Chapter 68

3.4K 132 1
                                    

"Abang, abang janganlah macam ni. Ikut plan Isya ya. Sebulan je...please abang..."Isya mengerdipkan matanya pinta Tengku Irham memahami permainannya.

"Abang tak fahamlah. Kenapa mesti Isya mainkan Farhana tu? Abang tak faham! Isya tau tak si Farhana tu bahaya."marah Tengku Irham kepada Isya. Dia tidak memahami perancangan Isya. Kenapa mesti Isya berbuat demikian sedangkan nyawa jadi taruhan.

Lama Isya memujuk Tengku Irham dan akhirnya berjaya juga dia memujuk suaminya itu. Masa seminggu dihabiskan di kampung Tengku Zakiah. Tengku Irham dan Isya berbahagia bersama. Tengku Adam Ishal pula terlalu seronok duduk di kampung. Walaupun Isya dan Tengku Irham baru duduk bersama, Desmond dan Alvin setia bersama mereka.

"Uncle! Uncle! Cepatlah lari! Laju lagi! Lagi!"jerit Tengku Adam Ishal.

Isya yang mendengar suara anaknya hanya menjeguk melalui tingkap dari biliknya. Tergelak Isya melihat telatah anaknya yang menyuruh Alvin berlari gara-gara mahu menaikkan layang-layang. Desmond pula hanya memerhati Tengku Adam Ishal. Dia akan sentiasa pastikan keselamatan anak majikannya dalam keadaan yang terkawal dan selamat.

"Kenapa sayang gelak ni!"tanya Tengku Irham yang baru masuk biliknya.

"Cuba abang tengok sana tu! Pandai betul anak kita buli si Alvin tu. Alvin pun melayan je perangai Ishal tu! Kelakar saya tengok. Orang naikkan layang-layang tak payah lari pun boleh. Ni tidak, disuruhnya si Alvin tu berlari."Isya menunjuk jari ke arah anaknya yang sedang membuli Alvin.

Tengku Irham yang melihat juga turut tergelak. Bukan setakat Tengku Irham, Tengku Zakiah yang kebetulan ketika itu mahu melihat bunga di tamannya juga tergelak melihat telatah cicitnya. Tidak sangka dia yang cicitnya itu juga pandai membuli. Tidak padan dengan umurnya. Cucu cicitnya menjadi penghiburnya di kampung. Walaupun semua sudah balik dan hanya tinggal keluarga Tengku Irham namun itu sudah cukup membahagiakan Tengku Zakiah.

Walaupun singkat tapi cukup membahagiakan Isya. Tengku Irham pula sejak sudah kembali bersama dengan Isya, dia sudah susah mahu berenggang. Kadang kala bila tidak nampak bayang Isya, mulalah dia terpanggil-panggil. Keadaan ini merimaskan Isya. Sama seperti keadaan Tengku Adam Ishal yang ditinggalkan oleh Isya ke Cameron Highlands.

"Isya! Isya dekat mana!"jerit Tengku Irham yang tidak nampak bayang Isya.

Keadaan senyap seketika. Tiada sahutan. Desmond dan Alvin pula sibuk melayan Tengku Adam Ishal. Isya ketika itu mengikut Pak Jalil dan Lily pergi menangkap ikan di sawah.

"Diamlah Irham! Bingit Opah dengar. Taulah Isya tu balik nanti. Dia keluar dengan Pak Jalil dan Lily tadi. Kamu tidur tadi. Opah yang bagi dia keluar. Biarlah dia. Kesian Opah tengok dia."marah Tengku Zakiah yang mendengar Tengku Irham memanggil Isya.

Tengku Irham tidak puas hati dengan jawapan Tengku Zakiah. Sepatutnya Isya keluar dengan meminta izin darinya dan bukan daripada Tengku Zakiah. Isya pula sudah lama teringin mahu menangkap ikan di sawah padi. Inilah peluang keemasan untuk dia merasa pengalaman tersebut. Seronok dia menangkap ikan bersama Lily dan Pak Jalil.

Mereka menangkap ikan berhampiran rumah Tengku Zakiah. Suara Tengku Irham yang memanggil namanya juga cukup jelas untuk dia dengar dan memang patut pun Tengku Zakiah memarahi suaminya itu.

"Tengok tu Isya. Bertuahlah badan. Baru hilang sekejap dah sibuk ada yang panggil. Apa kata Isya jawab je dari sini. Jerit kuat sikit!"usik Pak Jalil sembil tersenyum.

