Chapter 83

2.8K 108 1
                                    

Sudah lama Farhana tidak menjejakkan kakinya ke kelab malam. Begitu juga dengan Daniel. Nabila ataupun Bella pula berbeza. Dia memang sukakan kebebasan begitu. Kalau boleh setiap malam dia akan pergi ke sana.

"Adam, kau nampak Hana dan Daniel tak? Aku dah lama tak nampak mereka berdua ni."tegur Nabila kepada Adam.

Adam adalah teman tapi mesra kepada Nabila.

"Tak. Mereka dah insaf kot. Biarlah. Yang penting kau ada."Adam senyum gatal.

Nabila memang sukar diubah. Tidak sukakan nasihat. Sebab itu dia tidak kisah akan Isya dan Farhana. Sebelum ini dia hanya menggunakan Farhana untuk kepntingannya. Jadi banker dan juga supporter untuk dia berseronok tetapi sekarang berbeza. Disebabkan Farhana, Nabila banyak mengenali orang yang lebih berpengaruh dan lebih kaya. Jadi, dia sudah tidak kisah akan ketiadaan Farhana.

Teruk betul si Nabila. Hanya mencari kawan untuk berseronok. Hidupnya tidak pernah rasa susah kerana sekarang sudah dikelilingi orang yang mampu melayan kehendaknya.

"Hai Hana, lama dah kau tak lepak kat kelab? Kenapa? Dah mula baca al-Quran pulak ke kat rumah?"Nabila senyum sindir kepada Farhana. Sengaja dia datang ke rumah Farhana. Hanya mahu menyakitkan hati Farhana.

"Kau mulut jaga sikit Bella! Aku tak benarkan kau kacau hidup Hana lagi!"marah Daniel.

Terkejut juga Farhana mendengarnya. Tidak pernah Daniel marah tetapi kali ini lantang sahaja dia marah Nabila. Farhana tidak kisah jika Daniel mahu menghalau Nabila sekalipun daripada rumahnya. Dia juga sudah tidak tahan dengan perangai Nabila. Nabila sudah tidak terkawal. Betul kata Isya, dia perlu menjauhi Nabila. Nabila sudah tidak boleh hendak diperbetulkan lagi. Hidupnya yang terlalu bebas.

"Kau ingat aku kisah sangat kalau tak datang sini? Sudahlah. Mulai hari ni aku takkan jejakkan kaki kat sini. Jangan lupa rajin-rajinlah buka al-Quran tu yer..."Nabila sempat lagi menyindir.

Daniel dan Farhana hanya melihat Nabila menuju ke pintu untuk keluar.

"Satu lagi, tak elok berdua-duaan. Nak aku tolong tak? Aku boleh tolong panggilkan orang pejabat agama. Cepat sikit kamu berdua kahwin! Hahahah.."Nabila gelak jahat. Dalam hatinya memang sudah terlintas mahu memanggil orang dari pejabat agama supaya Farhana dan Daniel ditangkap khalwat.

Daniel cepat tangkap niat Nabila. Dia sengaja melihat Nabila keluar daripada rumah Farhana. Sebenarnya kedatangannya hari ini adalah mahu membawa Farhana berjumpa keluarganya. Dia mahu mempercepatkan perkahwinannya. Dia tidak mahu anaknya tidak berbapa. Masih sempat lagi untuk dia selamatkan anaknya.

"Sayang, pergilah siap. I tunggu dekat luar. At least kalau si Bella tu kecewa bila orang dari pejabat agama datang. You pun bukan tak tahu perangai tak betul si Bella tu."lembut sahaja Daniel bercakap dengan Farhana.

Farhana kini tidak sekeras dulu. Isya banyak mengajarnya. Dia juga sudah sedar. Kehadiran anak yang dikandungnya banyak mengubah hala hidupnya.

Datuk Zainal iaitu Ayah Daniel dengan senang menerima kehadiran Farhana. Begitu juga dengan Datin Zahra. Mereka sedar semua ini kesalahan daripada mereka. Tiada masa untuk menjaga anaknya dan terlalu sibuk dengan kerja sehingga lupa tanggungjawab. Mereka juga tahu Farhana sudah berbadan dua.

"Hana, Papa dah berbincang dengan ayah Hana. Papa pun dah tetapkan tarikh nikah. Minggu depan kita buat majlis nikah dulu. Lagipun lagi cepat lagi bagus. Nanti baby dah besar, susah pula nanti nak bagi status dekat baby tu."beritahu Datuk Zainal.

Semenjak mereka tahu kewujudan bakal cucu, mereka mahu mempercepatkan apa yang patut. Tengku Razief juga ada memberi cadangan kepada Datuk Zainal. Datuk Zainal juga dengan senang hati menerima nasihat Tengku Razief.

Kisah hidup Daniel dan Farhana tidak ramai yang tahu. Kewujudan baby yang dikandung Farhana juga tidak diketahui yang lain. Hanya keluarga Datuk Michael, keluarga Tengku Razief dan juga keluarga Daniel sahaja yang mengetahuinya.

Nasib Farhana baik kerana Nabila tidak mengetahui kewujudan bayi yang dikandung oleh Farhana, jika tidak sudah tentu perkara tersebut akan dicanang oleh Nabila.

Isya yang mengetahui tentang perkembangan hidup Farhana kini bertambah gembira. Dia tidak perlu berasa risau lagi seperti sebelumnya namun khidmat Desmond dan Alvin masih diperlukan.

"Sayang, kenapa senyum sendiri ni? Tak baik tau! Nanti Desmond tengok dia ingat sayang ni stress pulak. Tak pun tekanan perasaan."usik Tengku Irham.

Cepat sahaia tangan Isya membaling bantal hiasan sofa di bilik mereka ke arah Tengku Irham. Tengku Irham pula tergelak melihat Isya walaupun bantal tersebut terkena pada badannya. Tepat balingan Isya mengena pada Tengku Irham.

"Abang, next week Isya kena pergi Johor. Ingat nak singgah rumah Irma. Rindulah dekat Irma."beritahu Isya.

"Abang ikut sekali. Abang pun nak jumpa dengan anak-anak buah abang tu. Bestkan sayang anak ramai. Irma pun anak dah empat orang. Kita ni anak satu je...."Tengku Irham mencuba nasib. Mana tahu Isya memberi respon positif.

Isya hanya tersenyum. Dia tahu Tengku Irham mengharapkan anak lagi. Sengaja dia buat tak tahu. Bukan itu sahaja, apabila Tengku Irham membuka topik pasal anak dan dengan begitu cepat Isya cuba mengalih topik.

"Sorry abang."Isya hanya mampu berkata di dalam hati.

Farhana dan Daniel dengan cepat segala persiapan sudah tersedia. Begitulah kelebihan keluarga berada. Persiapan sudah siap dalam masa singkat. Datin Zahra mempunyai kenalan. Jadi semuanya siap dengan pantas.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now