Chapter 70

3.6K 119 4
                                    

Kini sudah 3 bulan usia perkahwinan Tengku Irham dan Isya. Selama tiga bulan juga hubungan mereka dapat dirahsiakan daripada pengetahuan Farhana. Isya tidak menyangka dia berjaya menyorokkan perkahwinannya. Bukan dia mahu merahsiakan selamanya cuma dia perlu menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan perhubungannya. Dia akan pastikan Farhana jauh daripada mereka. Selepas segalanya terungkai barulah dia akan mengumumkan perkahwinan dengan Tengku Irham.

Kali ini satu informasi berguna yang diperolehi oleh Isya mengenai Farhana iaitu Daniel. Daniel teman Farhana apabila dia dalam keadaan stress. Lebih-lebih lagi apabila segala rancangannya mengenai Tengku Irham tidak berjaya. Desmond baru mendapat pengesahan daripada informernya. Sudah lama mereka mengintip pergerakan Farhana dan akhirnya mereka baru berani mengesahkan apabila melihat keakraban Farhana dan Daniel. Bukan setakat teman di kelab malam malahan juga menjadi teman tidur. Bukan setakat di hotel sahaja mereka bermalam.

Gambar-gambar Farhana bersama Daniel juga diserahkan kepada Isya oleh Desmond.

"Apalah nak jadi dengan kau ni Hana. Sampai macam ni sekali kau terpesong."Isya yang mengomel sendirian di ruang pejabatnya. Sedih melihat teman yang pernah rapat dengannya kini sudah terpesong jauh daripada ajaran agama.

Daniel pula sudah lama menginginkan Farhana. Bukan dia tidak layak untuk Farhana cuma dia tidak tahu apa yang dikejar oleh Farhana dengan Tengku Irham. Daniel juga anak orang kaya dan ada pangkat. Tidaklah selokek mana kerjanya.

Daniel adalah merupakan anak CEO kepada Syarikat Damai Holdings malahan Daniel merupakan anak tunggal kepada syarikat tersebut. Ramai juga perempuan yang tergila-gilakan Daniel cuma Daniel sahaja yang tidak mahu melayan. Dia hanya berminat dengan Farhana.

"Sayang, kahwin dengan i!"ajak Daniel kepada Farhana.

"Daniel, please stop it! You jangan mengarut boleh tak? I kan dah beritahu you sebelum ni. Kita cuma kawan sahaja! Stop it!"marah Farhana.

Malam tersebut mereka bersama setelah pulang dari kelab malam.

"Please Hana. Kita nak sampai bila macam ni? I pun sayang you. Family I lagi kaya dari Tengku Irham. Kenapa you nak kejar dia? I betul-betul sayangkan you."pujuk Daniel lagi. Daniel makin erat memeluk Farhana.

"I nak hapuskan Isya. I benci dia. Dari dulu lagi apa yang I mahu dia mesti rampas!"luah Farhana lagi.

Daniel tidak terus memujuk Farhana. Dia perlu mencari jalan untuk mendapatkan Farhana dan dia yakin Farhana cuma obses kepada Tengku Irham dan juga Isya.

Daniel juga tidak mahu berterusan hidup begitu. Entah kenapa kini dia semakin sedar daripada kesilapannya. Semua ini kerana hal minggu lepas di mana dia berpeluang berjumpa dengan Isya berbincang mengenai projek di London. Syarikat Damai Holdings terlibat sama dalam membekalkan barangan untuk projek Isya di London. Daniel akan menggunakan peluang tersebut untuk berkenalan dengan Isya juga. Kalau terpaksa dia akan meminta bantuan Isya dan Tengku Irham untuk nendapatkan Farhana.

"Isya, dah lama ke you dengan Datuk Michael? Sebelum I tak pernah tahu pun Datuk Michael ada anak perempuan? Kalau I tahu sudah lama I tackle you."seloroh Daniel.

