Farhana jugalah salah satu punca kenapa salah faham Alex kepada Isya. Mujur sahaja persahabatan mereka kembali terjalin malahan lebih rapat lagi apabil tahu bahawa mereka adalah sepupu.

"Daddy, cuba daddy tengok perempuan dekat meja tepi yang dekat dengan pelamin sana tu!!"tunjuk Alex kepada Datuk Michael.

"Kenapa dengan perempuan tu? Bukan Alex sudah ada Stephanie ke?"tanya Datuk Michael pelik.

"Siapa invite that girl? Daddy, kita kena perhatikan perempuan tu. Itu boleh jadi musuh dalam selimut kepada Isya. Ingat tak kejadian masa Alex umur 17 tahun. Sebab perempuan tulah Alex dan Isya bergaduh. Bukan itu je perempuan tu buat. Dia malukan Isya juga Daddy."beritahu Alex lagi.

Datuk Michael hanya memerhatikan gerak geri gadis yang Alex tunjuk kepadanya. Cukuplah apa yang sudah berlaku kepada Isya. Kini Isya bukan sahaja anak saudaranya malahan sudah dianggap seperti anak sendiri. Isya juga sudah mengiktirafnya sebagai Daddy. Kini jadi tanggungjawabnya melindungi Isya.

Peristiwa yang lepas memang tidak mudah untuk Datuk Michael lupakan.

Kelihatan Datuk Michael seperti sibuk menelefon seseorang. Alex hanya memerhatikan Daddynya dari jauh. Walaupun jauh tapi dia masih dapat mengagak dengan siapa Daddynya bercakap.

"Alex, where your Daddy? Should be now we are celebrate Isya wedding."tanya Datin Mery kepada Alex.

"Sana Mummy. Important things to settle it first Mummy. No worries after this he will with us."Alex tersenyum penuh makna.

Datin Merry hanya menunggu Datuk Michael. Hari paling bermakna untuk perkahwinan anak perempuannya setelah Isya mengiktiraf Datin Merry sebagai ibunya.

Tengku Irham tersenyum bahagia di atas pelamin. Sempat lagi menjeling Isya yang berada di sebelahnya.

"Sayang, thanks jadi isteri abang. Abang rasa bahagia sangat."bisik Tengku Irham kepada Isya.

"Awak ni. Saya penat dah nak senyum. Lambat lagi ke awak?"jawab Isya.

"Bukan awak la sayang. Panggil abang. Sebelum ni sayang okay je panggil abang. Bukan sayang tak pernah panggil abang."tegur Tengku Irham yang mahu dirinya dipanggil abang oleh Isya.

"Eh mana ada la. Awak ni. Mana pernah saya panggil awak abang. Awak ni mimpi ke?"Isya yang mahu mengelak.

"Sayang ingat tak masa kita beli cincin kahwin hari tu? Sayang lupa la tu. Sayang ingat balik."balas Tengku Irham lagi.

"Abang, kak Isya, takkanlah atas pelamin pun nak gaduh. Ish malulah. Nanti orang dengar. Pengantin bergaduh atas pelamin. Belum apa-apa lagi dah bergaduh." Tengku Rania cuba memberhentikan perang mulut Isya dan Tengku Irham kerana risau jika ada orang lain mendengar.

Wilson yang mendengar teguran Tengku Rania kepada pasangan pengantin memberi thumbs up kepada Tengku Rania.

Isya da Tengku Irham hanya tersenyum dan berhenti daripada perang mulut.

"Lepas ni you all ada banyak masa untuk perang mulut lagi. Nak perang jangan atas pelamin. Nanti tunggu tetamu balik."tambah Wilson lagi.

"You ni Wilson sama saja dengan Rania. Dah jom turun pelamin. Kita makan beradab pula."ajak Tengku Irham.

Selepas bersanding kini tiba pula makan beradab kepada kedua keluarga. Keluarga Datuk Michael dan keluarga Tengku Razif kini makan bersama.

Makan sudah selesai dan kini ucapan setiap wakil keluarga kepada pasangan pengantin. Dimulakan dengan Tengku Razif, Datuk Michael dan kemudiannya Alex.

"Wah tak sangka kau Isya. Aku ingatkan lepas bapak kau mati, kau hidup susah. Rupanya sangkaan aku meleset. Alex pula aku tak sangka boleh berbaik dengan Isya ni sampaikan Datuk Michael dan Datin Mery boleh dipanggil Daddy dan Mummy. Hebat betul kau Isya. Kau tunggulah. Setakat mana kau boleh bertahan."bisik hati Farhana yang geram melihat perubahan hidup Isya.

Peristiwa dua belas tahun dahulu seperti tidak meninggalkan kesan kepada hidup Isya. Isya kelihatan seperti amat bahagia manakala kehidupan Farhana yang kelihatan amat resah dengan perubahan hidup Isya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now