1 Julai
Hari ni aku bosan. Duduk dan baring sahaja. Kalau aku di rumah Mummy, mummy mesti ajak aku berjalan-jalan. Apa sahaja yang aku nak buat tiada halangan. Mummy dan Daddy cuma tak benarkan aku mengangkat benda-benda berat sahaja.
2 Julai
Sama juga keadaan aku hari ini. Penat dah baring dan duduk. Stress. Aku nak balik rumah Mummy dan Daddy.
10 Julai
Hari ni bergaduh lagi. Sepatutnya aku gembira kerana mengandung tetapi kali ini aku rasa penat....
15 Julai
Happynya hari ini. Mummy ajak keluar. Dapat beli barang baby sendiri. Banyak barang baby yang berjaya aku beli dengan Mummy. Bahagianya....
Satu demi satu diary Isya yang dibaca oleh Tengku Irham. Baru dia sedar yang dia memberikan tekanan kepada Isya sehinggakan Isya terpaksa bersalin pramatang. Dia ingat dia sudah menjaga Isya dengan baik tetapi dia silap. Dia menyebabkan hampir kehilangan isterinya sendiri.
Keluarga Tengku Razief juga rasa bersalah. Sebelum ini mereka pernah beranggapan mereka lebih pandai menjaga Isya memandangkan mereka sebangsa dengan Isya. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh keluarga Datuk Michael sudah disalah tafsir. Isya sahaja tidak memberitahu Mummy dan Daddynya.
Dengan kewujudan diary Isya menyedarkan semua orang tentang perasaan Isya. Tengku Rania beruntung kerana Tengku Ikram tidak mengawalnya seperti Isya yang dikawal oleh keluarga Tengku Razief.
Tengku Razief juga rasa bersalah. Bukan dia tidak tahu akan emosi menantu perempuannya itu tetapi dia gagal mengawal ahli keluarga yang lain. Disebabkan kegagalannya mengundang semua yang terjadi sekarang ini. Isya pernah juga meluahkan perasaannya kepada Tengku Razief namun dia suruh Isya bersabar melayan karenah Tengku Suraya dan Tengku Zakiah. Dia terlupa bahawa wanita hamil lebih sensitif.
Semuanya sudah terlambat. Isya sudah pun baring di dalam bilik ICU. Seorang demi seorang yang melawat. Semuanya menunjukkan kekesalan.
Projek yang dibida oleh Isya dan Farhana kini dijalankan oleh Daniel, Tengku Ikram dan juga Datuk Michael. Mereka menjalankan amanah Isya.
25 Julai
Projek besar ni hadiah Isya untuk semua. Moga dengan projek ini akan mengeratkan ukhwah perhubungan tiga buah keluarga. Isya sayang semua...
P/s : please layan Isya lembut sikit. Bagilah Isya kebebasan. Doktor cakap Isya perlu banyakkan bersenam supaya nanti bersalin cukup tenaga dan stamina. Duduk dan rehat ni penat.
Apalah kau ni Isya...tulis dekat diari bukan orang boleh dengar pun. Kalau kau berani pergilah voice out...😡😡😡😡
Satu lagi luahan isi hati Isya dibaca oleh ahli keluarga yang lain. Tengku Zakiah dan Tengku Suraya pula terasa bersalah. Bukan mereka tidak tahu wanita hamil juga boleh bersenam tetapi disebabkan terlalu excited, pelbagai pantang larang yang telah diwujudkan.
Anak-anak Isya juga masih di dalam inkubator. Sudah sebulan Isya berada dalam keadaan koma. Tengku Irham berulang alik menjaga anak-anaknya dan juga Isya. Mujur sahaja Tengku Adam Ishal sudah besar. Tengku Adam Ishal dijaga oleh Desmond dan Alvin di rumah Datuk Michael. Ada juga keluarga Tengku Razief mahu mengambil cucunya tetapi Tengku Adam Ishal tidak mahu. Dia lebih selesa dijaga oleh Stefanie dan juga Datin Mery.
Selepas sebulan setengah Isya sudah menunjukkan tanda-tanda mahu sedar. Datin Merry membawa Tengku Adam Ishal melawat Isya.
"Umi, bangunlah. Ishal rindu umi. Adik-adik pun masih tak boleh balik. Bangunlah umi...." rayu Tengku Adam Ishal.
Isya kini sudah ditempatkan di wad biasa. Isya diletakkan di dalam bilik khas supaya senang ahli keluarga yang lain mahu melawat dan menjaganya. Tengku Irham pada hari itu terpaksa masuk pejabat kerana ada mesyuarat penting. Akhirnya Tengku Adam Ishal tertidur di samping ibunya.
