Sudah seminggu Isya dan Datuk Michael kembali ke kota London. Tengku Zakiah dan Tengku Rania kerap berhubung dengan Isya melalui aplikasi skype. Hubungan mereka juga semakin rapat. Malah sering bertukar gambar. Tengku Zakiah pula kerap bertanya perkembangan cicitnya.
"Amboi mak, makin galak lagi saya tengok mak ni sekarang. Ke mana sahaja dengan ipadnya."tegur Tengku Raziff yang hairan melihat perangai maknya.
"Rania pun sama! Dah ada boyfriend ke? Boleh kenalkan dengan Papa."usik Tengku Razieff pula kepada Tengku Rania namun tiada balasan.
"Mak rindu dengan cicit mak! Nak tengok tak gambar cucu kamu? Comel tau!"pancing Tengku Zakiah. Ipadnya dihulurkan kepada Tengku Razieff.
Terkejut Tengku Raziff melihatnya. Penuh dengan gambar anak Isya.
"Mana mak dapat gambar-gambar ni semua? Bila masa mak ambil gambar dengan Cicit mak? Mak jumpa dengan Isya?"soal Tengku Razieff lagi.
"Aah. Mak jumpa dengan cicit mak. Isya tu masih sama lagi Razieff. Cuma dia masih terkesan dengan cara layanan Irham dulu. Mak faham perasaan dia. Dia yang minta mak rahsiakan perjumpaan kami. Hari tu mak pergi. Rania pun ada sekali."beritahu Tengku Zakiah.
"Sampai hati mak pergi tak ajak Suraya. Kalau Suraya tahu Suraya pun nak juga main dengan cucu Suraya."celah Tengku Suraya yang terdengar perbualan mereka di ruang tamu.
Tengku Irham juga terpancing apabila mendengar mamanya bercakap mengenai cucu. Itu bermakna bercakap mengenai anaknya.
"Opah dengan Rania jumpa anak Irham ke?"tanya Tengku Irham tiba-tiba.
"Aah. Nak tengok ke gambar anak abang?"Tengku Rania menyerahkan Ipadnya pula kepada Tengku Irham.
"Macam mana adik dapat gambar-gambar ni? Gambar bila ni?"tanya Tengku Irham lagi.
"Ada gambar baru dan ada gambar lama. Adik minta kat kak Isya. Video pun ada kalau abang nak tengok. Anak abang tu mulut macam bertih goreng. Geram Adik tengok. Bercakap je. Abang tengoklah video masa adik jumpa Ishal."Tengku Rania menunjukkan videonya bersama Tengku Adam Ishal. Terubat rindu Tengku Irham. Sempat dia mengambil video Ishal bersama Rania dan dipindahkan masuk ke telefon bimbitnya. Terdapat juga gambar-gambar Isya bersama anaknya. Sungguh cantik.
Tengku Irham naik semula ke biliknya. Digunakan masa tersebut untuk dia bersendirian. Gambar Isya dan Tengku Adam Ishal direnung.
"Comelnya anak Papa ni. Muka macam mama dah."puji Tengku Irham sendirian.
Tengku Irham kini mempertingkatkan usahanya mencari punca rumah tangganya runtuh. Dia akan cuba pikat Isya semula.
Tengku Razieff kini berhubung dengan Zarina untuk mengetahui perkara sebenar mengenai kehidupan Isya. Dia telah menjemput Zarina datang ke rumahnya hari ini. Dia juga berpesan kepada Zarina supaya merahsiakan perjumpaan ini daripada Farhana dan sesiapa sahaja. Dia mahu menyiasat semula kes penceraian Tengku Irham. Kalau dulu dia ambil berat kes ini mungkin tidaklah Isya dan Tengku Adam Ishal berjauhan daripada mereka.
Loceng rumah berbunyi menandakan tetamu yang dinantikan tiba. Tengku Suraya pula menyiapkan makanan tengahari memandangkan Tengku Razieff menjemput Zarina untuk makan tengahari bersama.
Dijemput Zarina masuk dan kini semua sudah berada di meja makan. Terhidang pelbagai lauk pauk. Tengku Irham juga ada sama.
"Makanlah Zarina. Jangan malu-malu."suruh Tengku Suraya.
"Terima kasih Tengku sebab jemput saya."balas Zarina.
Masing-masing makan. Tiada soalan serius yang mereka tanyakan di meja makan. Bagi mereka tidak sopan bercakap perkara serius semasa makan. Hanyalah cerita-cerita biasa sahaja.
Habis makan mereka bersembabg di ruang tamu. Tengku Suraya meminta Zarina menceritakan tentang kehidupan Isya semasa mereka masih bersama. Cerita yang diceritakan oleh Zarina sama seperti Isya ceritakan kepada Tengku Irham.
"Isya memang seorang yang tabah. Ina juga bersyukur sebab Isya tidak bersendirian lagi. Sekurang-kurangnya Isya mempunya sebuah keluarga sekarang ni. Keluarga Alex memang baik dengan Isya. Tak banyak yang Isya ceritakan pada saya Tengku. Cuma apa yang pasti kes penceraian ini ada kaitan dengan Farahana. Dia cemburu melihat hidup Isya. Kalau dulu Rayyan dan sekarang Tengku Irham."beritahu Zarina kepada Tengku Zarieff.
"Apa maksud awak dengan saya?"tanya Tengku Irham lagi.
"Yelah. Dulu masa sekolah Isya berkawab dengan Rayyan. Jadi dia anggap Isya rampas Rayyan dalam diam. Macam kes Tengku Irham dengan Isya. Dia yang jumpa Tengku Irham dulu tapi Isya yang berkahwin dengan Tengku Irham. Jadi kalau dulu dia tak dapat Rayyan tapi sekarang dia nak dapatkan Tengku Irham. Tengku masih ingat dengan Zamri?"tanya Zarina lagi.
"Zamri? Mesti saya ingat. Saya yang upah Zamri dulu untuk laporkan apa yang Isya buat dulu."jelas Tengku Irham.
"Kalau Tengku nak tahu Zamri adalah orang Farhana. Sampai sekarang Zamri bekerja dengan Farhana. Mesti Tengku Irham pelikkan macam mana saya tahu? Saya sekarang duduk satu rumah dengan Bella atau Nabila dan Farhana. Farhana menyewa dengan kami. Cuma dia duduk situ bila dia stress atau bermasalah saja. Segala hal Farhana banyak yang saya tau. Cuma mereka saja tak tahu saya berhubung dengan Isya."jelas Zarina lagi.
Mengelegak rasanya hati Tengku Irham apabila mendengar. Sungguh dia tak sangka Zamri salah satu orang Farhana.
"Saya harap Tengku jangan bertindak kasar dengan Farhana. Tengku kumpul bukti Tengku dulu."cadang Zarina kepada Tengku Razieff.
"Itulah Irham. Lain kali dengar betul-betul apa yang Isya nak cakap. Kalau dengar ikut otak dan akal dulu kan tak jadi macam ni. Silap-silap anak dah dua tiga orang dah."marah Tengku Zakiah.
Tengku Irham hanya mendiamkan diri. Memang salahnya. Apabila teringat layanan dia terhadap Isya pada kali terakhir sebelum dia ceraikan Isya, memang tak terkata teruknya. Maruah Isya dipijak-pijaknya. Terasa kesal. Namun segalanya tidak boleh diulang kembali. Dia perlu segera memujuk Isya.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...