Isya termenung sendirian. Teringat dia akan Bella, Zarina dan Farhana. Kini hanya Zarina sahaja yang masih menghubunginya. Bella pula sudah jauh sesat ke laut. Lelaki penuh keliling pinggang dan setiap malam hidupnya sentiasa penuh dengan keseronokan duniawi. Farhana pula tidak habis-habis cemburukan dia.
"Apalah yang cemburukan sangat dengan hidup Isya ni Hana...."Isya bercakap sendirian.
Jauh termenung di balkoni manakala Tengku Adam Ishal hanya bermain di bilik. Alvin dan Desmond berada di bahagian bawah.
"Ishal! Ishal tak nak turun ke? Kat bawah ada uncle Alvin dan Desmond. Baby Naila pun ada."tanya Isya dari balkoni.
"Tak nak. Nanti Umi tinggal Ishal."jawab Tengku Adam Ishal yang bermain di atas katil.
"Umi tak tinggal Ishal. Umi janji. Lagipun Uncle Alvin atau Uncle Desmond ada dekat bawah. Kalau Umi nak keluar Umi mesti bawa Uncle Alvin atau Uncle Desmond dengan Umi. Sekarang ni dua-dua Uncle ada dekat bawah. Maknanya Umi tak keluar pergi mana-mana. Nanti Ishal carilah Umi dekat bilik ni. Umi ada dalam bilik."Isya tidak mahu Tengku Adam Ishal sentiasa bersama dengannya. Bukan dia tidak suka tapi dia tidak mahu Tengku Adam Ishal berasa takut. Dia perlu mengajar anaknya supaya lebih berani dan ada kepercayaan terhadapnya.
"Betul ni Umi? Umi janji jangan tinggal Ishal ya!"Tengku Adam Ishal ingin kepastian Isya.
Isya mengangguk dan kini Tengku Adam Ishal lebih yakin. Nama Alvin dan Desmond menjadi pilihan. Baju ditukar kepada baju renang dan mengajak Alvin untuk turun ke kolam renang. Sudah lama Tengku Adam Ishal tidak turun ke kolam renang. Tengku Adam Ishal kembali aktif. Isya hanya tersenyum gembira melihat anaknya bermain.
Telefon bimbit Isya dari tadi berbunyi dan Isya hanya melihat dari balkoni. Malas dia mahu melihat siapakah gerangan pemanggil yang menelefonnya. Dia kembali termenung. Teringat akan Papa dan Mamanya serta adik bongsunya yang meninggalkannya. Terasa rindu akan Papa dan Mamanya.
Tengku Irham dari tadi menelefon Isya. Tiada satu pun panggilan yang berjaya. Kerisauannya mula kembali. Telefon di dail lagi dan kali ini nombor Desmond pula. Desmond dan Alvin sibuk melayan Tengku Adam Ishal di kolam renang. Akhirnya di angkat oleh Desmond.
"Hello, ya Tengku. Ada apa ya telefon saya?"tanya Desmond.
"Hello. Desmond sorry ganggu you tapi I nak tanya Isya ada tak? Saya call tapi x dapatlah. Dah banyak kali saya call tapi satu pun x lepas."beritahu Tengku Irham.
Desmond segera ke arah balkoni bilik Isya. Kelihatan Isya termenung sendirian. Desmond memberitahu keadaan Isya kepada Tengku Irham dan memberitahu mungkin sahaja telefon Isya dalam mode vibrate ataupun silent sehinggakan Isya tidak perasaan yang telefonnya berbunyi. Itu sahaja yang mampu dijawab oleh Desmond.
Tengku Irham pula yang termenung. Apakah sebenarnya yang difikirkan oleh Isya. Sudah pasti ada sesuatu yang difikirkan oleh Isya dan kini dia pula yang risau. Risau jikalau Isya tidak jadi untuk kembali bersamanya.
Desmond memanggil dan melambai ke arah Isya. Isya yang terdengar suara Desmond berasa pelik. Di lihat ke arah Tengku Adam Ishal dan kelihatan anaknya sedang bergembira bermain bersama Alvin.
"Kenapa Desmond?"jerit Isya.
Desmond menunjukkan telefonnya dan meminta Isya melihat telefonnya. Desmond bercakap melalui telefon memandangkan jarak mereka yang agak jauh. Sebenarnya Isya malas hendak mengangkat telefonnya tetapi mahu ataupun tidak dia perlu mendengar apa yang ingin Desmond katakan.
"Sorry Isya ganggu you. Tadi Tengku Irham call dan dia minta you tengok telefon."beritahu Desmond.
"Tak apa. Saya tau tadi ada dengar banyak kali telefon saya berbunyi. Thanks sebab beritahu. Tak apa. Biar je. Nanti saya call dia balik bila saya rasa nak call. Awak jangan risau. Yang penting make my prince happy je dekat bawah tu. Eh Naila still dekat Stephanie ke dekat bawah?"tanya Isya yang mula menukar topik.