Begitu nyenak Tengku Adam Ishal tidur. Sudah lama Datin Mery tidak melihat cucunya tidur selena itu. Dia tidak mengejutkan sebaliknya hanya membiarkan sahaja. Pasti cucunya rindu untuk bersama uminya.
"Anak umi...umi rindu Ishal...."peluk Isya kepada anaknya yang dirindui. Sudah lama dia tidur.
Bertambah lena Tengku Adam Ishal tidur. Inilah saat yang dirinduinya.
Terkejut Datin Mery apabila dia masuk ke dalam bilik Isya dan melihat Isya sudah sedarkan diri. Itulah saat yang paling bahagia. Datin Mery segera memeluk Isya dan berasa gembira dan bahagia.
"Isya, anak mummy!"Datin Mery meluahkan rasa gembiranya. Air mata gembira keluar meraikan kegembiraannya apabila anak perempuannya sudah sedar daripada koma.
"Mummy, sudahlah. Jangan sedih. Kan Isya dah bangun ni. Anak-anak Isya mana Mumy?"Isya menenangkan emosi Datin Mery dan mencari anak-anaknya.
Dek kerana terlalu gembira, Datin Mery lupa memberitahu yang lain akan keadaan Isya. Anak-anak Isya di bawa ke bilik Isya. Seorang demi seorang anaknya dibelek. Anak-anak Isya juga kini sudah semakin aktif. Isya memeluk satu persatu anaknya. Dia juga mengambil inisiatif menyusukan anak-anaknya sendiri. Alhamdulillah, anak-anaknya masih mempunyai rezeki untuk menyusu badan. Seorang demi seorang menyusu.
Selepas doktor memeriksa keadaan Isya, alhamdulillah tiada yang negatif. Isya disahkan sihat cuma dia memerlukan pantauan lebih daripada doktor lagi. Dia perlu duduk di wad sekurang-kurangnya seminggu lagi. Itu semua permintaan Datin Mery. Selepas semuanya betul-betul sihat barulah Isya dibenarkan balik.
Bahagia Datin Mery melihat Isya melayan telatah anak-anaknya. Desmond pula yang ketika itu datang mahu menjemput Datin Mery terkejut apabila melihat Isya sudah bangun.
"Desmond, thanks jaga anak I yang manja ni."Isya memberi senyuman kepada Desmond.
Desmond membalas dan dengan segera tangannya mendail nombor telefom Datuk Michael dan Alex. Datin Merry pula terkaku kerana dia terlupa memberitahu keadaan Isya kepada keluarganya.
Terkejut Datuk Michael apabila diberitahu anak perempuannya sudah bangun. Bergegas mereka ke hospital. Masing-masing tidak sabar bertemu Isya. Semua mesyuarat dibatalkan oleh Datuk Michael.
Datuk Michael dan Alex juga seperti Datin Mery. Mereka juga terlupa memberitahu berita tersebut kepada keluarga Tengku Razief. Difikirnya Desmond sudah memberitahu keluarga Tengku Razief.
Berdesup Datuk Michael dan Alex sampai. Stefanie pula datang bersama Alvin. Sempat juga Stefanie singgah membeli makanan kegemaran Isya.
"Eh Stefanie kan? Beli apa dekat sini?"tanya Tengku Razief.
"Beli ni! Eh Uncle tak pergi hospital ke tengok Isya?"Stefanie yang kelihatan agak pelik apabila melihat Tengku Razief dan Tengku Irham tidak pergi hospital. Tidak gembirakah mereka yang Isya sudah sedar.
"Kenapa dengan Isya?"tanya Tengku Irham yang cemas.
"Eh uncle dan Irham tak tahu ke keadaan Isya sekarang?"tanya Stefanie lagi.
"Kenapa? Kenapa dengan Isya? Dia tak apa-apakan? Tadi masa I tinggalkan dia, dia okay sahaja."Tengku Irham seperti sudah hilang arah. Baru dia perasan dia sudah lama berada di luar.
Tengku Irham seperti mahu berlari pergi ke hospital. Stefanie pula tidak sempat hendak menjawab dan kini sudah kehilangan kelibat Tengku Irham.
"Kenapa dengan Isya?"tanya Tengku Razief dengan sabar.
"Maafkan Stefanie ya Uncle. Stefanie ingat uncle tahu. Mesti mereka excited sangat sampai lupa nak beritahu keluarga uncle. Isya sudah sedar. Ni pun Stefanie nak bawakan dia makanan kegemaran dia."beritahu Stefanie lagi.
"Syukur Ya Allah, akhirnya menantu aku bagun."Tengku Razief memanjatkan doa kerana menantunya sudah sedar daripada koma.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...