CHAPTER 80

3.2K 109 6
                                    

Daniel hanya melihat Farhana dari jauh sahaja. Sejak peristiwa Farhana mengamuk hari itu, Farhana telah mengugut Daniel. Daniel hanya mengikut kehendak Farhana sementara dia menjalankan rancangan bersama Tengku Irham dan Alex.

"Daniel, how she now? Ada apa-apa perubahan?"tanya Tengku Irham. Kini Tengku Irham dan Alex bertambah akrab demi menjalankan rancangan mereka.

"I rasa kita kena jalankan rancangan tu secepat mungkin. Risau nanti dia makin jauh dari I."balas Daniel lagi.

"You dah bersedia ke? Nanti apa pula kata family you. You tak takut akan merosakkan reputasi you?"tanya Alex lagi.

"Nak tak nak I dah buat pun. I kena tanggung semua ni. I tak nak apa-apa jadi pada anak I nanti. Farhana dah ugut nak gugurkan kandungan tu. Sebelum apa-apa jadi better kita cepatkan rancangan kita.

Farhana kini telah disahkan mengandung anak Daniel. Sayangnya Farhana amat marah pada kandungan itu. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh tersasar. Mungkin juga sebab dia terlalu sibuk memikirkan hal Isya dan Tengku Irham sehingga terlupa akan dirinya.

Tanpa jangkaan dan juga perancangan, Isya berjumpa dengan Farhana. Daniel, Alex dan juga Tengku Irham terkejut apabila hal tersebut diberitahu oleh Desmond. Alvin kini ditugaskan lebih kerap bersama Tengku Adam Ishal. Desmond sentiasa setia bersama Isya. 

"Desmond, jom ikut I. I ada janji dengan kawan I dekat Taman Putrajaya."ajak Isya 

"Sejak bila Isya ada kawan dekat Putrajaya. Kenapa jauh sangat? Related business?"tanya Desmond lagi untuk kepastian.

"You kenallah Desmond. Jomlah. I saja nak jumpa dia. Nanti you tahu I jumpa siapa dekat sana."beritahu Isya lagi.

Desmond ada memberitahu Tengku Irham dan Alex mengenai hal tersebut. Isya terlebih dahulu telah memberitahu Tengku Irham bahawa dia ingin keluar berjuma dengan kawannya. Tengku Irham pula sejak membuat perancangan bersama Daniel dan Alex, dia kurang beri perhatian kepada apa yang dicakapkan oleh Isya. Dia dengan yakinnya berharap sepenuhnya kepada Desmond.

"Ish!!! Silap I jugak. Isya ada beritahu I dia nak keluar jumpa kawan. I tak tanya pula siapa kawan dia. Kalau I tahu I tak benarkan dia pergi jumpa Isya."Tengku Irham agak kecewa dengan sikapnya. Dia sekali lagi lalai dengan tanggungjawabnya. Sekali lagi dia membiarkan Isya. Dia takut perkara yang sama akan berulang.

"Jom kita pergi intip mereka dari jauh. Kita tak boleh biarkan. I tahu kemampuan Hana. Sebelum jadi apa-apa better kita pergi cepat."cadang Daniel yang ketika itu mereka berjumpa di Starbucks kerana mahu berbincang plan seterusnya tetapi sudah dikejutkan oleh Desmond dengan perjumpaan Isya dan Farhana.

Tanpa berlengah masa lagi, mereka menuju ke Putrajaya. Desmond ketika itu berada tidak jauh daripada Farhana dan Isya. Isya mengarahkan supaya Desmond duduk agak jauh dengan mereka. Entah kenapa semalam terdetik hati Isya untuk berjumpa dengan Farhana. Dia tidak mahu permusuhan ini berlaku berpanjangan. Dia juga sudah letih dengan pergaduhan begini. Bagi dirinya langsung tiada manfaat. Hidup dipenuhi dengan perasaan berjaga-jaga. 

"Kenapa kau nak jumpa aku Isya? Kau nak gelakkan hidup aku? Bangga dapat kasih sayang daripada Tengku Irham? Semua apa yang aku nak kau dah rampas. Tak puas lagi ke?"tanya Farhana.

"Hana, tak penat ke?"ringkas sahaja soalan Isya.

Tiba-tiba Farhana gelak.

"Kau dah kenapa? Tiba-tiba tanya pasal penat? Kenapa? Kau penat? Kalau kau penat, kau serahkan sahaja Tengku Irham dekat aku."Farhana senyum sinis.

"Cuba tanya hati kau Hana. Betul ke kau cintakan Irham? Aku rasa dah lama aku beri peluang dekat kau sebelum ni. Kenapa kau tak raih cinta dari Irham? Kenapa bila aku dah bersama Irham baru kau nak raih cinta dia? Kenapa kau suka sangat berebut dengan aku?"kali ini Isya tidak lagi  menggunakan bahasa sopan. Kini dia mula beraku kau dengan Farhana.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now