Chapter 69

3.2K 113 2
                                    

Gara-gara merajuk, Isya dan anaknya tertidur di bilik tetamu. Bukan niat Isya mahu melawan Tengku Irham tetapi dia tidak sengaja tertidur di bilik tetamu gara-gara menyiapkan dokumen projek. Disebabkan terlalu urgent jadi dia menyiapakan kerjanya di bilik tetamu di rumah Tengku Zakiah. Bukan dia marah sangat terhadap Tengku Irham tetapi sengaja dia mahu tunjuk protes.

Awal pagi lagi dia mendapat panggilan dari London mengenai projek yang dipersetujui oleh Isya. Dia juga mendapat berita bahawa wakil dari London akan turun ke Kuala Lumpur pada lusa pagi. Jadi hari ini dia terpaksa memendekkan percutiannya dan turun ke Kuala Lumpur. Dia masuk ke biliknya dan kelihatan  Tengku Irham masih sedang nyenyak tidur. Tengku Adam Ishal pula bangun awal apabila mendapati Isya sudah bangun dari tidurnya dan kini beralih tidur di sebelah Tengku Irham. Tengku Irham pula terjaga apabila dirasakan ada tangan kecil memeluk tubuhnya.

"Eh sayang papa dah bangun ke? Umi mana?"tanya Tengku Irham dan tangan Tengku Adam Ishal menunjuk ke arah Isya yang sedang sibuk berkemas.

"Eh sayang nak pergi mana ni? Takkan merajuk sampai nak tinggalkan abang."muka Tengku Irham yang kini monyok sambil memeluk Tengku Adam Ishal.

"Maaf abang. Isya nak balik KL hari ni. Tadi dapat panggilan dari wakil London. Lusa mereka akan datang ke KL. Abang nak ikut Isya balik tak? Kalau tak, tak apalah. Abang balik nanti dengan Ishal sekali."selamba saja jawapan Isya.

"Isya, sekarang kan Isya isteri abang. Abang akan ikut Isya balik. Opah dah tau ke Isya nak balik hari ni?"tanya Tengku Irham.

Isya hanya mengangguk dan kini tangannya lincah mengemas beg untuk balik ke Kuala Lumpur.

"Opah nak ikut Isya balik sekali tak?"tanya Isya.

"Tak apalah Isya. Opah nak duduk sini dulu. Isya baliklah dengan Irham."jawab Tengku Zakiah.

Tiada halangan bagi Tengku Zakiah. Baginya sudah cukup bahagia melihat Tengku Irham kini sudah bersatu dengan Isya. Itu impiannya yang ingin melihat Isya kembali menjadi cucu menantunya.

Tengku Adam Ishal menaiki kereta bersama dengan Desmond dan Alvin manakala Isya menaiki kereta bersama Tengku Irham. Tengku Adam Ishal lebih senang bersama Desmond ketika ini. Isya hanya menuruti kehendak anaknya manakala Tengku Irham tersenyum gembira. Pandai anaknya memberi ruang privasi untuknya bersama Isya.

"Abang ni dah kenapa? Senyum-senyum je saya tengok dari tadi."tegur Isya di dalam kereta.

"Senyumlah. Happy sebab anak kita tu faham yang papanya nak ada ruang privasi bersama uminya."tersengih Tengku Irham menjawab soalan Isya. Isya pula hanya menggeleng kepala sahaja melihat perangai suaminya.

Pertama kali balik ke rumah Datuk Michael sebagai seorang isteri setelah tiga tahun hidup sendirian. Datuk Michael dan Datin Marry bahagia melihat anak perempuan mereka bahagia. Jika dulu dia hanya mempunyai Alex dan kini mereka berasa bahagia dengan kehadiran dua orang anak perempuan sebagai pelengkap keluarga mereka.

"Daddy, Alex mana? Isya ingat nak discuss sikit dengan Alex."Isya yang dari tadi mencari-cari kelibat Alex.

