CHAPTER 20

6.2K 153 1
                                    

"Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan pertunangan anak Saya, Tengku Irham Tengku Razif bersama Isya Qirana Daniel Yong. Dijemput Irham dan Isya ke hadapan" panggil Tengku Razif.

Ucapan itu amat mengejutkan bagi diri Isya. Jika tadi Tengku Irham meluahkan perasaan tapi kininTengku Razif sendiri mengumumkan pertunangan Isya dengan Tengku Irham. Memang sungguh mengejutkan dirinya. Apa yang patut Isya lakukan.

"Ya Allah apa yang harus aku lakukan. Perlukah aku lari sahaja dari sini. Isya, tolonglah fikir dengan waras." Kata Isya di dalam hati.

Isya terkaku seketika dan memandabg Irma. Irma hanya tersenyum dan menangguk dan memberi isyarat supaya Isya menerima sahaja. Tengku Irham memandang Isya. Sesungguhnya dia pun tidak menyangka yang Tengku Razif mahu mengumumkan pertunangannya dengan Isya secepat begini.

Akhirnya Isya akur. Isya kini secara rasminya menjadi tunang kepada Tengku Irham. Datuk Michael dan Datin Mery berasa sungguh gembira dengan lamaran daripada keluarga Tengku Razif. Baginya memang tiada bantahan. Datuk Michael juga amat menyenangi keluarga Tengku Razif.

Cincin bertatahkan berlian disarungkan oleh Tengku Suraya sebagai tanda ikatan pertunangan daripada pihak lelaki. Isya pula telah banyak terhutang budi dengan keluarga Tengku Irham. Disebabkan itu dia menerima lamaran daripada Tengku Irham. Dia juga tidak mahu memalukan keluarga Tengku Irham yang banyak membantunya.

Bagi Isya ini baru permulaan hidup untuk dirinya. Menjadi tunangan orang tanpa dalam perancangan bukan akan mengubah perancangan hidupnya. Apa yang ingin dia lakukan adalah mencapai impiannya. Selepas ini dia akan berbincang bersama Tengku Razif. Dia perlu menyuarakan perancanganya kerana dia tidak mahu melukakan hati orang lain.

Tetamu yang hadir bersorak gembira. Kegembiraan berganda kepada Irma. Datuk Michael menghadiahkan sebuah rumah kepada Irma sebagai hadiah perkahwinan manakala Alex menghadiahkan pakej honeymoon ke Korea. Irma dan Haikal perlu bertolak esok untuk honeymoon ke Korea. Haikal diberi cuti dua minggu oleh Datuk Michael memandangkan Haikal bekerja di salah sebuah syarikat milik Datuk Michael yang kini secara rasminya merangkap sebagai pak ciknya juga.

Kini tetamu semakin berkurangan. Staf Hotel Wellington mengucapkan tahniah kepada Isya dan Tengku Irham di atas pengumuman mengejut dari Tengku Razif.

"Tahniah Isya!! Bercinta senyap-senyap je ya. Hari tu akak tanya Isya cakap tak ada apa-apa. Tup tup sekarang dah jadi tunang Tengku Irham lagi." Ucap Kak Fatihah.

Isya tidak tahu hendak memberi respon apa kepada Kak Fatihah. Semuanya berita yang mengejutkan bagi dirinya manakala Tengku Irham tersenyum gembira kerana kini Isya secara rasminya bergelar tunangan dia. Apa yang perlu sekarang dia perlu memikat Isya dengan lebih lagi.

"Papa, thanks sebab tolong abang jadikan Isya sebagai tunang abang."bisik Tengku Irham kepada Tengku Razif

"Sama-sama tapi yang tu Irham kena thanks dekat mama dan opah sebab mereka paksa Papa. Puas Papa berperang mulut dengan Mama dan Opah."jawab Tengku Razif.

Ini semua penangan paksaan dari Tengku Suraya dan Tengku Razif yang menginginkan Isya menjadi menantu mereka. Tengku Suraya risau jika lambat nanti Isya akan disambar orang lain. Melepaslah mereka yang ingin bermenantukan Isya. Jika mahu menunggu Tengku Irham memikat Isya, mungkin akan mengambil mass yang lama. Mereka juga tahu Isya tidak mungkin akan memalukan mereka.

"Auntie dan Uncle, Isya ada perkara nak bincang. Boleh kita jumpa esok tak?"beritahu Isya kepada Tengku Razif dan Tengku Suraya.

"Sayang, panggil papa dan mama. Jangan guna panggilan uncle dan auntie. Lagipun Isya sudah jadi sebahagian dari ahli keluarga mama. Isya pun dah jadi tunang Irham. Isya nak bincang apa? Jangan cakap Isya nak batalkan pertunangan ni dah la ye. Mama harap sangat Isya jadi menantu mama." Beritahu Tengku Suraya.

Ketika itu semua tetamu sudah balik. Irma dan Haikal pula sudah balik ke bilik. Tengku Razif menaja bilik honeymoon untuk Irma dan Haikal untuk malam ini manakala Isya diberi bilik vip di hotel supaya Isya tidak perlu balik ke rumah.

