CHAPTER 43

5.1K 158 0
                                    

"Sayang jangan lari. Tak larat umi nak kejar."jerit Isya dari jauh kepada buah hatinya Adam Ishal. Nama Eshal adalah Tengku Adam Ishal. Ishal berumur dua tahun.

Kini Isya sudah kembali ke Malaysia. Begitu juga dengan Datuk Michael dan Datin Merry. Projek di London sudah siap sepenuhnya. Tengku Ikram juga sudah balik ke Malaysia.

Farhana kini akan berkahwin bersama Tengku Irham. Sempat juga Tengku Raziff mengirimkan kad jemputan kepada Irma dan Alex. Tidak ketinggalan juga buat Keluarga Datuk Michael dan Isya.

"Isya, esok majlis Irham. Isya nak pergi tak?"tanya Datin Merry.

"Boleh Mummy. Isya pun nak tengok juga macam mana rupa perempuan gedik tu. Berjaya juga dia kahwin dengan lelaki idaman dia."beritahu Isya lagi.

Memang itu yang dinantikan. Dia mahu melihat Farhana.

Majlis Tengku Irham diadakan di Hotel Wellington.
..........................................................................

Hotel Wellington...

Ketibaan pasangan pengantin diumumkan. Kelihatan Farhana yang memakai gaun putih manakala Tengku Irham memakai Tuksedo hitam. Nampak padan.

Isya datang lewat sedikit. Dia juga datang bersama Tengku Adam Ishal. Datuk Michael dan Datin Merry datang awal bersama keluarga Irma dan Alex.

"Congratulations for both of you. Cantik dan sama padan. Moga bahagia sampai ke jannah."ucap Isya dan dia juga sempat memberikan senyuman paling manis kepada pasangan pengantin. Dia juga cukup berterima kasih kepada Farhana kerana berjaya berkahwin dengan Tengku Irham. Dia juga tidak perlu mengingat kembali kisah silamnya.

"Thank you. Siapa budak kecil ni? Anak you ke? Siapa namanya?"tegur Farhana.

"Yes. Ini anak I. Tengku Adam Ishal."beritahu Isya.

Tengku Irham melihat Ishal dengan tanda tanya. Berapa umur anak Isya? Siapa bapa Ishal dan kenapa nama anak Isya ada Tengku.

"Eh maaflah ya. Saya kena pergi baby room sekejap. Ishal ni merengek pula."Isya terus melangkah menuju ke baby room. Ishal merengek haus.

Tengku Zakiah juga sempat melirik ke arah Tengku Ishal. Tengku Ishal sudah pandai berlari. Adakah Ishal anak kepada Irham.

Tengku Ikram yang kelihatan baru sahaja masuk ke dalam dewan. Ishal yang melihat kelibat Tengku Ikram terus menerpa ke arah Tengku Ikram.

"Papa nak dukung, nak dukung!!"jerit Ishal.

Jeritan Ishal menarik perhatian keluarga Tengku Irham.

"Sayang Papa ni. Jangan jerit-jerit. Tak malu ke orang tengok. Nanti Papa tak nak sayang lagi."Tengku Ikram yang memberi amaran kepada Tengku Adam Ishal. Muka Ishal sudah monyok dan tamda merajuk kepada Tengku Ikram.

Keluarga Tengku Ikram sudah sedia maklum mengenai status Isya. Walaupun Isya seorang ibu tunggal namun tiada tentangan dari keluarga Tengku Ikram cuma Isya sahaja yang masih tidak sedia untuk menerima kehadiran lelaki.

"Isya, boleh mama tanya. Siapa ayah kepada anak Isya? Setahu mama, mama tak pernah dengar Tengku Ikram sudah berkahwin dan kenapa anak Isya panggil dia Papa?"tanya Tengku Suraya.

Majlis ketika itu sudah selesai dan hanya tinggal keluarga Tengku Raziff dan keluarga Isya sahaja. Sudah tiba masanya untuk Isya beritahu hal sebenar memandangkan Farhana dan Tengku Irham sudah berkahwin. Jadi padanya Tengku Irham tidak lagi menjadi masalah kepadanya.

"Baiklah memandang hanya tinggal keluarga kita sahaja, ini masanya untuk Isya beritahu. Ikram, tolong bawa Ishal jauh dari sini. Nanti I call you. Desmond, tolong bawa Tengku Ikram dan Ishal. Once done I will call you."arah Isya kepada Desmond.

Semua mata tertumpu kepada Isya. Sebelum dia pergi ke majlis Tengku Irham dia juga sudah berbincang bersama Datuk Michael dan Datin Merry mengenai hal ini. Begitu juga Alex dan Irma. Tiada tentangan dari mereka dan apa yang penting ahli keluarga Tengku Raziff tidak layak untuk menuntut hak penjagaan Tengku Adam Ishal. Perjanjian penceraian yang ditandatangani Tengku Irham sah di sisi undang-undang.