"Isya, rest dulu okay. Alex ada. Sekejap lagi sampailah tu. Dia keluar tadi. Irham, pergilah bawa Ishal tu masuk bilik. Mummy tengok dia dah letih tu."suruh Datin Merry.

Tengku Irham hanya mengikut sahaja arahan Datin Merry. Tengku Adam Ishal pula kini sudah berada dalam dukungan Tengku Irham. Cantik landing Tengku Adam Ishal. Isya pula macam biasa dengan degilnya. Menunggu Alex. Datin Merry hanya menggeleng kepala sahaja melihat perangai Isya.

"Amoi, pigi lehat dulu la amoi! Lobot pun boleh losak kalau tak ada lehat!"usik Datik Merry dengan pelat cina.

"Mummy! Tak lawak okay!"muka Isya buat muka-muka marah lantas senyuman dan ciuman di pipi dihadiahkan kepada Datin Merry.

Isya nampak tegas tetapi seorang anak yang manja. Sangat manja dengan Datin Merry.

"Isya bahagia?"tanya Datin Merry tiba-tiba.

"Isya bahagia dan bertuah. Sebab Isya ada Mummy, Daddy, Alex dan paling penting Isya sekarang ada Irham dan Ishal. Terima kasih mummy sebab selalu ada dengan Isya."kali ini Isya memeluk Datin Merry.

Tengku Irham dan Tengku Adam Ishal sudah lama dibuai mimpi di dalam bilik. Datuk Michael hanya melihat dari jauh kelakuan isterinya dan Isya. Dia berasa gembira melihat Isya bermanja dengan Datin Merry. Walaupun Isya bukan anak kandungnya tetapi segala tindak tanduk Isya tidak ubah seperti mereka ibu bapa kandungnya. Baginya kedatangan Isya merupakan satu anugerah yang paling berharga serta memberi tuah kepada keluarganya.

"Thanks Isya sebab sudi anggap Daddy dan Mummy seperti keluarga kandung Isya sendiri."Datuk Michael yang entah dari mana datangnya bersuara.

"Daddy, Isya tak pernah anggap Daddy seperti orang lain. Isya dah anggap Daddy macam ayah kandung Isya sendiri. From now onwards please bear in your mind that I'm your daughter. Please Daddy!"muka Isya dimaniskan dan perangai budak-budaknya sudah datang. Sempat lagi Isya mengusik Datuk Michael.

Datuk Michael terus tergelak. Suasana serius kini sudah bertukar menjadi lebih indah dengan gelak tawa mereka. Alex yang memerhati dari jauh berasa kebahagiaannya. Kehadiran Isya amat bermakna baginya. Semenjak di bangku sekolah lagi mereka rapat dan Isya merupakan satu-satunya perempuan melayu yang mahu berkawan rapat denganya dan sekarang dia sendiri tidak menyangka yang hubungan mereka sudah jadi terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan.

"hai sis! Tak pergi honeymoon lagi ke? Pergilah jauh sikit. Baru syok!"tegur Alex.

"Nantilah. I tunggu you ni bro. Lambatlah. Nak berjanggut I tunggu you ni!"Isya mengusik Alex.

"You mana boleh tumbuh janggut. You tukar jantina ke? Hahahha"balas Alex lagi.

Bantal di tangan dilemparkan ke arah Alex. Alex pula tidak sempat mengelak dan terkena tepat ke arah mukanya. Apa lagi muka  Alex sudah masam manakala Datuk Michael dan Datin Merry terus tergelak.

"Bro, lusa wakil London turun sini. Jom kita meeting. Projek besar ni. Rugi. Syarikat mereka tengah banyak projek. I tangkap projek besar bagi you. Lepas ni susah you nak rehat panjang. Sorry bro!"semangat Isya bercakap.

Perbincangan mereka bertiga mengenai mesyuarat yang bakal di adakan bersama wakil daripada London. Kini perbincangan mereka bertambah serius. Datin Merry pula sudah mulai menjauhi mereka kerana dia sendiri tidak faham apa yang mereka bincangkan. Laptop Isya juga sudah dibukanya. Penerangan lebih lanjut daripada Isya.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now