"Esok kita bincang ya mama. Isya harap sangat."balas Isya kepada Tengku Suraya.

Tengku Irham yang berada di sisi Isya mula risau. Risau jika Isya akan berjauhan dengannya. Empat tahun dia menunggu detik ini. Takkan akan musnah dalam sekelip mata.

Tengku Razif dan Tengku Suraya bersetuju. Mereka perlu juga dengar apa yang ingin dibincangkan oleh Isya. Hari ini mereka seperti telah memaksa Isya untuk menerima lamaran daripada pihaknya. Jadi mereka perlu tahu juga isi hati Isya.
...........................................................................

Tepat jam dua petang Irma dan Haikal bertolak ke KLIA untuk penerbangan honeymoon mereka ke Korea. Isya juga sempat berpesan kepada Irma supaya menjaga diri.

Selepas pergi menghantar Irma, Isya menuju ke rumah Tengku Razif.

Isya tiba di rumah Tengku Razif tepat jam empat petang.

"Mama, Papa dan Irham. Sebenarnya Isya nak beritahu Papa dan mama yang Isya akan melanjutkan pelajaran Isya dalam MBA selama 3 tahun. Isya nak minta maaf banyak-banyak. Isya bukan nak menjauhkan diri atau mencari alasan untuk pertunangan ini tapi rancangan ini memang dah lama Isya buat. Isya harap papa dan mama boleh faham."beritahu Isya tujuan perbincangan ini diadakan.

Tengku Irham terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Isya. Betullah telahan dia yang Isya mahu menjauhkan diri daripadanya. Patutlah dari semalam lagi dia dapat merasakan debaran dari Isya semenjak Isya meminta mengadakan perbincangan dengan  keluarganya.

"Opah tak halang Isya nak belajar. Memang salah kami sebab paksa Isya terima. Maafkan Opah. Opah yang paksa Papa buat begitu. Opah tak nak Isya jatuh dekat orang lain. Jadi Opah rasa kalau Isya nak belajar tu memang tak ad masalah. Bila Isya nak mula daftar? Dekat mana Isya belajar nanti?"celah Tengku Zakiah. Tengku Zakiah pasti Tengku Suraya akan lembut hati nanti. Jadi dia perlu masuk campur kerana idea ini juga datang daripadanya.

"Isya belajar dekat UUM Sintok. Bulan januari ni Isya start kuliah. Lagipun tinggal sebulan je lagi kontrak Isya dengan syarikat papa habis. Tu yang Isya plan sambung belajar tu."jawab Isya lagi.

"Isya, saya boleh benarkan awak sambung belajar tapi lepas kita kahwin. Kita kahwin sebelum awak mula belajar."celah Tengku Irham sebelum yang lain mula menjawab.

Masing-masing memberikan pendapat. Nampaknya lain yang Isya harapkan lain pula yang jadi. Kini tarikh perkahwinan jadi semakin awal. Tujuan Isya ingin menundakan majlis perkahwinannya tapi kini yang berlaku adalah sebaliknya. Setelah selesai perbincangan bersama keluarga Tengku Irham, Isya meminta ingin mengundurkan diri kerana dia ada hal lain.

"Isya, saya harap sangat kita kahwin dulu sebelum awak mula study."beritahu Tengku Irham semasa menghantar Isya ke kereta.

"Irham, give me more time please. Semua jadi secara mendadak. Saya takut saya tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Bagi saya masa. Memang betul saya sudah bersetuju dengan keluarga awak tapi saya perlukan masa. Nanti saya telefon awak. Buat masa ni beri saya ruang untuk berfikir."jawab Isya.

Ya, Isya perlukan masa untuk dia menerima semua ini. Semuanya amat mendadak bagi dirinya. Dia masih tidak bersedia.

Isya segera whatsapp Pn Azura selaku orang yang bertanggungjawab menguruskan jadual kerja untuk Isya.

Isya : salam Kak Azura. Boleh tak kalau Isya nak minta cuti 1 week? Isya ada personal problem.

P.A : salam.. boleh Isya. Minggu ni tak ada yang urgent. Staff kontrak baru pun ada yang masuk. Jadi tiada masalah. Email dekat akak borang cuti ya. Akak approve dan bagi kepada HR.

Isya : ok kak. Noted.

Tibanya Isya di rumah, Isya segera menghantar email borang cutinya kepada Pn Azura.

"Maaf Irham. Saya terpaksa buat begini. Beri saya ruang."luah Isya sendirian.

Isya mengemas beg pakaiannya. Dia perlu segera pergi. Jika lewat mungkin saja Irham sempat menghidu aktivitinya dan kemungkinan untuk bersendirian itu amat tipis.

Setelah beg siap dikemas, tiba-tiba lonceng rumahnya berbunyi menandakan ada orang datang. Isya segera menyorokkan bagasinya.

"Siapa pula yang datang time begini. Sudah pukul lapan malam. Lambatlah begini....hmmm"bebel Isya sendirian

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now