"Baiklah Isya. Yes still dekat bawah dengan Naila."jawab Desmond.
"Desmond, suruh Alvin siapkan kereta. Ishal bagi dekat Mak Jah dekat bawah. Minta dia siapkan. Awak pun bersiap. Kita keluar sekejap lagi. Beritahu Stephanie yang saya nak ajak dia pergi window shopping. Suruh dia bersiap juga."suruh Isya kepada Desmond.
Desmond memberi arahan kepada Alvin supaya keluar dari kolam renang bersama Tengku Adam Ishal. Dia juga memberitahu kepada Stephanie bahawa Isya mengajaknya untuk keluar bersama dan tanpa membuang masa Stephanie segera bersiap. Naila diberikan kepada Mak Jah untuk disiapkan.
Isya pula kini mula bersiap. Telefon dilihatnya dan memang banyak panggilan daripada Tengku Irham tidak dijawab oleh Isya.
"Nak call balik ke tak ya? Hmmm...."Isya mengomel sendirian.
Tengku Irham kini tidak senang duduk. Dari tadi tiada satu pun panggilan yang berjaya. Tidak pernah Isya berperangai begitu. Apakah sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Isya.
Selepas dia menelefon Desmond Tengku Irham ada mencuba menelefon Isya tetapi masih gagal. Dalam pada masa Isya bersiap sudah berpuluh kali telefon Isya berdering tetapi masih juga tidak di angkat oleh Isya. Kali ini Tengku Irham mencuba nasib lagi. Jika masih gagal, dia akan pergi ke rumah Datuk Michael.
Dalam pada Isya berkira-kira ingin menelefon Tengku Irham, telefonnya berdering sekali lagi dan Isya pula sudah tersilap meletak jarinya dan terkena button menerima panggilan. Senyum Tengku Irham apabila panggilannya dijawab oleh Isya.
"Assalamualaikum sayang! Kenapa tak angkat telefon? Banyak kali abang call sayang."cakap Tengku Irham dalam nada risau.
Isya pula terkejut. Mahu atau tidak dia perlu menjawab. Hendak memutuskan talian tidak sampai hati pula. Lagipun Tengku Irham tidak ada salah apa-apa dengan dia cuma moodnya saja tidak dalam keadaan baik.
"Waalaikumsalam. Maaflah Isya tadi tak dengar bunyi telefon. Khayal tengok Ishal main dengan Alvin dan Desmond dekat pool. Ada apa awak call saya?"tanya Isya yang cuba berselindung akan hal sebenar.
"Tak ada apa. Saja je. Abang rindu. Bila kita nak buat persiapan untuk nikah semula?"
"Abang, kalau Isya nak fikir balik boleh tak pasal hal kita ni?" Isya sebenarnya serba salah. Bukan dia tidak sayang dengan Tengku Irham tetapi perasaannya masih tidak yakin untuk kembali bersama. Dia masih teringat hal lama di Kedah dahulu.
"Sayang, jangan macam ni. Jangan cakap sayang tak nak kita nikah semula. Abang dah beritahu family abang dah. Masing-masing dah setuju dan mahu kita percepatkan majlis kita. Abang tak kira, sayang kena kotakan janji sayang juga." Patutlah perasaan Tengku Irham berbeza hari ini. Rupanya Isya mahu berfikir balik mengenai hubungan mereka. Itu lebih merisaukan Tengku Irham. Bukan senang untuknya memujuk Isya kembali.
"Bagi Isya masa boleh tak abang?"
"Berapa lama Isya perlukan? Sebelum ni bukan Isya sudah bercuti ke? Masih tak yakin dengan Abang ke? Isya, kali ni Abang janji, abang tak akan sia-siakan Isya macam dulu. Please sayang....abang nak kita kembali bersama. Abang nak kita hidup bersama-sama dengan Isya dan Ishal. Abang bukan macam dulu lagi Isya. Bagi abang peluang ya Isya. Isya nak bawa Desmond dan Alvin pun tak apa. Yang penting kita dapat hidup bersama."pujuk Tengku Irham.
Pelbagai ayat yang digunakan oleh Tengku Irham untuk memujuk Isya tetapi jawapan Isya masih sama. Apakah yang difikirkan oleh Isya sebenarnya. Sebelum ini dia begitu yakin untuk kembali bersama Tengku Irham dan kini seperti mahu menarik semula keputusannya.
YOU ARE READING
BUAH HATI TENGKU
RomanceStart 24 September 2017 End 26 October 2017 Rev 14 Nov 2017 End Rev 10 October 2018 Pertemuaan Isya Qirana dan Tengku Irham merupakan detik manis Tengku Irham. Tidak disangka itu merupakan kali terakhir Tengku Irham bertemu Isya. Namun tidak disangk...