Chapter 72

3K 112 2
                                    

"Dear, tidur rumah I malam ni.."ajak Daniel.

"Malam ni tak boleh. Papa I ada dekat rumah. I kena balik rumah. Esok malam I tidur dengan you ya."pujuk Farhana.

Daniel hanya mengangguk. Cukuplah Farhana yang tidak menolak kehadirannya. Dia akan menggunakan masa yang ada untuk memikat Farhana. Dia tahu Farhana juga ada menyimpan perasaan terhadap dirinya. Mana mungkin dia mahu terlepas daripada mengetahui perasaan Farhana. Tidak dapat dilupakan bagaimana muka Farhana apabila dia bersembang lama dengan Isya tadi.

Tengku Irham pula panas hati dengan Isya. Kata mahu kelur berjumpa dengan supplier bersama Alex tadi tetapi boleh pula bersembang lama dengan Daniel. Sepanjang perbualan Isya dan Daniel pula bibir Isya tidak lekang dari senyuman dan gelak tawa. Tengku Irham hanya melihat Isya dari jauh. Entah kenapa hari ini dia mahu mengekori Isya tadi.

"Sayang, cakap dengan abang macam-mana sayang boleh jumpa dengan Daniel? Abang tahulah Daniel tu lagi kaya dari abang. Dahla anak jutawan pula tu. Nama pun ada."soal Tengku Irham.

"Sudahla tu abang. Dah jom kita tidur. Ni nak tidur pukul berapa ni? Tak habis lagi ke pasal Daniel ni. Kan Isya dah beritahu abang. Malas Isya nak ulang-ulang lagi. Isya bukan siaran Astro yang selalu ulang tayang cerita. Kalau abang tak percaya, abang tanyalah dengan Alex dan Desmond. Kalau Isya nak pikat Daniel tu taklah Isya kahwin dengan abang."beritahu Isya lagi.

Malas Isya mahu melayan cemburu Tengku Irham. Makin dilayan makin banyak pula soalan yang keluar dari mulut Tengku Irham. Sudahnya Isya tidur berpeluk bantal peluk.

Tengku Irham pula dek kerana cemburu terus datang ke rumah Datuk Michael kerana mahu berada berdekatan dengan Isya. Pelbagai soalan yang mahu ditanya kepada Isya tapi tiada satu pun yang dilayan oleh Isya. Penat Isya menjelaskan perkara sebenar tetapi tiada satu pun yang berjaya diterima oleh Tengku Irham.

Alex melihat keadaan Tengku Irham. Alex dapat menghidu cemburu Tengku Irham. Sudah pasti cemburu mengenai Daniel. Bukan Alex tidak nampak siang tadi Tengku Irham ada mengekori Isya tetapi sengaja dia buat tidak nampak kelibat Tengku Irham.

"Bro, relax la. Isya dengan Daniel tu bukan ada apa-apa pun. Daniel tu dengan Farhana. Takkan masih tak percaya dengan Isya tu. Bukan senang dia mahu terima lelaki dalam hidup dia. Tengku Iqram pun dia anggap hanya sebagai kawan. Daripada si Daniel tu lebih baiklah Isya pilih Iqram yang selalu beri semangat pada Isya."dalam menenangkan Tengku Irham sempat lagi Alex mengusik.

"So you nak cakap Iqram lagi better dari Daniel? You ni patut berpihak pada I tau. Bukannya Iqram atau Daniel tu."sakit pula hati Tengku Irham.

"You ni Irham. You patut percaya pada Isya. Kalau you tak percaya then nanti jadi macam dulu lagi. You nak ke? Tak serik lagi ke? Tak faham I ni dengan you. Sudahlah. Malas I layan you. Lebih baik I pergi layan wife and anak I. Rumah tangga you, you fikirlah sendiri. Satu lagi, next time kalau nak spy wife sendiri agak-agaklah. Macam I tak perasan you siang tadi. Desmond pun boleh perasan you siang tadi. Good night!!"Alex meninggalkan Tengku Irham sendirian. Malas dia mahu melayan Tengku Irham.

Kata-kata Alex memberi kesan kepada Tengku Irham. Betullah apa yang diperkatakan oleh Alex. Dia patut percaya Isya tetapi perasaan cemburunya tidak dapat dibendung. Dia sendiri sudah tahu Daniel bersama Farhana tetapi akal dan emosinya tidak dapat berfikir selari.

"Bodohnya aku ni! Aku dah tahu Isya tak mudah tergoda tapi entah kenapa aku tetap rasa cemburu. Aku pun dah kahwin dengan Isya. Isya pun dah jadi wife aku!"Tengku Irham bercakap sendirian.

Datuk Michael yang tadinya sudah masuk bilik pula turun kerana haus. Terpandang pula Tengku Irham yang sedang bercakap sendirian.

"Irham, buat apa tu? Bercakap dengan siapa?"tanya Datuk Michael pelik sambil melihat keadaan sekeliling.

"Tak ada siapa Daddy."Tengku Irham malu dan tersenyum.

"Sudah! Pergi masuk tidur. Bahaya cakap seorang diri."marah Datuk Michael yang tidak suka melihat Tengku Irham yang cakap sendirian.

Tengku Irham pula malu dengan sikapnya. Difikirnya semua sudah masuk tidur. Mahu tidak mahu dia masuk ke biliknya semula. Datuk Michael pula menggeleng kepala dengan sikap menantunya itu.

Isya pula sudah lena tidur. Tengku Irham kini berfikir cara bagaimana mahu orang lain tahu yang Isya sudah menjadi isterinya semula. Dia sudah tidak mahu Isya menjadi isteri rahsia sedangkan Isya adalah buah hatinya dan sentiasa akan menjadi buah hatinya. Esok dia akan berbincang dengan Isya tentang hal ini. Dia sudah tidak tahan dan tidak sanggup memikirkan jika Isya bersembang mesra dengan lelaki lain. Perasaan cemburunya akan sentiasa ada.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now