"Nama Ishal sebenar adalah Tengku Adam Ishal bin Tengku Irham.  Rasanya itu sudah cukup menjawab soalan mama. Maaf sekarang Isya nak balik." Senada Isya menyebut nama anaknya.

Masing-masing terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Isya.

"Nanti dulu Isya. Kenapa Isya sorokkan dari kami semua?"tanya Tengku Zakiah.

"Maafkan Isya Opah. Semuanya berpunca dari Tengku Irham sendiri. Dia sendiri yang melayan Isya seolah-olah seperti perempuan murahan. Nak ke dia terima anak Isya kalau Isya beritahu dia Isya mengandung? Opah rasa dia akan terima Isya balik? Isya masih tidak boleh lupakan apa yang Tengku Irham tuduh Isya dan sekarang Isya juga punya bukti bahawa ada beberapa gambar palsu. Semua itu tak boleh mengembalikan maruah Isya dan kepercayaan Isya kepada Tengku Irham. Maafkan Isya."beritahu Isya lagi.

"Kalau awak ada bukti kenapa awak tak tunjuk saja kepada kami? Saya akan tuntut hak penjagaan Ishal."celah Tengku Irham tiba-tiba.

"Nak buat apa saya tunjuk dekat awak? Ada kesan ke? Maruah saya dapat balik ke? Farhana? Rela ke you kalau I jadi madu you? You nak tuntut hak penjagaan Ishal? Cubalah. Jangan lupa apa yang you dah buat dulu Tengku Irham. Perjanjian penceraian kita."Isya tersenyum sinis.

Farhana juga kelihata gelisah. Alex dan Irma yang melihat hanya tersenyum sinis.

Isya tidak mengalah. Kini keluarga Tengku Raziff hanya mampu melihat Ishal dari jauh. Begitu juga Tengku Irham. Dikala kemanisan hidup yang baru ingin dirasa oleh Farhana, Isya hadiahkan kepedihan kepada Farhana sebagai hadiah perkahwinan mereka.

"Ishal cuma kenal Tengku Ikram sebagai Papanya. Mulai sekarang, jauhkan diri awak dari saya dan Ishal. Saya tak mahu awak mendekati anak saya."Isya yang memberi amaran kepada Tengku Irham.

Seluruh keluarga Isya meninggalkan keluarga Irham. Kini masing-masing terkejut dengan berita yang Isya sampaikan kepada mereka.

"Abang, kita memang tidak boleh ke nak tuntut hak penjagaan Ishal. Ishal cucu kita abang."rayu Tengku Suraya kepada Tengku Raziff.

"Kalau ikut dari perjanjian yang Irham sign memang kita tak boleh tuntut. Awak tengoklah perjanjian ni."Tengku Raziff menyerahkan salinan perjanjian yang ditandatangani oleh Tengku Irham.

Selain dari Tengku Irham tidak boleh menuntut hak penjagaan anaknya, Tengku Irham juga tidak layak untuk membuat rayuan untuk melawat setelah Tengku Irham secara sah berkahwin baru. Tengku Irham yang melihat perjanjian penceraiannya bersama Isya berasa kesal. Kesal kerana tidak membaca terlebih dahulu. Baginya Isya sungguh kejam. Sanggup dia menyorokkan kewujudan anaknya daripada pengetahuannya.

"Padan muka abang. Siapa suruh ikut emosi sangat. Kak Farhana, apa lagi cepat-cepatlah beranak. Taklah abang ni teringat dekat anak dia je."sempat Tengku Rania membalas bagi pihak Isya.

"Isya ni sepatutnya tolong abang Irham dan bukannya balas bagi pihak Isya."marah Tengku Suraya.

"Maafkan Rania mama. Rania dah tau awal lagi berita kehamilan Kak Isya. Rania siasat kes Kak Isya dan Rania juga tahu dalang kes penceraian kak Isya. Rania juga sokong tindakan Kak Isya. Walaupun Kak Isya tak tahu Rania tahu mengenai kandungan Kak Isya tapi semua itu takkan mengubah apa yang jadi. Rania tahu bagaimana perasaan Kak Isya dan Rania juga tahu Kak Isya bagaimana. Semua itu tidak akan dapat mengubah keputusan Kak Isya."Tengku Rania berlalu begitu sahaja. Semasa Isya datang tadi Tengku Rania sempat bersembang dengan Isya. Dia juga telah memberitahu Isya hal sebenar diseblik penceraian Isya dan dia juga tahu kewujudan Ishal. Isya sungguh menghargai apa yang Tengku Rania lakukan.

Farhana sekali lagi kelihatan gelisah. Dia perlu selidik apa yang Tengku Rania sudah tahu. Kehidupan Isya yang tenang tetapi hidup Farhana dalam kegelisahan walaupun sudah memiliki Tengku Irham.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now