Kelihatan susuk badan seorang perempuan di pintu pagar Isya.
"Assalamualaikum!!!!kak Isya bukalah pintu ni." Jerit seorang wanita.
"Lah Rania rupanya. Akak ingatkan siapa tadi. Ni yang datang malam-malam ni kenapa? Datang dengan siapa?" Tanya Isya lagi.
Tengku Rania datang bersama Tengku Irham. Nasib baik Isya sudah siap menyorokkan bagasinya di dalam almari. Kalau bagasi sudah di luar pasti saja mereka tahu.
"Mama dan Opah suruh datang sini. Temankan akak. Papa pun risau. Yelah akak tinggal seorang diri kan sekarang ni. Irma pula tengah bercuti. Tu yang Papa benarkan Rania datang sini."jawab Tengku Rania.
"Eh, Irham, awak pun nak tidur sini juga ke?"tanya Isya pelik. Yelah selama ni elok saja Isya tinggal sendiri. Tiba-tiba ada pula peneman.
"Yelah. Papa suruh saya temankan. Lagipun senang kalau ada apa-apa terjadi. Saya ada."jawab Tengku Irham lagi.
Sebenarnya Tengku Rania yang tiba-tiba mendapat idea tersebut. Ditakut-takutkannya Tengku Suraya dan Tengku Zakiah tentang keselamatan Isya. Peristiwa Lisa ditangkap khalwat bersama Datuk Fikri baru sahaja berlaku. Mana tahukan jika Lisa ingin membalas dendam kepada Isya. Berita pertunangan Tengku Irham dan Isya juga sudah mula tersebar. Bukan sahaja Tengku Suraya dan Tengku Zakiah yang termakan hasutan Tengku Rania. Tengku Razif dan Tengku Irham juga masing-masing risau.
Disebalik kerisauan itu, Tengku Irham dan Tengku Razif telah memasang penyiasat persendirian dan juga pengawal peribadi untuk Isya yang ditugaskan dari jauh untuk memantau Isya. Pendek kata sejak Isya bertunang dengan Tengku Irham, Tengku Irham tidak pernah membiarkan Isya seorang diri lagi. Pengawal peribadi akan sentiasa ada bersama Isya dan memantau pergerakan Isya cuma kehadiran mereka tidak dapat dirasa oleh Isya. Jika Isya tau, mungkin saja dia akan mengamuk.
Sebenarnya bukan disebabkan hasutan dari Tengku Rania yang menyebabkan Tengku Irham datang bersama Tengku Rania tapi disebabkan arahan dari Tengku Razif. Kaki-kaki Tengku Razif nemberitahu Tengku Razif bahawa kelihatan Isya seperti ingin merancang sesuatu bahkan Pn Azura ada memberitahu kaki-kaki Tengku Razif bahawa Isya akan bercuti selama seminggu.
"Habislah plan aku nampaknya. Macam mana nak gerak macam ni kalau dua orang ni ada duduk dekat sini."bisik hati Isya.
Kini rancangan Isya gagal. Nampaknya Isya perlu mencari idea baru untuk keluar. Malam ni terpaksa saja dia ditemani Tengku Rania dan Tengku Irham.
"Rania, jom layan kpop malam ni. Akak ada download cerita baru ni. Hero dia hensem tau. Kita layan sampai pagi nak tak?"ajak Isya kepada Tengku Rania.
Kalau nak tau, Isya dan Tengku Rania ni kaki kpop drama. Pantang saja ada hero hensem baru. Pasti saja ada yang sampai termimpi-mimpi.
"Abang nak join boleh?"celah Tengku Irham.
Mahu tidak mahu mereka membiarkan saja Tengku Irham menonton bersama.
Isya dan Tengku Rania macam biasa. Bila mereka menonton cerita bersama, pasti saja toto akan dibentang di depan televisyen sambil masing-masing membawa dua biji bantal. Satu bantal untuk baring dan satu lagi bantal untuk peluk. Mereka menonton drama adaklanya senyap dan adakalanya bising. Bising berebutkan hero dalam drama kpop. Tengku Irham yang baring di atas sofa melihat telatah mereka berdua. Masing-masing baring dengan memakai tudung."Kak Isya, hensemkan heronya. Lee Jun Gi. Sukalah tengok hero ni. Banyak pula lelaki-lelaki hot dalam drama Scarlet Heart ni."beritahu Tengku Rania.
"Alah adik ni. Hensem lagi abang ."celah Tengku Irham.
Tengku Irham yang geram melihat dua orang gadis di depannya yang sibuk memuji ketampanan lelaki lain. Jika Tengku Rania dia memang tidak kisah tapi Isya yang sibuk memuji hero drama kpop. Bunga-bunga cemburu mula terbit di dalam hati Tengku Irham.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...