Isya bangun awal hari ini. Lebih awal dari biasa manakala Tengku Ikram pula masih tidur. Ditarik bantal peluk dan di beri kepada Tengku Ikram untuk dipeluk. Selepas subuh Tengku Ikram kembali menyambung tidurnya. Ishal pula awal pagi sudah bangun. Malam tadi Tengku Adam Ishal tidur bersama Tengku Mariam dan Tengku Ibrahim.
"Umi,Ical nak susu!!!"pinta Tengku Adam Ishal apabila melihat kelibat Isya. Dengan pantas Isya membuat susu untuk anaknya. Kini Tengku Adam Ishal sudah berhenti sepenuhnya susu ibu. Kini lebih kepada susu formula.
Sudah lama Isya tidak masuk ke dapur. Semenjak dia ditinggalkan Tengku Irham dahulu hidup Isya lebih kepada dunia profesional. Ada pun cuma sekali sekala dan memasak makanan untuk Tengku Adam Ishal sahaja. Hari ini dia mencemar duli dengan masuk ke dapur. Mak Jah pembantu Tengku Mariam juga sibuk di dapur.
"Eh Puan nak buat apa ni? Pergilah duduk depan sana Puan. Biar Mak Jah sahaja yang masak."suruh Mak Jah kepada Isya.
"Mak Jah tak perlulah formal sangat. Panggil Isya je. Isya tak suka orang panggil Isya dengan panggilan Puan. Desmond dan Alvin pun panggil Isya je. Mak Jah tolong Isya siapkan bahan untuk memasak boleh? Isya dah lama tak masak. Teringin nak masak. Boleh ya Mak Jah."pinta Isya.
Isya mendesak Mak Jah untuk dia memasak sarapan pagi. Akhirnya Mak Jah mengalah. Isya masak nasi lemak dengan pelbagai lauk dan juga bihun goreng singapore. Dia juga sempat membuat bubur ayam untuk anaknya. Bubur ayam merupakan sarapan kegemaran Ishal selain darioada coco crunch bersama susu.
Kini sarapan pagi sudah terhidang. Tengku Mariam seperti biasa pada waktu pagi sudah semestinya menjenguk taman bunganya di tepi kolam renang manakala Tengku Ibrahim awal pagi lagi sudah masuk ke bilik bacaan yang dijadikan sebagai pejabat mini di rumah.
Pintu bilik bacaan diketuk oleh Isya. Tengku Ibrahim menyuruh Isya masuk.
"Ayah, maaf Isya ganggu ayah. Boleh tak Isya nak bincang sesuatu dengan ayah?" Kata Isya kepada Tengku Ibrahim.
"Eh Isya. Tak apa. Boleh je. Apahal yang Isya nak bincangkan dengan ayah?"tanya Tengku Ibrahim.
Isya menerangkan tujuannya datang berjumpa Tengku Ibrahim. Dia mahu berbincang mengenai kes tembakan tempoh hari. Dia mahu menarik balik kes ini dan dalam masa yang sama orang-orang dia akan sentiasa memantau keadaan tetapi Tengku Ibrahim tetap tidak bersetuju. Dia tetap mahu kes ini disiasat walaupun kini penyerang sudah senyap. Dia mahu mengetahui dalangnya. Dia akan membuat keputusan lagi setelah dalang diketahui. Tengku Ibrahim masih risau dengan keselamatan Isya. Isya masih tidak memberitahu siapa dalang sebenarnya selagi dia tidak mendapatkan kepastian dari Farhana sendiri. Setelah beberapa minit berbincang bersama Tengku Ibrahim, Mak Jah datang menjemput majikannya untuk bersarapan. Isya pula kini menuju ke biliknya untuk mengejutkan Tengku Ikram bangun.
"Abang, bangun cepat. Jom sarapan."ajak Isya.
"Abang nak makan sayang je. Cukuplah breakfast abang pagi ni."balas Tengku Ikram yang masih dalam mood manja.
"Cepatlah bangun abang. Kita sarapan. Ibu dan ayah dah kat bawah tu. Ishal pun tengah makan kat bawah. Mak Jah suap Ishal. Sian Ishal. Kalau abang tak nak turun tak apalah. Isya turun dulu. Nanti abang lapar, abang makan dekat bawah ya." Isya berura-ura mahu turun dari katil. Dengan pantas Tengku Ikram meletak kepalanya ke riba Isya. Mahu tidak mahu terpaksalah Isya melayan kerenah Tengku Ikram.
"Abang, nak tanya boleh tak?"
"Apa dia Sayang?"
"Kenapa abang hari tu marah Isya nak sambung belajar ye?"tanya Isya.
"Sayang memang nak sambung belajar ke?"tanya Tengku Ikram hendak kepastian dan Isya mengangguk.
"Sayang nak tinggalkan abang ke? Kita baru je kahwin tapi sayang dah cakap nak sambung belajar."rajuk Tengku Ikram. Kalau tadi dia memandang Isya dan kini dia mengalih pandangannya. Tergelak Isya melihat telatah Tengku Ikram
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...