Hari yang dinantikan telah tiba. Isya dinikahkan semula bersama Tengku Irham. Tersenyum Tengku Irham melihat isterinya. Sungguh manis. Kali ini dia tidak akan sesekali melepaskan Isya.
"Sayang, terima kasih terima abang balik."ucap Tengku Irham.
"Sama-sama. Hmmm tapi Isya kene tengok prestasi abang dululah. Isya nal duduk rumah Opah seminggu. Selasa abang dah kena balik KL kan?"usik Isya.
"Eh mana boleh. Abang balik, Isya pun kena ikut."
"Abang dah lupa ke? Kan kita tak duduk sekali."Isya mengingatkan kembali.
"Abang tak kira. Sayang kena balik KL jugak."perintah Tengku Irham.
Majlis mereka hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Ini atas permintaan Isya sendiri. Tetamu yang datang hanya dalam lima puluh orang sahaja. Itupun hanya dikalangan keluarga Isya dan Tengku Irham. Tengku Razief akan adakan majlis selepas semuanya dalam keadaan selamat. Mereka bersyukur akhirnya Isya dan Tengku Irham kembali bersama.
Mereka sibuk mengusik pasangan yang baru diijabkabulkan semula. Isya pula buat tak tahu sahaja. Teruk Tengku Irham kena usik dikalangan keluarga. Tengku Adam Ishal pula sibuk bermain bersama Naila.
"Tak lama lagi dapatlah Ishal tu adik ya Tengku Zakiah. Bertambahlah cicit Tengku Zakiah."usik Pak Jalil.
"Eh Pak Jalil ni. Sempat aja ye usik Isya. Taklah Pak Jalil. Cukuplah Ishal tu seorang buah hati Isya. Tunggu Rania bagi Opah cicit lagi. Isya cukup seorang je."selamba Isya berkata begitu.
"Mana boleh sayang. Abang pun nak rasa juga jaga baby."Tengku Irham mencelah.
Isya tidak mempedulikan. Dia menuju ke dapur. Telefonnya tiba-tiba berdering. Lama juga Isya bercakap ditelefon. Tengku Irham hanya melihat dari jauh. Cemburu juga dia melihat. Siapakah yang menelefom Isya. Kedengaran Isya bercakap dalam bahasa Inggeris.
Isya menuju ke arah Datuk Michael dengan senyuman. Tengku Irham hanya melihat sahaja. Tengku Irham sibuk melayan tetamu ketika itu.
"Daddy, kita dapat projek lagi. Isya baru dapat call dari London tadi. Dari Albert, Syarikat Stenson & william. Dia nak bagi lagi projek dekat Johor. Mereka dapat projek dekat Malaysia. Dia akan hantar kontrak dekat Isya melalui email malam ni."beritahu Isya dengan gembira.
"Betul ke Isya? Wah anak Daddy ni dah hebat sekarang ni. Senang-senang je dapat Projek."puji Datuk Michael.
"Eh ni kenapa happy je saya tengok."tegur Tengku Razief.
"Papa, Isya dapat projek lagi. So lepas ni non-stoplah kita dapat Projek. Syarikat yang di London tu memang banyak projek sekarang ni. Mereka dah janji nak sub kepada syarikat kita. So lepas ni kita tak perlulah susah-susah cari projek lagi. Isya ada aimed satu company lagi dekat Singapore ni Papa. Kalau kita dapat yang ni pun Daddy dan Papa lepas ni akan busy layan projek yang tak hentilah. Isya buat Daddy dan Papa lagi sibuk."jelas Isya.
Tengku Razief dan Datuk Michael tersenyum bangga. Bertuah mereka memiliki Isya. Tidak sia-sia Isya belajar dari Datuk Michael dan Alex.
Isya tidak lupa juga dengan Tengku Irham. Dia juga berkongsi berita gembira bersama Tengku Irham.
"Lepas ni abang akan lagi sibuklah dengan Projek. Isya lupa nak beritahu abang, minggu depan Isya kena pergi ke Singapore selama seminggu."beritahu Isya.
"Sayang, kita baru je kahwin dan sekarang sayang nak tinggal abang."rungut Tengku Irham.
