Tengku Irham bergegas ke hospital. Tatlala pintu wad dibuka, dia terkaku apabila melihat Isya sedang melayan karenah anak-anaknya.
Isya melihat Tengku Irham di muka pintu. Senyuman manis diberikan kepada suaminya.
"Abang tak nak masuk ke?"jerit manja Isya.
Tengku Irham seperti tersedar. Dia segera menuju ke arah Isya.
"Sayang, maafkan abang. Sebab abang sayang tak happy. Abang dah baca diary sayang."Tengku Irham memeluk Isya.
Isya meleraikan pelukan suaminya. Ditenung muka suaminya. Selama dia koma dia mendengar semua luahan hati Tengku Irham dan ahli keluarganya yang lain namun dia ingin simpan semuanya dalam ingatannya sahaja. Dia tidak mahu meluahkannya. Biarlah hanya dia sahaja yang tahu.
"Isya rindu dekat semua. Syukur alhamdulillah semuanya selamat. Anak-anak kita abang dah beri nama?"Isya tidak mahu suaminya sedih sahaja. Dia cuba menukar topik. Dia juga ingin tahu nama anak-anaknya daripada Tengku Irham. Tadi dia hanya bersembang dengan mummynya sahaja. Itupun mengenai perkembangan ahli keluarga yang lain.
Datin Mery memberi peluang kepada Tengku Irham untuk meluahkan rasa rindu kepada Isya. Sebulan lebih Isya koma dan kini masanya untuk mereka bergembira.
Berita tentang keadaan Isya telah diberitahu kepada semua ahli keluarganya oleh Datin Mery. Datin Mery juga seperti bermimpi apabila melihat Isya melayan karenah Tengku Irham dan Tengku Adam Ishal.
"Umi, adik menangis! Ishal tak tahu nak pujuk!"Tengku Adam Ishal terjerit-jerit apabila adik-adiknya menangis.
Anak-anak Isya kini ditempatkan di dalam wad bersama Isya. Anak-anak kembarnya kini sudah semakin sihat. Mujur rezeki anak-anak Isya masih ada untuk menyusu badan walaupun setelah sebulan lebih Isya koma. Anak-anak Isya juga sudah semakin kuat dan boleh tidak menggunakan inkubator. Syukur alhamdulillah.
Mesti tertanya-tanyakan nama anak kembar Isya, disebabkan Isya koma maka nama anak-anak diberikan oleh Tengku Irham. Anak lelaki Tengku Irham namakan Tengku Adam Iman dan anak perempuan pula bernama Tengku Aliya Izzara. Isya yang mendengar nama anaknya tersenyum. Pandai juga suaminya memberi nama untuk anaknya. Dia sungguh tidak menyangka yang dia bersalin anak kembar. Patutlah dia tidak larat dan tidak seaktif semasa mengandungkan Tengku Adam Ishal. Manja sungguh anak-anaknya bersama Isya. Tidak pernah sekalipun anak sulungnya berenggang dengannya dan kini Tengku Adam Ishal semakin patuh dan taat dengan Isya.
Mungkin inilah hikmahnya Isya koma. Isya kini mendapat suami yang prihatin dan penyanyang, anak yang taat dan patuh serta ahli keluarga yang lebih prihatin. Baru hari pertama Isya sedar dan kini layanan ahli keluarganya terhadapnya seperti seorang puteri. Sepanjang harinya penuh dengan senyuman. Wadnya pula tidak pernah sekalipun kosong. Ada sahaja tetamu yang datang melawat.
"Sayang, lepas ni tak payahlah kita tambah anak. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang. Abang tak nak anak lagi."luah Tengku Irham kepada Isya setelah anak-anaknya tidur dan tiada tetamu yang datang.
"Kenapa? Tak eloklah macam tu. Kalau ada rezeki, apa salahnya."jawab Isya.
Riak muka Tengku Irham berubah. Dia diam seketika. Kali pertama di berasa kecewa bila dia mengetahui anak sulungnya membesar tanpanya di sisi dan sekarang dia hampir kehilangan isterinya hanya kerana berjuang demi putera dan puterinya. Demi memenuhi permintaannya dia hampir kehilangan orang yang dia sayang. Sudah cukuplah sebelum ini dia kehilangan isteri kerana dirinya dan kini dia tidak mahu kehilangan Isya lagi. Hidupnya tanpa Isya ibarat dia hilang semua deria rasanya. Semuanya tak bermakna tanpa isterinya.
"Abang, kenapa ni?"tanya Isya lagi yang melihat Tengku Irham senyap.
"Abang tak nak kehilangan Isya lagi. Cukuplah apa yang kita ada sekarang ni. Abang dah cukup bahagia."balas Tengku Irham perlahan.
Isya hanya tersenyum. Malam ini Isya bersama suami dan anak-anaknya. Tengku Irham dan Tengku Adam Ishal tidak mahu pulang ke rumah kerana begitu gembira meraikan kesedaran Isya daripada koma.
Lebih kurang seminggu Isya berada di hospital dan kini dia semakin pulih dan sudah dibenarkan balik ke rumah. Isya memilih untuk tinggal bersama keluarga Datuk Michael. Tengku Irham pula membenarkan. Tengku Irham tidak mahu Isya berada dalam keadaan sedih lagi. Keluarga Tengku Razief juga pasrah dengan kehendak Isya. Memang mereka mahu menjaga Isya di dalam pantang namun kebahagian Isya lebih pentibg daripada segalanya.
Keluarga Irma juga turut berkampung di rumah Datuk Michael. Riuh-rendah rumah Datuk Michael dipenuhi dengan suara cucu-cucunya. Meja makan juga penuh dengan kehadiran ahli keluarganya. Kini keluarganya lengkap dengan anak-anaknya.
Datin Mery bahagia melihat suasana kemeriahan keluarganya daripada balkoni. Tersenyum bahagia. Daripada memiliki anak tunggal lelaki dan kini mereka telah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan. Walaupun berbeza agama dan bangsa namun masih ada darah keturunan suaminya.
" hai, kenapa tak turun? Anak-anak menantu kita dah tunggu dekat bawah tu...."tegur Datuk Michael.
"Saya seronok tengok karenah anak menantu kita dari sini. Cuba tengok cucu kita tu, gembira sangat bermain air bersana Alvin. Alvin pun mahu saja melayan."Datin Mery ketawa gembira.
Inilah juga yang diimpikan oleh Isya. Disebabkan Isya masih lagi dalam pantang, maka Isya duduk di dalam rumah sambil memerhatikan telatah anaknya dan juga anak-anak buahnya. Sungguh dia tidak menyangka ini kebahagiaan yang menantinya. Walaupun sudah melalui saat pahit dan sukar namun berbaloi untuk dia tempuhi.
Allah s.w.t tidak akan memberi ujian hidup jika DIA tahu hambaNya tidak mampu. Semua itu sudah suratan takdir yang perlu dia tempuhi.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...