CHAPTER 42

5.1K 149 0
                                    

Kini majlis perkahwinan Alex dan Stephanie diadakan di Hotel Hilton. Ramai tetamu yang dijemput oleh Datuk Michael. Tidak lupa juga kepada Tengku Ikram. Keluarga Tengku Raziff juga turut dijemput.

"Mummy, nampak tak perut Isya ni? Ketat sangat ke pakaian Isya ni?"tanya Isya kepada Datin Merry.

"Kak Isya, dah cantik tu. Cantik kan mummy kak Isya pakai dress cheongsama warna merah. Perut kak Isya kecik. Tak nampak pun. Tak ketat pun kan Mummy kan." Celah Irma.

Tema untuk ahli keluarga akan memakai warna merah. Isya mengenakan cheongsam dress berwarna merah. Datin Merry telah menyuruh designer peribadinya mereka bersesuaian dengan Isya yang memakai tudung.

"Isya now mummy nak Isya tunjukkan kepada Tengku Irham siapa Isya. Jangan cepat mengalah. Mummy dan Daddy sentiasa ada dengan Isya. Ingat tu Isya."Datin Merry memberi semangat kepada Isya.

Kini giliran Isya untuk tunjuk siapa dirinya yang sebenar.

"Farhana, kau silap cabar orang. Kalau dulu Isya memang seorang yang lemah. Sekarang tidak lagi. Kalau kau mahukan Tengku Irham, kau ambillah. Aku juga tak perlukan orang yang menghina dan tidak menghargai diriku. Mulai hari ini hidup kau cuma ada baby yang kau kandung. Baby, umi akan jaga anak umu dengan baik."bisik Isya di dalam hati.

Pakaian Isya sungguh menyerlah. Inilah pertama kali dia memakai baju yang mengikut bentuk badannya. Walaupun dia hamil tetapi potongan badannya masih lagi kelihatan slim. Dia mengenakan selendang berwarna putih. Make up nipis dan lipstick berwarna merah.

Kali ini Tengku Irham datang bersama ahli keluarganya dan juga tidak ketinggalan perempuan gedik si Farhana.

"Tahniah Merry dan Michael."ucap Tengku Raziff.

"Thank you Raziff. Irham bila lagi majlisnya?"sengaja Datin Merry menyindir Tengku Irham.

"Yang tu tak tahu lagi. Kena tanya tuan empunya diri."balas Tengku Raziff.

Pada majlis tersebut Isya dengan sukarela menjadi MC majlis perkahwinan Alex. Sungguh meriah. Isya juga sempat menghadiahkan sebuah lagu yang dimainkan menggunakan piano. Satu kebolehan yang Isya tidak pernah tunjuk kepada orang lain. Semua juga sudah mengenali Isya sebagai anak perempuan Datuk Michael. Masing-masing memuji kehebatan Isya. Selain itu juga Isya telah melatih sahabatnya tarian bollywood untuk persembahan semasa majlis Alex. Isya memang minat tarian. Cuma dalam tarian itu Isya tidak turut serta disebabkan kehamilannya.

"Rania, Isya pandai menari?"tanya Tengku Zakiah.

"Aah Opah. Kak Isya memang pandai menari. Dulu Kak Isya ahli tarian semasa belajar dekat UUM cuma Kak Isya tak suka buat persembahan je. Kata Kak Isya dia menari sebab minat je."beritahu Tengku Rania.

Majlis perkahwinan Alex sungguh meriah. Dari jauh Tengku Ikram memerhatikan Isya..

"Hai my girlfriend. How are you?"sapa Tengku Ikram yang kebetulan ketika itu berhampiran dengan keluarga Tengku Raziff.

"Hai Tengku Ikram. Watch out worda from your mouth. Saya tak nak orang salah faham. Awak pun tau kan saya ni siapa. Ada orang cakap saya ni perempuan tak tahu malu. Saya takut nanti awak yang malu. Lagipun saya ni janda. Awak masih single lagi. Kalau dengar admire awak habis saya nanti. Tak pasal dapat kena ganyang."balas Isya dan sebenarnya Isya menyindir Tengku Irham.

"Isya saya tak kisah pun status awak. Yang penting awak ikhlas berkawan dengan saya."balas Tengku Ikram.

Isya cuba menjauhkan diri daripada keluarga Tengku Raziff. Bukan dia tidak rindukan Tengku Zakiah tapi dia masih teringat layanan Tengku Irham. Susah dia mahu lupakan layanan Tengku Irham dan Farhana. Mereka memang sepadan. Tengku Zakiah hanya mampu melihat Isya dari jauh.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now