Isya juga telah mengetahui tengtang hubungan Daniel bersama Farhana sebelum mendapat pengesahan daripada Desmond. Dia cukup berhati-hati dengan Daniel. Apa yang dia akan lakukan adalah berwaspada dan sentiasa melayan baik. Dia tidak mahu mencari masalah dengan Daniel lagipun Daniel tidak terlibat sama dalam perbalahan dia dan Farhana. Apa yang perlu dilakukan sekarang ini dia perlu memadamkan niat jahat Daniel kepadanya dengan kebaikan dirinya.

"I memang dah lama dengan Daddy I. Actually he a good father."jawab Isya ringkas.

"Tapi agama you different. Macam mana boleh jadi macam tu?"sengaja Daniel bertanya soalan tersebut padahal dia sudah tahu yanga Isya bukan anak kandung Datuk Michael. Selama ini Daniel hanya mengetahui Isya menggoda Datuk Michael dan Alex semata-mata ingin masuk ke dalam keluarga Datuk Michael. Maklumat tersebut diberitahu oleh Farhana. Farhana memang pandai memanipulasi maklumat. Oleh kerana hasad dengki dia memburuk-burukkan Isya kepad orang lain. Daniel pula hanya percaya kepada Farhana.

"Actually Datuk Michael uncle I. Abang kepada Papa I. Papa I chinese dan mama I melayu. So lepas parents I meninggal I stay dengan adik I. Alex dengan I memang sudah berkawan lama sejak dari sekolah menengah lagi tapi terpisah lepas habis SPM. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Masa tu I tak tahu hubungan Papa I dengan Datuk Michael."beritahu Isya tanpa menyembunyikan fakta sebenar.

"Oh begitu. So macam mana you boleh kerja dengan Datuk Michael sekarang ni? Dengan Alex pun you rapat. Kenapa you tak kahwin je dengan Alex?"soal Daniel lagi. Dia perlu tahu mengenai diri Isya. Sungguh berbeza maklumat yang dia dapat dari Farhana.

"Lepas Datuk Michael tahu I anak adik dia, dia selalu support I dan adik I. Bila i susah, family Alex ada bersama I sampailah mereka ajak I kerja dengan mereka. Daniel, actually hal perasaan ni susah kita nak jangka. I anggap Alex macam abang I. Even masa I kenal pun Alex sudah ada Stephanie. You sanggup ke putuskan hubungan orang lain semata-mata sebab diri you? Lagi-lagi orang yang terdekat dengan diri kita. Untuk pengetahuan you, sekali I anggap seseorang tu macam family I, I takkan lukakan hati orang tu."jelas Isya lagi. Isya tahu Daniel cuba mengorek rahsia dia. Bukan dia tidak tahu tapi dia hanya melayan sahaja soalan Daniel. Dia akan cuba pengaruhi Daniel.

Pelbagai soalan yang keluar dari mulut Daniel. Isya hanya menjawab dengan jujur.

"Isya, why you different from Hana story? Siapa sebenarnya you Isya!"kata Daniel di dalam hati. Dia perlu mengenali Isya sebelum dia mahu menawarkan diri membantu Farhana. Sebelum ini pernah juga dia terfikir ingin membantu Farhana untuk membalas dendam kepada Isya dan kini dia perlu berfikir semula. Dia juga bukan seorang yang jahat. Dia juga tidak mahu Farhana menjauhkan diri daripadanya. Dia akan cuba cari jalan untuk mendekati Farhana.

Sebenarnya Isya sengaja memancing Daniel untuk projeknya. Bukan dia tidak ada pembekal lain tetapi demi untuk memantau keadaan Farhana dan orang-orang yang sentiasa bersama Farhana dia perlu lakukannya. Isya juga sudah memberitahu hal tersebut kepada Tengku Irham terlebih dahulu. Tiada halangan daripada Tengku Irham. Harga yang ditawarkan oleh Daniel untuk projek Isya di London juga masih berpatutan.

Farhana pula masih dengan matlamatnya iaitu ingin mendapatkan  Tengku Irham manakala Daniel pula masih dalam perancangannya untuk mendapatkan Farhana. Sebelum Farhan memperolehi Tengku Irham dia akan mendapatkan Farhana terlebih dahulu. Daniel mengharapkan rancangannya akan berjaya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now