"Mana boleh Pak Jalil. Berani kamu nak jerit dari sini? Nanti Tengku Zakiah lagi marah tau! Lebih baik biarkan sahaja. Tengku Zakiah bukan suka dengar orang terjerit-jerit."beritahu Lily kepada Pak Jalil dan Isya.

Lama juga Isya menangkap ikan di tali air sawah. Habis bajunya penuh dengan lumpur. Namun baginya tiada masalah dengan kotoran tersebut. Kalau Tengku Irham melihatnya pasti sudah dimarahnya. Tengku Irham memang tidak suka dengan kotoran begitu. Dari kecil lagi dia bukan jenis yang teruja kalau dapat turun ke sawah. Berbeza dengan Isya dan sebab itu juga Isya turun ketika Tengku Irham sedang tidur.

Tengku Irham pula monyok sejak bangun tadi. Kini moodnya sudah ke laut.

"Sudahlah tu Irham. Pergilah dekat meja sana atau nak suruh pembantu Opah yang hidangkan minum petang dekat sini?"suruh Tengku Zakiah yang melihat cucuya bermasam muka gara-gara tiada isteri ketika bangun tidur.

Tengku Irham hanya menggeleng. Mood makannya tiada.

"Dah macam orang angau yang baru berbini je Opah tengok. Anak dah ada seorang tapi perangai macam tak ada anak. Macam budak-budak. Kalah si Ishal kalau macam ni. Sudahlah. Isya bukan pergi mana pun. Ada je dekat sini. Tu hah dekat sana. Tepi tali air dengan Pak Jalil dan Lily. Mereka tangkap ikan. Isya teringin sangat nak turun tangkap ikan."beritahu Tengku Zakiah.

Tengku Zakiah dah penat melihat Tengku Irham yang monyok gara-gara tiads Isya di sisi. Akhirnya Tengku Zakiah beritahu juga di mana Isya.

"Apa Opah? Tangkap ikan? Ini yang Irham tak suka dengar ni..mesti baju dah penuh lumpur kan? Isya ni nak kena ni!"

"Nak ke mana pulak tu? Ini yang Opah tak suka ni. Biarlah dia. Kalau Irham nak marah Isya, lebih baik dari tadi opah buat tak tahu je dengan kamu ni..sian dia nak rasa pengalaman menangkap ikan dekat sawah. Bukan kotoran tu tak boleh hilang."Tengku Zakiah yang cuba melarang Tengku Irham dari pergi ke tempat Isya.

Kali ini Tengku Irham tidak mahu bertolak ansur. Dia mahu isterinya keluar dari situ. Dia tidak suka melihat sebarang kotoran di badan Isya.

Isya pula sedang berseronok menangkap ikan. Banyak ikan yang diperolehinya. Hasil tangkapannya itu akan dijadikan ikan pekasam oleh Pak Jalil. Pak Jalil pakar dalam membuat ikan pekasam. Dia akan beri ikan itu kepada Daddy dan Papa.

"Isya, naik! Abang kata naik! Lily, ikan tu nanti bersihkan. Pak Jalil pun naik. Cukuplah tu ikannya. Nak buat apa banyak-banyak."suruh Tengku Irham.

Tengku Irham memanggil Isya dengan nada agak keras sedikit menandakan dia marah dengan Isya manakala bercakap dengan agak sopan kepada Pak Jalil. Isya pula disebabkan terlalu seronok sampai tidak nampak kehadiran Tengku Irham.

Oleh kerana menghormati Tengku Irham sebagai suami di hadapan orang luar,Isya keluar dari tali air. Dia menuju ke bilik air di luar rumah. Kalau tidak disebabkan oleh Pak Jalil dan Lily, memang Isya tetap akan dengan keinginannya. Muka Isya pula kini monyok. Selepas keluar dari membersihkan diri, Isya berkurung di bilik tetamu bersama Tengku Adam Ishal sebagai tanda protes.

Tengku Irham pula puas memujuk Isya namun tidak dipedulikan oleh Isya. Selepas solat maghrib juga Isya tidak turun makan. Dia sudah memberitahu Tengku Zakiah yang dia tidak mahi makan. Tengku Zakiah hanya membiarkan sahaja. Tidak mahu masuk campur akan hal rumah tangga cucunya itu.

"Pandai-pandailah Irham pujuk Isya tu. Opah tak nak masuk campur. Fikir sendirilah. Siapa suruh cari pasal."

Muka Tengku Irham sudah makin masam. Dia masih belum berjaya memujuk isterinya itu.

BUAH HATI TENGKUWhere stories live. Discover now