"Kalau abang nak ikut pun boleh. Lagipun syarikat Papa dan Syarikat Daddy kan dah joint venture. Sama je. Tapi buat masa sekarang Isya nak kita tinggal asing dulu ya abang. Kalau abang rindu Isya, abang datanglah rumah Daddy. Kita duduk rumah papa dan Daddy dulu ya. Bila dah okay sikit baru kita tinggal rumah sendiri. Isya tak nak nanti Farhana ganggu hubungan kita."jelas Isya.
Tengku Irham hanya mengangguk. Selepas pukul 4 petang tetamu sudah beransur pulang. Irma juga terpaksa pulang disebabkan ada mesyuarat penting yang terpaksa dihadiri. Disebelah petang pula keluarga Datuk Michael terpaksa pulang ke Kuala Lumpur. Tinggal keluarga Tengku Razief sahaja dan Isya.
"Ishal tidur dengan nenek dan atuk ya malam ni."pujuk Tengku Suraya yang ingin beri privasi kepada Tengku Irham dan Isya.
"Tak nak. Ishal nak tidur dengan Umi dan Papa!"Tengku Adam Ishal tidak mahu dipujuk. Tetap dengan keputusannya.
Tengku Irham cuba memujuk tetapi masih sama. Gagal. Isya malas mahu memujuk anaknya. Dia lebih suka jika anaknya tidur bersama. Masam muka Tengku Irham.
Isya masuk tidur dan cepat sahaja Tengku Adam Ishal mengikut Isya. Desmond dan Alvin juga masih berada bersama Isya. Selagi Isya tidak pulang dan bersama anaknya selagi itu mereka akan setia bersama Isya.
Isya menidurkan anaknya terlebih dahulu. Isya berada di tengah-tengah antara suami dan anaknya. Lena Tengku Adam Ishal yang tidur di sebelah Isya.
"Sayang, abang nak tanya sayang. Masa sayang mengandungkan Ishal, teruk tak morning sickness sayang?"tanya Tengku Irham. Dia mahu mengetahui kerana dulu dia telah terlepas moment yang paling dinantikannya.
"Taklah. Muntah pun Isya jarang. Mulut ni asyik nak makan je. Isya bersyukur sangat-sangat. Mula-mula Isya nak tangguh je study tu. Itu pun disebabkan nasihat dari Rayyan. Lepas majlis perkahwinan mereka hari tu Daddy ajak Isya pindah London. Katanya lagi senang kalau jauh dari family abang. Ye lah takut nanti abang ambil hak abang. Isya pun masa berfikir juga. Kalau abang tahu apa reaksia abang ye masa tu?"tanya Isya.
"Maafkan sayang abang. Masa tu abang hilang pertimbangan. Abang layan sayang macam perempuan murahan. Kalau masa tu abang tahu Isya mengandungkan anak abang dan abang tahu cerita sebenar, mesti abang dah rujuk dengan sayang masa tu jugaklah. Kenapa sayang tak beritahu hal sebenar?"muka Tengku Irham juga sudah keruh. Sedih apabila mengingat kembali apa yang telah dilakukannya dulu.
"Sudahlah abang. Yang lepas biar lepas. Isya redha. Malas nak fikir lagi. Cukuplah apa yang kita ada sekarang ni. Lagipun Isya rasa bersyukur sangat. Ada hikmahnya abang. Dahlah jom kita tidur."ajak Isya.
"Sayang, last question. Siapa yang azankan Ishal?"tanya Tengku irham.
"Owh, yang tu adalah. Mula-mula Isya ada minat satu mamat ni. Matanya biru. Cantik je. Isya siap berangan lagi nak ada anak yang mata biru tapi nak buat macam mana. Daddy tak restu. Terpaksalah balik Malaysia. Tu yang Daddy halau Isya balik Malaysia."usik Isya.
"Sampai hati sayang. So dia lah yang azankan Ishal?"tanya Tengku Irham lagi.
"Taklah. Tengku Ikram yang azankan Ishal. Isya gurau jelah abang. Mana ada mamat mata biru. Kalau ada confirm Isya tak balik Malaysia dah!"beritahu Isya. Tergelak besar Isya apabila berjaya mengusik Tengku Irham.
Tengku Irham pula cepat sahaja menggeletek Isya dan akhirnya mengalah apabila terlihat anaknya sudah mula bergerak-gerak.
Farhana pula sudah seperti cacing kepanasan. Selama seminggu dia tidak berjumpa Tengku Irham. Dia akan segera pergi ke rumah keluarga Tengku Irham setelah dia mendapat tahu kepulangan Tengku Irham.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...