CHAPTER 52 REV 1

3.2K 129 2
                                    

Kedatangan Tengku Irham ke pejabat Isya merupakan satu peluang yang baik. Baginya tiada marah lagi dan dendam yang perlu disimpan. Semuanya dia sudah lupakan demi kehidupan baru yang ingin dicipta Isya. Farhana pula seperti cacing kepanasan yang tidak berhenti untuk mencari jalan.

"Siapa call awak? Farhana?"Isya yang mendengar Tengku Irham menyebut nama Farhana ketika menyambut panggilan si pemanggil.

"Yup. Farhana. Kenapa? Awak cemburu?"tanya Tengku Irham.

"Nope. Tak kuasa nak cemburu dengan Farhana. Saya rasa saya dah cukup apa yang saya ada. Ishal buah hati saya. Datuk Michael dan Datin Merry ialah parents saya sekarang. Alex sebagai abang saya dan Irma sebagai adik saya. Saya dah cukup semuanya dan tak perlukan sesiapa lagi."balas Isya dengan senyuman manis.

"Tapi awak tak ada suami. Pelengkap diri awak. Ayah kepada Ishal?"sengaja Tengku Irham bangkitkan isu itu.

"Salah. Ishal beruntung sebab ramai yang sudi jadi papa dan daddy dia. Awak ayah kandung dia, Alex dan Tengku Ikram juga Papa angkat Ishal. Selain itu, Alvin dan Desmond pula sahabat baik Ishal. Cuba awak tengok kat luar tu. Ishal happy di samping Desmond dan Alvin. Dia juga seorang anak yang baik."puji Isya kepada anaknya.

"Awak tak nak kahwin lagi ke Isya?"soal Tengku Irham.

"Untuk sekarang tak lagi. Kalau saya nak dah lama saya kahwin dengan Tengku Ikram."sengaja Isya bangkitkan nama Tengku Ikram.

"Maksud awak?"Tengku Irham ingin tahu.

"Masa saya pregnant dulu tak pernah sekali pun dia tinggalkan saya selain Daddy. Mereka berdua sentiasa di samping saya. Saya betul-betul hargai persahabatan yang dihulurkan oleh Tengku Ikram malah beri kasih sayang pada Ishal. Sebab tu saya cakap Ishal bertuah. Sentiasa disayangi. Saya cuma cemburu tengok Ishal je. Kalau Farhana tu, saya sikit pun tak cemburu."balas Isya bersahaja.

"Awak tak cemburu ke Farhana dekat dengan saya?"duga Tengku Irham.

"Farhana tu taklah. Sebab awak sendiri yang pilih untuk tinggalkan saya. Awak sendiri yang pilih Farhana. Kenapa saya nak cemburu? Lagipun saya dah ada Ishal. Cukuplah. Bersyukur dengan apa yang saya ada. Betul tak?"jelas Isya lagi.

"Takkan awak nak biarkan Ishal tak ada adik beradik lain? Seorang je cukup ke?"soal Tengku Irham lagi.

"Irham, kalau nak anak lebih, saya boleh tambah lagi. Boleh ambil anak angkat. Bukan dengan kahwin je boleh dapat anak. Ish, ni dah jauh menyimpang topik kita ni. Dahlah. Lupakan pasal tu. Anyway just move on okay!"Isya cuba kembali kepada topik utama.

Mahu tidak mahu Tengku Irham kembali kepada tujuan asal. Sebenarnya tujuannya adalah untuk merapatkan lagi hubungannya dengan Isya. Kerja cuma salah satu alasan untuk berjumpa dengan Isya.

Selepas satu jam mereka berbincang, Desmond mengetuk pintu bilik Isya.

"Isya, have you done? Your sweetheart  already missed you!"kata Desmond sambil memberikan senyuman.

"Yes, Desmond. Bagi dia masuk!"balas Isya. Laju saja Tengku Adam Ishal memdapatkan uminya.

"Kiss umi dulu cepat!"suruh Isya. Cepat saja dia memeluk uminya dan memcium pipi dan dahi Isya.

"Umi, jom tengok baby Mummy Stephanie! Abang nak tengok adik!"ajak Tengku Adam Ishal.

"Amboi, dah jadi abang ye?"tanya Isya kepada Tengku Adam Ishal. Cepat saja Tengku Adam Ishal mengangguk.

"Sayang, pergi salam Papa kat sana!"suruh Isya. Tanpa membantah Tengku Adam Ishal bersalam dengan Tengku Irham.

"Pandai sayang Papa ni! Ishal tak nak adik ke?"sengaja dia bertanya kepada Tengku Adam Ishal untuk menarik perhatian Isya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now