Kini mereka sudah berada di Korea. Suasana winter dan sesuai untuk mereka berhoneymoon. Suasanan romantik di Korea menjadikan honeymoon Tengku Irham dan Isya bertambah manis.
"Abang, Isya nak cari strawberry la. Nak beli banyak-banyak. Boleh makan dekat hotel."lincah mata Isya mencari gerai buah-buahan di kawasan Myeondong.
"Sayang, jangan tamak. Kita lama lagi dekat sini. Banyak lagi tempat ada jual strawberry. Sayang nak beli banyak buat apa? Mengidam ke? Kalau mengidam tu abang memang akan beli banyak untuk sayang. Ni apa-apa pun tak jadi lagi takkan sayang dah mengidam."usik Tengku Irham.
"Abang ni. Gatal tau. Takkan tunggu mengidam baru boleh makan. Strawberry korea is the best tau. Manis. Isya suka. Dulu masa Isya pergi Korea Isya dan Irma beli banyak tau strawberry."beritahu Isya lagi.
Tengku Irham hanya mengikut sahaja kehendak Isya. Dia tau Isya sangat suka dengan buah-buahan. Jika dapat makanan yang dia suka, makanan lain Isya takkan sentuh.
Selepas mereka pergi ke Myeondong mereka balik ke hotel.
"Sayang, bila sayang nak cerita pasal diri sayang dekat abang. Kata nak cerita."Tengku Irham menarik tangan Isya ke katil mereka.
Isya hanya menurut. Kini mereka berada di atas katil.
"Apa yang abang nak tahu pasal Isya?"
"Apa yang sayang nak beritahu abang? Abang dengar je."
"Abang, Isya nak tanya. Abang dengan Farhana tu macam mana ya? Isya tengok macam Farhana tu minat dekat abang je? Kenapa abang tak terima je Farhana dulu?"tanya Isya.
"Sayang, sayang cemburu ke dengan Farhana. Abang dengan Farhana tu cuma kawan je. Ye lah dulu abang dekat London, Farhana tu selalu dengan abang. Baik dan juga ringan tulang bantu abang. Kalau abang rindu nak makan makanan Malaysia, dia rajin masak untuk abang. Cuma sebagai kawan rapat. Abang tak pernah terfikir untuk suka lebih dari seorang kawan pun. Bila majlis kita dah tetap then kawan-kawan FB abang ramai pula yang update status mereka dekat FB. So abang jemputlah terus dekat FB. Itu je sayang. Okay now abang nak tanya sayang. Kenapa sayang tak rapat dengan Farhana? Sepanjang abang kenal Farhana pun Farhana tak pernah sebut pasal sayang. Ada apa-apa ke yang abang perlu tahu?"selidik Tengku Irham. Soalan yang sentiasa menjadi tanda tanya selepas perjumpaan semasa majlis perkahwinan Tengku Irham.
"Abang, banyak perkara mengenai Farhana dengan Isya yang abang perlu tahu dan Isya tak tahu sama ada abang akan percaya Isya ataupun tidak. Tapi Isya tetap akan cerita juga pada abang.
Satu demi persatu peristiwa bercerita kepada Tengku Irham. Bermula dari Farhana, Nabila dan Zarina. Kemudian Isya cerita pula mengenai Alex dan Rayyan kepada Tengku Irham. Tengku Irham hanya mendengar cerita Isya. Sungguh dia tidak menyangka perangai Farhana sebegitu.
"Sayang, betul ke Farhana jahat sampai macam tu? Abang rasa tak percaya pula. Tak sangka sanggup dia buat isteri kesayangan abang ni jadi macam ni. Selama abang kenal Farhana, tak pula dia macam tu."
"Isya tau abang mesti tak percaya kan. Terpulang pada abang samada abang nak percaya ataupun tidak. Isya cuma cerita apa yang sudah jadi. Andai satu masa abang rasa Isya ni dah tipu abang atau abang dah percaya dekat Isya, Isya dengan rela hati undur diri."
"Eh kenapa sayang cakap macam tu. Abang tak cakap pun abang tak percaya dekat sayang. Abang sayang sangat dengan isteri abang ni. Takkan ada pengganti yang lain. Percayalah sayang. Abang akan tetap sayang sayang. Terima kasih sebab sayang sudi terima abang dan ceritakan pasal diri sayang pada abang."
"Bagi Isya kepercayaan tu penting dalam satu hubungan. Isya tak tau apa yang akan jadi pada masa hadapan tapi andai kata suatu hari nanti abang sudah tak percaya pada Isya, Isya dengan rela hati lepaskan abang."
"Sayang, jangan sesekali sayang fikir nak tinggalkan abang. Bukan senang abang nak dapat sayang. Sayang, janganlah cakap macam tu. Kita baru je kahwin berapa hari tapi sayang dah cakap pasal nak tinggal abang pula. Sampai hati sayang ni cakap pasal pisah masa mood honeymoon kita."rajuk Tengku Irham.
Isya bukan tidak kasihan dengan Tengku Irham tapi dia cuma ingin meluahkan perasaannya. Memang nampak kejam bila seorang isteri sanggup bercerita pasal perpisahan di waktu bulan madu mereka tetapi itulah yang dia perlu beritahu Tengku Irham.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...