"Desmond, now pick up me."arah Isya
Tengku Ikram bertegas tidak mahu pulang sebaliknya menjemput Isya di Hotel. Ishal pula sudah lena dalam pelukan Tengku Ikram.
"Eh awak tak balik lagi ke?"tanya Isya yang melihat Tengku Ikram di dalam kereta.
"Mana balik. Saya nak tahu juga apa yang terjadi. Sekarang cerita dekat saya. Proposal saya macam mana? Awak dah fikir keputusannya?"tanya Tengku Ikram kepada Isya. Sebelum mereka pulang ke Malaysia, Tengku Ikram sempat melamar Isya. Dia juga memberitahu hasratnya kepada Datuk Michael yang ingin menjadikan Isya sebagai isterinya.
"Ikram, please give me more time to think. Saya tak mahu menyesal di kemudian hari. Saya takut Ikram. Takut hal lama berulang kembali. Bukan senang nak bina kepercayaan dalam satu perhubungan."balas Isya lagi.
"Awak fikirlah masak-masak. Bila awak dah ada jawapan awak beritahulah saya ya. Saya sedia beri awak masa. Ambilkah seberapa banyak masa yang awak perlukan."beritahu Tengku Ikram.
Desmond menghantar Tengku Ikram ke pent housenya di Subang. Ishal bertukar tangan. Kini lena dipelukan Isya.
Keadaan keluarga Tengku Raziff kini tegang sejak berita mengenai Ishal. Malam pertama Farhana dipenuhi tragedi.
"Rania, kalau Rania tahu mengenai dalang penceraian Isya dengan Abang, beritahulah kami semua."desak Tengku Ikram.
"Kalau abang tahu abang nak buat apa? Dah lama pun abang. Dua tahun dah abang bercerai dengan Kak Isya. Abang nak apa lagi. Biarlah Kak Isya bebas. Sebelum ni elok je. Kenapa baru sekarang abang nak sibuk-sibuk ambil peduli. Sebelum ni kenapa tak siasat sendiri. Itulah ada otak tapi tak guna. Semua ikut perasaan."marah Tengku Rania kepada Tengku Irham. Sempat juga Tengku Rania mencampak bukti Isya tidak bersalah.
Gambar superimposed yang kononnya Isya berasmara di dalam hotel di campak ke arah Tengku Irham. Terbeliak mata ahli keluarga yang lain. Sebelum ini ahli keluarganya tidak tahu kewujudan gambar tidak senonoh itu. Memang patut Isya marah kepada Tengku Irham. Sanggup Tengku Irham menuduh Isya berselingkuh.
"Badan isteri sendiri pun abang tak kenal. Teruk betul. Isya yang perempuan pun boleh kenal. Cuba tengok dekat badan perempuan tu. Ada tatu kecil. Badan kak Isya mana ada tatu. Badan Kak Isya ada tahi lalat di bahu kanan. Yang dalam gambar tu cuma ada tatu. Logiklah sikit abang. Itu pun sudah terang-terang menunjukkan gambar itu gambar superimposed. Abang fikirlah sendiri salah abang. Kalau Rania jadi Kak Isya pun, tak ingin Rania nak balik dekat abang. Tuduh bukan kesalahan kecil tapi besar. Melibatkan maruah diri. Lepas tu sempat pula abang paksa kak Isya bersama abang. Abang ingat Rania tak tahu ke apa yang abang buat dekat kak Isya. Dekat mana Rania tau abang tak perlu tau." Tengku Rania meninggalkan ahli keluarganya. Malas dia mahu melayan. Cukuplah Tengku Irham tahu bahawa Isya tak bersalah.
"Abang, sudahlah. Jom kita masuk bilik. Kita rehat dulu."ajak Farhana. Farhana yang dari tadi kegelisahan. Tengku Rania sempat juga mengerling ke arah Farhana.
"Nasib kaulah Farhana. Padan muka Abang Irham dapat isteri macam Farhana. Sebelum ni aku dah warning dan menghalang supaya jangan berkahwin dengan Farhana tapi tetap degil juga."omel Tengku Rania sendirian.
Tengku Irham kegelisahan apabila teringat mengenai Isya. Teringat dia ketika Isya bertanya kepada dia mengenai kepercayaan dia terhadap Isya.
"Kalau abang tak percaya pada Isya, Isya akan terus tinggalkan abang."
"Isya, betul-betul kau tinggal aku. Sanggup sorok kewujudan Ishal."bisik Tengku Irham di dalam hati.
Farhana juga kini monyok. Malam pertamanya sebagai isteri sepatutnya diraikan dengan gembira namun lain yang jadinya...........................................................................
Di rumah Datuk Michael, Isya pula tak boleh tidur lena memikir lamaran Tengku Ikram.
Teringat dia ketika dia menjejakkan kaki di kota London.
"Isya, saya nak berkawan dengan awak boleh tak?" Pinta Tengku Ikram.
"Kalau nak jadi kawan boleh je. Tak salah pun. Asalkan pandai menjaga batasan sudah cukup."balas Isya.
"Saya nak awak jadi teman special saya. Saya jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali saya nampak awak hari tu dekat Majlis Rayyan.
Isya memberitahu Tengku Ikram mengenai dirinya dan dia juga memberitahu Tengku Ikram bahawa dia kini berbadan dua. Dia bakal menjadi ibu tunggal. Mahukah Tengku Ikram menerima kehadiran anaknya nanti.
Sejak Ishal dilahirkan ke dunia, Tengku Ikramlah yang mengazankan Ishal. Dia menggantikan Tengku Irham sebagai Papa kepada Ishal. Bukan setakat Tengku Ikram malah ahli keluarga Tengku Ikram sudah menganggap Ishal sebagai cucu mereka. Jika Isya ada hal, biasanya Tengku Mariam akan secara sukarela ingin menjaga Ishal. Kadang-kala sampai berperang mulut Tengku Mariam dan Datin Merry ingin menjaga Ishal. Last sekali dua-dua menjaga Ishal. Tengku Mariam sanggup datang ke rumah Datin Merry semata-mata ingin menjaga Ishal. Untung betul Ishal mendapat ramai orang yang menyayanginya. Tidak kurang dengan kasih sayang seorang bapa.
"Isya, I tahu semua cerita mengenai penceraian you dengan Tengku Irham. I juga tau you tak salah. You diceraikan sebab salah faham dari bekas suami you kan? Kalau sebab itu you nak tolak I, I memang tak boleh terima. Maafkan I, I paksa Rayyan cerita mengenai you kepada I. Awak jangan marah Rayyan ya."beritahu Tengku Ikram.
"Harus ke aku terima Tengku Ikram?" Omel Isya sendirian. Kini Isya mengambl wudhuk dan mencapai telekung untuk bermohon kepada Allah petunjuk. Dia melakukan solat istiharah.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...