Kini dengan sekali lafaz Isya sah bergelar isteri kepada CEO Muda Shaz Holdings. Tidak berhenti-henti flash camera menghala ke arah pasangan pengantin. Isya berbaju dress berwarna pink lembut. Terserlah kelembutan Isya dengan make up yang simple. Baju Isya adalah rekaan Kak Suzila iaitu madu kepada Lisa.
Wartawan dari syarikat akhbar Datuk Fikri sibuk mengambil gambar untuk dimuatkan ke dalam surat khabar sebagai berita terkini untuk esok. Pasti sahaja berita ini akan menggemparkan keluarga Tengku Raziff walaupun mereka mengetahui Isya sudah menerima lamaran Tengku Ikram tetapi tiada sebarang jemputan perkahwinan Isya diberikan. Hari ini PA Datuk Michael dan juga Tengku Ibrahim sibuk mengagihkan kad jemputan untuk majlis bertandang di Malaysia. Mereka akan pastikan semua tetamu mendapat kad jemputan sebelum berita dikeluarkan di media.
"Sayang, terima kasih sebab terima abang."bisik Tengku Ikram semasa majlis pembatalan air sembahyang.
"Sama-sama. Abang, lepas ni Isya nak sambung belajar boleh tak?"sengaja Isya mengusik Tengku Ikram. Jika tadi muka Tengku Ikram kelihatan ceria dan kini masam. Belum sempat dia menjawab Alex sudah bising suruh cepat cium Isya.
"Apa ni pengantin masam saja. Cepatlah kiss. Nak ambil gambar ni!!."usik Haikal.
Masing-masing tergelak mendengar usikan Haikal. Tengku Ikram senyum terpaksa dan Isya pula sudah tersenyum-senyum. Demi sebuah memori yang begitu indah Tengku Ikram sanggup menceriakan mukanya semula.
Ishal berdukung bersama Desmond. Ishal kelihatan begitu gembira walaupun dia hanya berumur dua tahun. Kini secara rasminya Ishal juga sudah menjadi anak kepada Tengku Ikram.
Rajuk Tengku Ikram masih ada. Isya tidak mengendahkan rajuk Tengku Ikram. Kini semua tetamu sibuk mengambil makanan. Majlis hanya berlangsung dari jam sepuluh pagi hingga dua petang. Sungguh ringkas dan tiada makan beradab. Isya hanya mahukan majlis yang ringkas di Bali. Tujuan majlis diadakan di Bali hanyalah untuk memastikan tiada sebarang gangguan daripada orang yang dengki dengan kehidupan Isya. Isya juga bimbang jika Farhana kembali mengganggu hidup mereka.
"Abang, jom pergi makan. Nak makan apa? Sayang tolong ambilkan."tanya Isya.
Tengku Ikram tidak menyahut kerana marahkan Isya.
"Abang, tak nak jawab ke soalan Isya ni? Hmmm....nampaknya Isya cakap sendiri la ni. Apalah nasib Isya kan. Baru je kahwin tapi suami dah tak layan Isya. Tak pelah Isya bawa diri sendiri."sengaja Isya mengusik Tengku Ikram padahal dia tahu Ikram merajuk dengan dia.
Tengku Ikram tetap tidak mengendahkan Isya. Dia lebih kepada bersembang bersama tetamu. Tiba-tiba Desmond pergi menuju ke arah Isya dan dihulurkan telefon bimbit Isya. Isya menjauhi Tengku Ikram. Tengku Ikram penasaran. Isya terus mengambil Ishal di tangan Desmond dan menyerahkan kepada Datin Merry. Sempat Isya berpesan kepada Alvin supaya sentiasa bersama Datin Merry.
Isya kini menuju ke arah Alex. Disebabkan rajuk Tengku Ikram, Tengku Ikram berada dalam jarak yang jauh dari Isya. Isya kelihatan seperti cemas. Desmond sentiasa setia bersama Isya. Alex, Isya dan Desmond kini menjauhi tempat majlis. Mereka berbincang di pondok yang berdekatan. Tema majlis Isya adalah beach outdoor. Majlis diraikan di pantai yang berdekatan.
"Alex, i got news from Zarina. Zarina call tadi. Farhana seperti merancang sesuatu. Isya risau kalau ini yang berterusan terjadi. Satu lagi, Projek kita dekat UK seperti ada yang sabotaj. Kalau boleh Isya nak hentikan semua ini. Projek di UK masih lagi dalam proses awal lagi kan? Syarikat Farhana ada mengambil bahagian juga kan? Kalau ikut nilai projek renovation dekat UK tidaklah besar mana. Apa kata kita tarik diri. Kita serahkan saja projek itu kepada Syarikat milik Farhana. Isya lupa bagi tahu yang Isya baru sahaja dapat berita yang kita menang bidding projek dekat Johor dan juga Langkawi. Projek tersebut tidak melibatkan syarikat milik Farhana. Nilainya lebih tinggi dari projek di liar negara. Macam mana?"tanya Isya kepada Alex. Keputusan perlu dibuat segera. Jika lambat berkemungkinan besar risiko akan lebih besar. Kerana itu Isya terpaksa mengheret Alex jauh daripada yang lain.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...