CHAPTER 41

5.4K 163 3
                                    

Farhana bengang kerana awal pagi lagi diserang oleh Tengku Irham. Sibuk menyuruh dia mengaku perbuatannya. Memang tidaklah untuk Farhana mengaku.

"You fikir betul-betul Irham. Kalau I nak perangkap you bukan macam ni caranya. I pun tak ada masa lah nak intip you. Buat apa susah-susah I nak hantar orang intip you. Lagi-lagi nak ambil gambar I dengan you. Entah-entah Isya sendiri yang intip you then tuduh I. You kenal sangat ke dengan Isya tu? Takkan. I lagi kenal Isya dari you. Bukan setakat you je lelaki yang tergila-gilakan Isya. Rayyan pun masih sama sayang dekat Isya. You tau ke apa yang Isya buat dekat luar sana tu? Sibuk you nak tuduh-tuduh I. Daripada you tuduh I, I rasa lebih baik you check isteri you tu. Apa yang dia buat dekat luar sana tu."hasut Farhana. Dia meninggalkan Tengku Irham begitu sahaja malah dia berjaya memanipulasikan keadaan.

"Padan muka kau Isya. Kau ingat aku takut. Kau suruh suami kau serang aku ya. Kau tengoklah lepas ni apa yang jadi.hahahaha..."omel Farhana sendirian di dalam kereta dan gelak jahat.

Tengku Irham mula terhasut dengan kata-kata Farhana. Telefon di tarik dan mendail nombor telefon Isya.

"Assalamualaikum abang. Kenapa abang call Isya ni?"tanya Isya.

"Waalaikumsalam...sayang dekat mana ni? Saja abang rindu dekat sayang."

"Sayang dekat bilik ni. Kalau rindu balik lah. Abang nak makan apa? Isya masak untuk abang special."lembut dan manja suara Isya.

"Abang nak makan sayanglah."balas Tengku Irham.

"Gatal abang ni."

Mereka berdua tergelak. Tengku Irham balik ke biliknya dengan hati gembira manakala Isya pula sibuk menyiapkan makanan tengahari untuk Tengku Irham. Hari ini kelasnya batal. Untuk hari ini cuma ada satu kelas saja. Jadinya hari rehat bagi Isya. Segala thesis juga sudah siap.

Isya sibuk berbual di telefon semasa Tengku Irham melangkah masuk ke bilik. Sungguh rancak hinggakan tidak dengar Tengku Irham masuk.

"Okaylah. Thanks for the biggest suprise. Love you and miss you!!! Muah muah muah....assalamualaikum." Isya mengakhiri perbualan dengan si pemanggil.

"Opocot!!" Terkejut Isya dengan kehadiran Tengku Irham yang tiba-tiba. Isya mengurut dadanya kerana terkejut.
Muka Tengku Irham monyok dan masam.

"Abang dah lama balik? Kenapa muka monyok dan masam ni. Ni abang ni mesti salah faham ni. Tadi Isya bercakap dengan Irma lah. Tak percaya?" Isya tau suaminya cemburu. Dihulur telefon bimbitnya dan meminta Tengku Irham memeriksa data panggilan masuk. Tertera nama Irma. Muka ceria kembali.

"Sayang ada berita happy nak share dengan abang. Irma pregnant 3 months dah. Surprise!!! Happy tak abang dengar?"tanya Isya yang kelihatan sungguh gembira.

"Alah ingat Sayang nak cakap yang sayang pregnant. Kalau sayang pregnant lagi abang happy."balas Tengku Irham dan dalam masa yang sama berharap dia juga dikurniakan rezki untuk memperoleh anak.

"InshaAllah....ada rezki kita nanti."jawab Isya.

Oleh kerana terlalu gembira pelbagai rancangan yang dirancang oleh Isya yang tak sabar untuk menerima anak buah. Gembira tak terkira. Tengku Irham juga turut gembira.

Disebabkan kata-kata Farhana, Tengku Irham telah menaikkan gaji Zamri. Kini Zamri mempunyai tugasan khas. Zamri menerima manfaat yang lebih. Bukan setakat gaji dan duit khas yang di terima daripada Farhana dan kini dia di bayar lebih khas untuk mengintip gerak geri Isya. Zamri juga sempat melaporkan kepada Farhana mengenai berita tersebut.

"Tahniah Zamri. Tak sia-sia aku bayar kau. Kau pun dapat manfaat lebih."ucap Farhana kepada Zamri.

"Habislah kau Isya. Lepas ni Irham akan tengok kelakuan kau yang baik tu!" Hahahaha...

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now